Tuesday 15 October 2013

[Video] Penukaran Kain Kiswah Kaabah (Kelambu Kaabah) 2013/1434H

Alhamdulillah...Hari ini sempurna sudah upacara penukaran Kain Kiswah Kaabah atau dikenali juga dengan nama Kain Kelambu Kaabah bagi tahun 1434H.

Penukaran kelambu Kaabah adalah tradisi sejak 1,500 tahun silam dan ia dimulakan sejarahnya oleh Nabi Ismail AS. Sejak itu setiap tahun kelambu Kaabah di ganti hinggalah sekarang.

Dikhabarkan RM17.5 juta dibelanjakan membuat kelambu Kaabah ini. Kos ini diceritakan oleh Ketua Hubungan Masyarakat pembuatan kelambu Kaabah, Khamis al-Zahrani. Seramai 220 pekerja diberi tanggungjawab menyiapkan kelambu Kaabah dalam setahun. Lokasi pembuatan itu terletak di Masna' Kiswah Ummul Jaud, jalan menuju Hudaibiyah tempat terkenal dalam sejarah Islam. Lokasi itu, menurut Khamis, didirikan Raja Arab pada 7 Rabiul Akhir 1397 hijrah.      

Besarnya pahala memandang Kaabah....Sabda Nabi SAW bermaksud; “120 rahmat turun ke atas Kaabah setiap hari dan malam, 60 rahmat bagi mereka yang melakukan tawaf, 40 rahmat bagi yang mendirikan solat, 20 rahmat untuk mereka yang hanya memandang Kaabah.” (Hadis riwayat Baihaqi). 
Kita saksikan detik-detik penukaran Kain Kiswah Kaabah (Kelambu Kaabah) yang disiarkan oleh TV Al Hijrah siang tadi....


Video penukaran Kain Kiswah Kaabah (Kelambu Kaabah)
Changing of Kaabah Kiswah 1424H/2013M

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha !!!!

No comments:

Post a Comment