Tuesday, 18 September 2012

Papan Suis Utama (M/S, ELCB, MCB)




Pasti anda pernah melihat..atau selalu melihat benda ini. Masuk dalam rumah pasti anda akan terlihat benda ini. Adakah anda tahu apakah ia? Apakah bahagian-bahagiana yang ada dalam benda ini? Benda ini keseluruhannya dipanggil Papan Agihan / Kotak Agihan (Distribution Board / Box (DB)). Dalam gambar ini adalah jenis yang biasa dipasang di rumah kediaman...


Bongkah PVC

Sebagai baju, pelindung kepada alatan yang ada di dalam....mana tau kena abuk ke, kena tempias air ke...atau ada sesiapa yang nak terpegang ke..

Suis Utama / Main Switch

Satu unit yang mempunyai pengasing dengan fius yang boleh ditarik keluar. Bagi pemasangan satu fasa (single phase), kebiasaannya menggunakan SP (single pole) atau SPN (single pole and neutral) manakala pemasangan tiga fasa (three phase), kebiasaannya menggunakan TP (triple pole) atau TPN (triple pole and neutral)

Pemutus Litar Bocor Ke Bumi / Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB)

Juga dikenali dengan singkatan RCCB dan RCD. Alat ini sebagai perlindungan kebocoran arus kebumi dan pengasingan litar. Ia berfungsi menggunakan prinsip medan magnet seimbang dimana arus yang masuk sama dengan arus yang keluar

Umumnya ia alat yang boleh melindungi pengguna daripada renjatan elektrik. Juga dapat melindungi pengguna dan alatan daripada arus berlebihan. Kalau ada arus berlebihan biasanya ianya akan secara automatik akan terpelantik/OFF. Kalau tidak...mungkin akan ada alatan yang hangus...lagi teruk kalau rumah yang hangus..

Punca-punca pemutus litar terpelantik adalah kilat, kerosakan pada alatan elektrik dan kerosakan pada pendawaian rumah anda.

Pesanan khidmat masyarakat : Sila lakukan ujian ELCB sendiri dalam sebulan sekali atau dua bulan sekali bagi memastikan alatan ini berfungsi dengan baik. Macamana nak uji? Tak payah la sampai panggil orang TNB atau pakar-pakar elektrik. Asalkan anda mampu menekan sahaja....Bagi ELCB dalam gambar ini (berbeza mengikut model), anda tekan yg biru ada huruf "T" (T=test) tu. Selepas tekan, kalau suis biru kat sebelah tu terpelantik/ jadi OFF, maka masih elok la alat tu....tapi kalau alat tu senyap je tiada tindak balas....maka....yang ini baru kena panggil orang pakar wayar untuk tukar.....



Pemutus Litar Kecil / Miniature Circuit Breaker (MCB)

Satu alat perlindungan arus lebihan yang mempunyai kadar kapasiti pemutusan yang tinggi. Alat ini boleh dikendalikan secara manual ataupun beroperasi secara automatik.

Antara kebaikannya adalah litar yang rosak mudah untuk dikenalpasti dan bekalan kuasa dapat disambungkan semula dengan cepat (jika trip)

Sekian, semoga pengetahuan anda semakin bertambah...Sampaikan pada rakan-rakan, jiran-jiran, sedara-mara yang lain

12 comments:

  1. mccb...haha..kepala kau

    ReplyDelete
  2. elcb & mcb ada fungsi tersendiri, kalau sama fungsinya xperlu la ada..jangan kelirukan org lain yg baru nak belajar sdgkan awk sendiri xhabis belajar n yang pasti ini subjek PW1 asas elektrikal 1 fasa pun awak xlepas lg ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kaseh atas teguran Anonymous..
      Saya akan perbetulkan dan terus belajar lagi..
      Semoga Allah memberi yang baik buat anda

      Delete
  3. bodo orang kat ats ni..tau kondem je...org tu da bg ilmu da cukup baek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kaseh Foodsters Pkdag...
      Semoga Allah memberi yang baik buat anda

      Delete
  4. BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,SAYA BUDAK BARU BELAJAR KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN.......JANGAN LER NAK KONDEMMMMMMMM....

    ReplyDelete
  5. Bagus .. Utk pengetahuan am

    ReplyDelete
  6. Salam swjahtera bro ..saya nak tny mcb terpelantik bukan elcb...elcb kekal elok ..saya off pendawaiaan peralatan tak guna langsung ..saya naikan mcb semula kemudian dlm beberapa saat dia terpelantik ke bawah balik
    Elcb stil on ..hanya pendawaiaan untuk mcb itu saja yg breakdown untuk pendawaian line mcb lain on macam biasa..adakah mcb dah rosak harap beri tunjuk ajar tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada wire short rasanya..try check continuity...

      Delete
  7. Ni la dia perangai org melayu..hati dengki tu terlalu kuat..orang bagi ilmu,percuma untuk di kongsi,kalau org tersilap ke,ckp la cara yg elok2 bkn cara kasar mcm ananymous tu..kau tegur cara mcm tu kau ingat org akn sanjung kau ke..kesian,kau nk tunjuk pandai tapi adap ke laut..xde sapa akn respect org yg perangai mcm kau..

    ReplyDelete