Monday, 19 May 2014

Pokok Herba Thyme, Sage dan Pudina

Siapa pernah tengok pokok herba Thyme, Sage dan Pudina? Mungkin ada yang pernah tengok atau mungin ada yang pernah makan sahaja...Yaaa... mari kita lihat bagaimana rupa pokok-pokok berkenaan.


Yang ini pokok herba Thyme. Selalu nya orang panggil daun Thyme aje.. Sebab daunnya memang selalu digunakan dalama masakan.


Yang ini pula pokok herga Sage atau nama saintifiknya 'Salvia officinalis'....Ini bukan Proton Saga ataupun permainan video Sega. Sage ni aku pun tak pernah cuba guna. Tapi kegunaannya ialah sebagai rempah makanan dan juga sekarang dibuat minyak wangi.



Yang ini mesti korang kenal...pokok pudina. Macam-macam boleh digunakan dari masakan, sambal cicah roti canai sehinggalah ke ubat gigi... Anda akan jumpa pudina. Rasanya berangin sejuk semacam aje...heheee
Yang kat tepi tu pokok pegaga...dan di depannya pokok cili laaa....

No comments:

Post a Comment