Monday 15 October 2012

Salah Siapa?

Hari ni (15/10/2012 sekitar jam 12.00 tghari) satu papan tanda baru telah dipasang di persimpangan Kawasan Perindustrian Padang Lalang. Masa pagi tadi takde lagi. Memang bagus tindakan ni. Jalan dan diturap baru, tambah dengan papan tanda yang baru.

Pandangan dari sisi kedai makan (Arked Makanan Padang Lalang)

Pandangan dari simpang tiga

Tapi bila tengok dan baca papan tanda nih, seperti ada sesuatu yang tidak kena...apa ye? Cuba anda perhati betul-betul. Yaaa....jika anda ingin ke Jalan teluk Sisek atau Pusat Bandar, anda perlu TERUS !!! Terus? ke mana ye? Langgar bangunan depan tu la kot...lokasi ni simpang tiga, ada simpang ke kanan dan ke kiri sahaja...adoiiii...

Siapa yang salah? Pereka arah papan iklan? Pembuat papan iklan? Pemasang papan iklan? atau....yang membaca yang silap?....

Update: Setelah satu jam berlalu....papan tanda ini sudah update! hehehee....yang ini baru la betul....satu tindakan yang pantasssss.....Syabbas pada yang bertanggungjawab! Masalah telah diatasi


No comments:

Post a Comment