Tuesday 14 May 2013

Cukai Tanah Pahang : Saya Sudah di Urban Transformation Center (UTC) Kuantan

Memo sudahkah anda Menjelaskan Cukai Tanah?

Canang cukai tanah bergema lagi menuju ke penghujung tempohnya. Sudahkah anda membayar cukai tanah anda? Saya sudah. Jika belum silalah laksanakan sebelum @ selewat-lewatnya pada 31 Mei 2013 ini. Apa jadi kalau lewat? Kena denda la....10% dari jumlah cukai semasa...kiralah sendiri. Kalau sampai tahap dapat Notis Tuntutan (Notis 6A), kena tambah la RM10.00 bagi setiap notis. Kalau ada 5 notis tambah la RM50.00....

Angka giliran di Urban Transformation Center (UTC) Kuantan

Ada banyak kaedah boleh bayar. Bayar tunai, bank draf, kiriman wang pos, cek dan online. Kali ini aku memilih untuk tidak bayar pakai online, tapi pakai tunai di kaunter Urban Transformation Center (UTC) Kuantan. UTC ni dahulunya adalah Terminal Makmur (Terminal bas, Kuantan Pahang). Pertama kali kira memang dapat mood baik la, sebab perkhidmatan kat situ setakat ni memuaskan hati aku la. Segala macam kaunter ada kat situ. Kat level agensi kerajaan ni berderet kaunter bermula dengan kaunter nombor giliran, sehingga ke hujung kaunter KIPSAS dan PSDC. Tunggu dalam 5 minit je dah sampai giliran aku.  Tabung Haji pun ada kat sini!!!

Kalau nak bayar cukai tanah (Pahang) secara online, sila klik kat sini. Pastikan anda ada 'online banking'

Kenapa tak pakai online? Kadang-kadang, ada manusia yang puas dengan 'classical method'....hehehee

Saya sudah...anda bila lagi?

No comments:

Post a Comment