Friday 6 September 2013

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025: Tiada lagi soalan ramalan UPSR/SPM 2016

Haaaa....panasss..panassss...Cikgu-cikgu dan sesiapa yang nak ambil peperiksaan UPSR mahupun SPM tahun 2016 nanti sila ambil perhatian yeee...

Di Kuala Lumpur hari ini Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Apa ke benda tu? Antaranya pasal soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ..Sebanyak 40 peratus soalan peperiksaan UPSR dan 50 peratus soalan SPM akan berbentuk pemikiran aras tinggi menjelang 2016.
 
Perubahan dalam reka bentuk peperiksaan itu bermaksud guru tidak lagi perlu meramal soalan dan topik yang akan diuji dan melaksanakan latih tubi bagi mengingati kandungan pelajaran. Murid akan dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi pengetahuan dalam situasi berbeza.
 
Sehubungan itu, dalam menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi, kurikulum peperiksaan dan pentaksiran untuk mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) juga akan dikaji semula.
 
Untuk itu, murid akan mendapat tambahan masa pengajaran dan penekanan terhadap aplikasi pengetahuan yang praktikal melalui amali makmal dan pembelajaran berasaskan projek, khusus bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.

Dalam usaha memastikan setiap murid menguasai kemahiran bahasa Inggeris, Kementerian Pendidikan menetapkan bahasa Inggeris sebagai kertas wajib lulus di peringkat SPM bermula 2016.
 
Bagi membantu murid memenuhi keperluan itu, Kementerian Pendidikan akan melaksanakan Sistem Set iaitu membahagikan guru kepada kumpulan atau set tertentu bagi membolehkan mereka merangka pendekatan pedagogi yang sesuai dengan tahap kemahiran dan keperluan pembelajaran murid.
 
Bagi meningkatkan pengajaran bahasa Inggeris, semua 61,000 guru bahasa Inggeris juga diwajibkan mengikuti Ujian Penempatan Cambridge (CPT) dalam tempoh dua tahun.
 
Berhubung usaha melahirkan rakyat yang menghayati nilai sejagat, pelan itu menggariskan bahawa Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral perlu diperkukuh dengan tumpuan diberikan kepada perpaduan dan memupuk persefahaman yang erat antara murid.
 
Dengan itu, setiap murid sekolah rendah dan menengah perlu melibatkan diri dalam khidmat komuniti di mana elemen komuniti akan dijadikan prasyarat untuk kelulusan bagi sekolah menengah.
 
Selain itu, keperluan penyertaan murid dalam 1Sukan, 1Kelab dan 1Badan Beruniform juga akan diperkukuh, dan bagi meningkatkan kualiti aktiviti yang ditawarkan di sekolah, guru penasihat aktiviti akan diberi latihan bersasaran oleh kementerian. Berkemungkinan juga penglibatan pelajar dalam aktiviti ini akan menjadi syarat tamat pengajian dan pemberian biasiswa di peringkat pengajian tinggi


No comments:

Post a Comment