Monday 14 May 2012

Manchester City Menakluki Tahta Liga Inggeris


 (image:http://www.soccerticketsonline.com)

Setelah 44 tahun berkecimpung dalam arena bola sepak Liga Inggeris (atau lebih glamer dengan nama BPL atau EPL) akhirnya Manchester City berjaya memenangi kejuaraan liga buat pertama kalinya. Kejayaan ini hadir setelah MC memenangi perlawanan terakhir semalam yang berlangsung penuh dramatik dengan Sergio Aguero menjadi bintang pujaan ramai apabila rembatan terakhirnya beberapa detik sebelum wisel penamat dibunyikan berjaya menerjang ke dalam gawang QPR. Untuk makluman, Aguero adalah menantu kepada bintang lagenda bolasepak Argentina yang popular dengan jolokan "Hand of God"...iaitu Maradona...Nampaknya Aguero dapat nama "Golden kick" la pula. Berikut aksi Aguero memberikan golden goal...








MC ketinggalan 2-1 sehingga minit ke 90 menyaksikan kesugulan penyokong-penyokong nya menyelubungi stadium. Nun jauh di satu kawasan, penyokong-penyokong Manchester United mula berpesta dengan keputusan yang diperolehi. MU menang 2-0 dan MC dah "tewas". Namun bagaikan satu magik tercipta, masa kecederaan merubah segalanya. Piala yang seakan terus disimpan oleh MU terus berpindah hak milik. itulah akibat bola itu bulat..MU sekadar naib juara

(image: http://blogs.bettor.com)


Tempat ketiga berjaya dikekalkan oleh skuad The Gunners. Gunners bertungkus lumus menahan defisit 1 gol untuk memastikan mereka menang dengan 3-2 ke atas West Bromwich Albion (WBA)

Spurs pula terpaksa berpuas hati ditangga ke empat walaupun berjaya menumbangkan Fulham 2-0. untuk slot ke Champion League, Spurs terpaksa menunggu keputusan perlawanana akhir antara Bayern Munich dan Chelsea. Andai Chelsea berjaya menjadi juara, maka tiadalah slot bagi Spurs walaupun Chelsea sekadar menduduki tangga ke-6 dalam liga....peraturan....

Tamat sudah saingan liga perdana Inggeris musim ini.....bye...

No comments:

Post a Comment