Friday, 18 October 2013

5 Makhluk Yang Tidak Dilahirkan Dari Ibu

Adalah normal satu proses kelahiran..kewujudan makhluk dari sesuatu yang bergelar ibu. Manusia mempunyai ibu...Haiwan mempunyai ibu...Namun apabila kita mendengar ada makhluk yang dilahirkan tidak daripada ibu..kita seperti tidak percaya....namun...ini adalah kisah benar...

Ini dia 5 makhluk yang dilahirkan tanpa ibu...

1 . Nabi Adam : Diciptakan oleh Allah daripada tanah yang berwarna  putih, hitam, kuning, coklat, dan merah. Tanah-tanah ini datang dari :
  1. Tanah tapak Baitul Maqdis
  2. Tanah Bukit Tursina
  3. Tanah Iraq
  4. Tanah Aden
  5. Tanah Al-Kautsar
  6. Tanah tapak Baitullah
  7. Tanah Paris
  8. Tanah Khurasan
  9. Tanah(Babylon)
  10. Tanah India
  11. Tanah Syurga
  12. Tanah Tha'if     (cerita lanjut klik sini)

2. Siti Hawa : Siti hawa telah dijadikan oleh Allah dari tulang rusuk kiri Nabi Adam ketika berada di dalam Syurga.

3. Ular Tongkat Nabi Musa : Ular yang sangat berbisa yang bertukar dari tongkat Nabi Musa, yang memakan kesemua ular-ular ahli sihir Firaun.

4. Unta Nabi Salleh : Kaum Tsamud meminta Nabi Musa menunjukkan mukjizatnya bagi membuktikan kenabiannya. Maka dengan izin Allah, terbelahlah batu karang di sisi sebuah bukit dan keluarlah seekor unta betina.

5. Kambing biri-biri Nabi Ibrahim/Nabi Musa : Nabi Ibrahin telah diperintahkan untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail. Ketika Nabi Ibrahim sedang menarik mata pisaunya, dalam sekelip mata Nabi Ismail telah digantikan dengan kambing biri-biri oleh Malaikat Jibril atas perintah Allah. Aktiviti korban yang unat Islam raikan adalah bersempena dengan kejadian ini.

Ini bukan kisah dongengan...semuanya dikisahkan di dalam Al-Quran....renung-renungkan...

No comments:

Post a Comment