Wednesday 28 November 2012

Lepas Guiza, Boateng Pula

Piala Suzuki sedang rancak berlangsung. Malam tadi Thaland menjadi pasukan pertama layak ke suku akhir setelah berjaya mencatat kemenangan kedua. Manakala malam ini Harimau Malaya yang luka akan turun menentang Laos. Kalau mengikut bahasa kat kampong aku, Laos ni sejenis pokok..hehee...takkan tak boleh tumbang kot ye.

Dalam itu, ada satu cerita baru yang menari perhatian. Sebelum ini kancah bolasepak Malaysia dikejutkan dengan kehadiran bekas bintang Sepanyol, Daniel Guiza dalam skuad Johor. Terkini, seorang pemain midfield, bekas pemain Liga Perdana Inggeris dan ketua pasukan Middlesbrough, iaitu George Boateng pula akan beraksi di Liga Malaysia bersama pasukan T-Team...perghhhh!!!


Tapi pemain ni umurnya dah 37 tahun..dah pencen dah..hehee...mungkin nak beli pemain yang muda-muda kos terlalu tinggi maka belilah yang dah pencen. Adakah ini satu fenomena baru dalam kancah bolasepak negara? Mampukah femonena ini meningkatkan prestasi anak-anak tempatan di dalam dan di luar negara?

No comments:

Post a Comment