Friday 20 March 2015

GST ATM: 6% atau 6 sen?

Siapa tak ada kad ATM angkat tangan....

Sebelum ini heboh dengan berita GST 6% dikenakan bagi pengeluaran wang di mesin-mesin ATM. Apabila kita keluarkan RM100 maka kita kena GST 6% iaitu RM6 ! Sekiranya keluarkan RM500 maka GST 6% adalah RM30. Hoh !! Bior betullll ???

Ok..kemudian keluarlah kenyataan dari pihak kewanga yang memberikan penjelasan tentang isu ini.

Memang benar ada GST 6% bagi pengeluaran wang melaui mesin ATM. Tapi bukanlah seperti yang dihebahkan sebelumnya

Katakanlah....anda ada akaun CIMB dan pergi keluarkan duit kat ATM CIMB.... macam dulu-dulu TIADA CAS dikenakan

Katakanlah....anda ada akaun CIMB tapi pergi keluarkan duit kat ATM Maybank, pakai MEPS la tu...dulu kena cas RM1.00. Tapi apabila ada GST pengguna kena cas tambahan 6% pada nilai RM1.00 tadi...bukannya pada nilai wang yang dikeluarkan. Jadi cas MEPS tadi dari RM1.00 dah menjadi RM1.06......



Maka kalau keluar RM500 guna MEPS ni, jadinya RM500+RM1.00+RM0.06 lah yang kena tolak dari akaun anda.......bukannya RM500+RM1.00+RM30.....


Kan baguih kalau pihak bank atau MEPS boleh serap cas GST 6% ni......

Kejap kejap....Anda pengguna Maybank? 4 kali pengeluaran petama TIADA CAS, tapi pengeluaran ke-5 dan seterusnya kena cas RM0.50. Maka yang RM0.50 ni pun kena GST gak.... Kena la RM0.53. Huhuuuuu.....


Pendek citernya, yang ada cas sebelum ni semua akan kena GST 6%.....

Pakcik kayoooo... Pakcik kayoooooo

3 comments:

  1. simpan duit bawah tilam laaa...pasti tiada gst ;-)

    ReplyDelete
  2. harga semua barang-barang naik semua.

    ReplyDelete