Friday 12 September 2014

Penipuan di Stesen Minyak.. Hati-hati

Berhati-hati mengisi minyak... begitulah kisahnya dalam zaman yang serba moden dan canggih dengan bantuan sistem.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Karapaia

Perihal mengisi minyak...

Kes 1... Pihak pengusaha mengejas antara angin dan minyak pada pam minyak. Lebih banyak angin dari minyak yang keluar dan masuk dalam tangki. Kes ni susah nak kesan melainkan anda boleh ukur kuantiti nya

Kes 2... Kita bayar RM50 sebagai contoh untk isi minyak pada kaunter. Tapi si penjaga kaunter key-in dlm sistem RM40 sahaja. So bila kita isi kita dapat minyak untuk nilai RM40 je la...

Kes 3... Ni bagi pemegang fleet card. Kata kawan-kawan aku yang bertugas sebagai pemandu, jangan la beri org kaunter pegang kad tu. Nanti ntah apa-apa nilai yang dia key-in dalam sistem. Nanti kita isi RM40 tapi dia key-in RM40+RM10... lagi RM10 tu ntah kat mana la dia gi isi...

Kes 4... Kita dah berhenti isi minyak... Tapi meter masih jalan dan RM RM RM masih jalan. Huyyooo... Lagi-lagi kalau isi minyak full tank. Ni salah sistem atau salah pam itu sahaja? Tak caya? Ce tengok (cari) video brother isi minyak dah berhenti tapi bil tetap jalan

Amacam? Ni mungkin sebahagian sahaja yang diketahui... So, berdoalah agar kita terhindar dari pengusaha-pengusaha yang tamak haloba seperti ini...

No comments:

Post a Comment