Thursday 27 September 2012

RM2 Untuk Seekor Tikus

Sekor 2 hengget..sekor 2 hengget !!! Mungkin itulah laungan yang bakal didengari disekitar Kuala Terengganu tak lama lagi...Kenapa? Sebab Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menawarkan saguhati sebanyak RM2 bagi setiap tikus hidup atau mati yang dapat ditangkap penduduk tidak lama lagi.
 
Menurut kata Menteri Besar nya, Datuk Seri Ahmad Said, saguhati itu dibuat bagi memastikan bandar raya ini bebas dari ancaman makhluk perosak itu. Kerajaan negeri akan melancarkan kempen menangkap tikus secara besar-besaran di bandar raya ini. Tikus ini boleh menimbulkan ancaman kepada rakyat dan boleh membawa penyakit merbahaya seperti kencing tikus.
 
Program ini juga dibuat sebagai persiapan sempena Tahun Melawat Terengganu tahun hadapan. Disamping itu, harapnya boleh menjadikan Bandar KT cantik dan indah berseri, takdelah tikus lalu lalang pulak celah-celah kaki nanti....

No comments:

Post a Comment