Tuesday, 7 June 2011

Modal murah....Hasil lebat


Apa dia modal? Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua (Dewan Bahasa dan Pustaka;2008), modal adalah wang atau harta benda yang digunakan sebagai dasar atau asas untuk berniaga atau untuk menghasilkan sesuatu yang menambah kekayaan dan lain-lain.

Dalam ekonomi, modal, barangan modal, atau modal sebenar adalah faktor pengeluaran yang digunakan bagi menghasilkan barangan atau perkhidmatan. Dalam kewangan dan perakaunan, modal pada umumnya merujuk kepada kekayaan kewangan yang disimpan, terutama yang digunakan bagi memulakan atau mengekalkan sesuatu perniagaan.

Apa pula modal murah hasil lebat? Itu bahasa aku aje yang tulis. Aku tertarik dengan pernyataan sahabat aku En. Ahmad Hafidz.. "signboard to RM10 je..tapi boleh dapat hasil RM ribu-ribu". Nampak hebat kan? Sekarang berbagai cara untuk berniaga..ramai orang jual barang secara online...tak perlu kedai maka tak perlu sewa kedai, tak perlu lesen..opsss...hehee...ye ke? dan macam-macam lagi yang boleh diabaikan..jadi..modalnye makin kurang la...

Kalau penceramah, orang kata jual air liur...ye ke? kalau dia letak dalam botol agak2 ada ke orang nak beli? Pasti tiada....Tapi bila diterjemahkan dalam bentuk kata-kata maka ramai orang yang ingin mendengar..dan ramai juga yang dengar...nah...untung kan?

Yang menariknya..tidak ramai orang yang mengaplikasikan perihal ini dalam ibadah harian..Contohnya, dalam ibadah solat, ramai orang solat sendirian walaupun kat surau dan ada pak imam kat depan...apesal? mufarrakah ke? tak laa....sebab nak cepat. Kalau ikut imam lambat. Kalaulah kita sedar fadilat 27 kali ganda tu aku rasa mesti penuh macam awal-awal Ramadhan ataupun Jumaat.....Harapnya kalau tak dapat jemaah kat Masjid ataupun Surau, boleh jemaah kat rumah bersama ahli keluarga yang lain..mudah je kan modalnye??

Daripada Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sembahyang berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda"
(Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Satu lagi..kalaulah kesedaran berkenaan kelebihan solat dibarisan hadapan itu ada, pasti tidak tumbul masalah siapa nak isi saf depan bila ada kekosongan...biasa kita lihat terutamanya waktu Jumaat ramai yang baik hati memberi laluan kepada orang lain untuk saf hadapan...sila..sila......Berapa besar pahalanya solat di saf hadapan? Hanya Allah yang tahu...

Jabir bin Samurah melaporkan,” Rasulullah datang kepada kami dan berkata ,’Bolehkah saudara sekalian berbaris seperti mana malaikat berbaris di sisi Tuhan.’ Kami bertanya, ‘Wahai Rasulullah,bagaimanakah cara malaikat itu berbaris di sisi Tuhannya?. Rasulullah menerangkan, ‘Mereka memenuhi barisan hadapan.Mereka juga berdiri serapat-rapatnya sesama mereka.”
(Hadis riwayat Muslim)

Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah s.a.w bersabda,” Apabila manusia tahu betapa besarnya pahala orang yang melaungkan azan dan bersembahyang di barisan pertama, pasti mereka berebut-rebut dengan mengadakan undian apabila terpaksa melakukan begitu.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Pendek kata..kalau kita pandai mengatur langkah..pasti modal boleh dikurangkan..keuntungan dilipatkan..

2 comments:

  1. assalamualaikum ya tuan tanah.....ni hamba datang melawat.....nak like n3 tuan tanah tapi tak ada pulak button like yg nak di tekan.....hihi

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam duhai aiyang...

    Tuan tanah baru berjinak-jinak...pandai menaip dan menyusun kata sahaja...menyusun interior tu nanti tuan tanah usahakan sedikit demi sedikit...

    Terima kaseh atas sokongan anda

    ReplyDelete