Wednesday 8 May 2013

Kerja-kerja naiktaraf Surau dan tandas R&R Temerloh

Semalam menempuhi perjalanan yang agak panjang dari Sungai Besar ke Kuantan. Campur berhenti sejam lebih (makan & solat), 6 jam la jugak baru sampai. Hihihiii....Alhamdulillah perjalanan lancar, keadaan lalulintas pun ok sahaja. Cuma bertemu dengan satu kemalangan di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) disekitar KM203/205. Sebuah kereta Proton Wira dah kemek depannya...apa pasal, ntah la....

Apa yang aku nak kongsi adalah pasal penutupan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh bagi kedua-dua arah. Bukan tutup semuanya...Gerai-gerai buah dan makanan masih beroperasi seperti biasa. Yang ditutup adalah bahagian Surau dan tandas sahaja. Ini berikutan kerja-kerja naik taraf Surau dan tandas R&R Temerloh ini.

Banting pemberitahuan penutupan Surau dan tandas R&R Temerloh 
(Arah Kuantan dan Kuala Lumpur) dipasang di Hentian Sebelah Lanchang

Penutupan ini telah bermula sejak 1 April 2013 dan dijadualkan akan berkahir pada 31 Julai 2013. Jadi, jika anda mahu melepaskan hajat atau bersolat, sila lakukan di Hentian Sebelah Lanchang, Hentian Sebelah Chenor dan Kawasan Rehat & Rawat Gambang. Anda juga boleh melaksanakan hajat-hajat ini di stesen minyak Shell yang bersebelahan dengan R&R Temerloh ini.

No comments:

Post a Comment