Wednesday 21 November 2012

Ronaldo dan Messi bukan pemain dengan gaji paling mahal? Apa???

Ronaldo dan Messi bukan pemain dengan gaji paling mahal? Apa??? Biar betul!!! Ada 8 - L.A.P.A.N pemain lain yang menerima gaji lebih mahal dari dua orang ni tadi

Apabila menyentuh tentang kemampuan menggelecek, menjaringkan gol dan prestasi dalam kelab, Cristiano Ronaldo (CR7) dan Lionel Messi adalah dua bintang bola sepak yang terunggul di dunia. Namun dari segi gaji yang diterima pada satu musim, kedua-duanya bukanlah yang utama.

Bagi satu musim, gaji Ronaldo yang bermain untuk Real Madrid hanyalah separuh daripada jumlah yang diterima oleh Samuel Eto'o yang kini bermain dengan kelab Rusia, Anzhi.

Menyusul selepas Eto'o ialah Zlatan Ibrahimovich, bekas pemain AC Milan yang ketika ini menyertai Paris Saint-Germain (PSG). Ibra menerima kesan suntikan dana daripada Syeikh Nasser al-Khelafi iaitu hartawan dari Qatar yang juga pemilik PSG.  Ketika ini, pemain asal Sweden itu menerima gaji sebanyak 14.5 juta euro untuk satu musim.


Moh kita tgk siapakah 8 pemain yng sungguh bertuah nih


1. Samuel Eto'o , dari kelab Anzhi. Gaji untuk satu musim: 20 juta euro. 


2. Zlatan Ibrahimovich, dari kelab Paris Saint-Germain. Gaji untuk satu musim: 14.5 juta euro.


3. Wayne Rooney, dari kelab Manchester United. Gaji untuk satu musim: 13.8 juta euro.


4. Yaya Toure, dari kelab Manchester City. Gaji untuk satu musim: 13 juta euro 


5.  Sergio Aguero, dari kelab Manchester City. Gaji untuk satu musim: 12.5 juta euro.


6. Didier Drogba, dari kelab Shanghai Shenhua. Gaji untuk satu musim: 12 juta euro. 


7. Fernando Torres, dari kelab Chelsea. Gaji untuk satu musim: 10.8 juta euro. 


8. Dario Conca, dari kelab Guangzhou Evergrande. Gaji untuk satu musim: 10.6 juta euro. 


9. Lionel Messi, dari kelab Barcelona. Gaji untuk satu musim: 10.5 juta euro. 


10. Cristiano Ronaldo, dari kelab Real Madrid. Gaji untuk satu musim: 10 juta euro

Cerita penuh di YahooNews

No comments:

Post a Comment