Sunday 21 September 2014

Dapur dK : Resepi Ayam Cendawan Lada Hitam

Bahan-bahan:

Ayam
Bawang merah/kecil
Bawang putih
Halia
Lada hitam
Lobak merah
Kentang (optional)
Kicap manis
Kicap pekat (optional)
Cendawan
Garam (optional)
Minyak masak

Cara memasak:

1. Potong ayam agak kecil sedikit (jangan besar sangat) dan basuh bersih-bersih

2. Kupas bawang merah, bawang putih dan halia. Tumbuk/kisar kemudian bahagikan kepada 2 bahagian

3. Lobak dan kentang dipotong dadu..atau ikut style masing-masing




4. Gaulkan ayam dengan 1 bahagian bawang merah, bawang putih, halia, lada hitam (ditumbuk), kicap manis, dan kicap pekat sehingga rata. Perap sebentar sekitar 20-30 minit. (kalau tak sabar masak je la terus..)

5. Panaskan minyak. Tumiskan lebihan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga kekuning-kuningan. Kemudian masukkan kentang dan lobak.. Masak sekejap

6. Kemudian campurkan ayam yang diperap tadi dan gaulkan sehingga rata. Kemudian masukkan baki air/perapan ayam tadi ke dalam masakan.

7. Setelah ayam separuh masak, masukkan cendawan.... dan tunggu sehingga masak. (Masukkan garam jika anda rasa tak cukup masin..)



Portion bahan-bahan mengikut suka hati masing-masing. Hidangan ini sebenarnya sesuai sebagai hidangan untuk orang selepas bersalin. Lada hitam dapat membantu memanaskan badan. Tapi kalau banyak sangat nanti terlajak panas pulak...takut memberi kesan kepada bayi yang menyusu. Apepun orang tak bersalin pun boleh makan menu ni... Pasti terlajak sedap!!

No comments:

Post a Comment