Apa dia AES ni? AES ni adalah satu sistem dimana kamera dipasang di banyak kawasan untuk mengesan pesalah-pesalah lalulintas. Segala maklumat yang dirakam akan dihantar ke satu pusat operasi di Ara Damansara Selangor. Kalau maklumat tu sepadan...maka akan sampailah surat saman ke pemilik kenderaan. Itulah secara ringkas
Untuk fasa pertama 14 buah kamera (6 fixed speed camera, 4 fixed t/light camera, 4 mobile speed camera) telah dipasang bermula 23 September lalu. Baki 817 kamera lagi (banyak tuuuu...) akan dipasang pada fasa ke-dua. Daripada jumlah 831 kamera secara keseluruhan, 566 adalah speed camera dan 265 adalah t.light camera. 30% daripadanya adalah jenis mobile.
Al-kisahnya, untuk speed camera papan tanda amaran akan diletakkan antara 2-3km daripada lokasi kamera dipasang. Bagi t.light camera pula, dalam lingkungan 500m sebelum persimpangan/kamera.
Ok...cuba fahami ayat ini.."Only if a vehicle were to exceed the speed limit, and the 10km/h given leeway, will the system then capture an image and send them to RTD (Road Transport Department) for processing"....maksudnya gini la (yang aku faham la..), kalau had laju 90km/j pastu ada kenderaan lalu denga kelajuan 93km/j x kena la tu. Tapi kalau lalu 101km/j kena saman la tu....
Ok....lepasni suruh co-driver tu tgk2 kiri-kanan...mana tau ada nampak kamera atau papan amaran tu...
Ini 14 lokasi yang telah dipasang kamera pada fasa pertama:
Fixed Speed Camera:
- KM376, PLUS North-South Highway - Slim River
- KM85.5, Jalan Ipoh, KualaLumpur
- KM205.6, North Taiping
- KM301.9, PLUS Kajang Highway
- Jalan Lebuh Sentosa Putrajaya
- KM6.6, Kajang/Puchong Highway (SKVE)
Fixed Traffic Light Camera
- KM26 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
- Jalan Pasir Putih, Ipoh
- Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur
- Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
Mobile Speed Camera:
- KM7 Jalan Maharajalela, Teluk Intan
- KM91 Jalan Ipoh-Butterworth, Krian Perak
- KMD7.7 Sungai Besi, Kuala Lumpur
- Jalan Persiaran Timur, Putrajaya
Untuk lebih maklumat terkini sila kunjungi www.jpj.gov.my
No comments:
Post a Comment