Wednesday 28 May 2014

Membongkar Rahsia Kod Warna Pada Ubat Gigi


Pernah tengok ubat gigi anda ada tanda secalit warna berbentuk 4 segi tepat kat hujungnya? Apa maksud secalit warna tu?

Ubat gigi pelbagai jenama

Aku pernah dengar pasal benda ni.. tapi baru-baru ni aku ada jumpa jawapan. Tersebar luas mengatakan bahawa warna tu melambangkan kandungan ubat gigi berkenaan.

Hijau : Semula jadi

Biru : Semula jadi + Ubat
Merah : Semula jadi + Komposisi kimia
Hitam : Kimia asli (100% kimia)

Jadi... betul kah semua ini???? Uiiii...dah la coklat ada najis khinzir...ini ubat gigi pulak ada benda pelik-pelik!!!


KEJAP!! KEJAP!! Cuba tengok gambar bawah ni pulak ...

Krim untuk kulit, krim ruam lampin bayi

Ehh...krim kecantikan..krim kulit pun ada tanda macam tu..yang warna putih dan coklat tu apa pulak maksudnya ye?

Sebuah laman web luar negara bernama "Hoax-Slayer.com" telah membongkar misteri disebalik warna berkenaan. Jeng jeng jengggg

Mereka mengatakan bahawa pendapat/maklumat yang di atas tadi adalah SALAH...PALSU

Sebenarnya, bentuk 4 segi tepat tu dipanggil "eye-marks" ataupun dikenali juga dengan nama "eye-spots". Apa "eye-marks" tu? Menurut Glenroy,Inc :

Eye mark register"A printed rectangular mark most often found along the edge of webstock that can be identified by an electric eye. The mark identifies a point on the web where an individual package is to be cut"

Eye marks ni senang cerita adalah penanda, proses apa nak dibuat dalam proses pembungkusan...

Eye marks boleh dikesan/dikenal oleh peralatan elektronik yang canggih dalam sistem pembungkusan yang moden. Eye mark ni memberi seribu satu macam arahan proses pembungkusan. Arahan seperti kat mana nak potong tiub tu..nak kelim kat mana..nak kasi kaler apa pada tiub..kebanyakan produk mempunyai tanda eye marks ni...cuma nampak denga tidak aje....


Gambar di atas adalah kategori makanan... haaa...ada dalam rumah..masuk dalam perut! Daripada keropok Bika, Mee Maggie, Teh Lipton, Kopi Hng Tuah...semua ada tanda 4 segi sama berwarna hitam. Apakah semua ini 100% bahan kimia? Macamana nak buat dauh teh dari bahan kimia ye? Hanya air soya je dalam gambar tu yang ada tanda 4 segi warna hijau

Percaya???


No comments:

Post a Comment