Tuesday, 4 September 2012

Rozita Che Wan Nak Kawen? Dengan siapa?




Pelbagai spekulasi mengenai kisah percintaan dramatis, Rozita Che Wan ini yang tidak pernah putus. Kini pelakon jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Cik Ta dikatakan bakal mengakhiri zaman jandanya pada November ini.

Menurut laporan dari Harian Metro, Cik Ta telah membuat keputusan untuk menamatkan zaman solonya bersama seorang ahli perniagaan yang mempunyai empayar perniagaannya sendiri di Johor Baharu.
Mereka dikatakan telah lama berkenalan namun baru-baru ini dia menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga setelah merasakan ahli perniagaan tersebut atau dikenali dengan nama Bob adalah calon yang paling sesuai.

Sebelum ini, ramai pihak mengaitkan Cik Ta mempunyai hubungan istimewa bersama Shahir AF, Zain Saidin, Dato K dan juga Beego namun ternyata dakwaan tersebut adalah rekaan semata-mata dan tidak benar.

No comments:

Post a Comment