Wednesday, 4 March 2015

TNB Electronic Kiosk UTC Kuantan

Lama dah tak gi bayar bil elektrik kat kaunter. Tiba-tiba hari ni nak gi bayar kat UTC Kuantan (dengan beberapa bil yang lain)

Masuk 'Kedai TNB' nak bayar bil letrek yang 2 bulan tak bayor lagi...kikiii... Sampai kat mesin ambik nombor tiba-tiba tiada punat yang boleh ditekan.. Semua dah ditutup/selotep.

Maka kakitangan TNB yang ada di kaunter pun menyapa dengan sopan... Urusan ape ye cik?

Nak bayar bil (fikir dalam hati takkan nak oder nasi ayam pulak...ekekeee)

Nak bayar bil kena guna mesin 'tu' cik (sambil jarinya menunjukkan mesin dibahagian tepi dengan sopan) - balas kakitanga TNB tadi

Emmm...2 bulan lalu takdok lagi mesin ni kat sini tak silap aku....

Aku pun gunalah mesin tu untuk bayar 2 bil sambil diajar oleh kakitangan TNB tadi.

Untuk pertama kali guna memang agak kekoklah. Lebih kurang macam guna CDM. Bawa resit.... ada nombor (bar kod) bil letrek...masukkan jumlah bayaran...bayar...print resit. Maksimum 5 bil letrek untuk 1 transkaksi. Duit paling kecil boleh masuk RM5... jadi pengguna kena gemapkan jumlah bil seperti RM10, RM15 dan sebagainya... Kakitangan tadi kata kalau jumlah bil tu RM27 maka boleh genapkan kepada RM30 (bayar lebih) atau boleh buat RM25 (bayar kurang daaa)



Dah selesai semua nanti dapat la resit macam ni....


Mesin macamni sejak tahun 2010 dah pernah wujud dikawasan Lembah Klang...cuma kat sini je la yang baru sampai.....yeahhh!!

Ikut masing-masinglah....nak pakai mesin ka..pakai online ka....apa ka...ikut korang lah !!



No comments:

Post a Comment