Thursday 9 June 2011

Bercinta jangan sekadar merancang hingga ke jinjang pelamin..rancanglah hingga ke kain lampin

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera..

Setiap manusia yang inginkan perkahwinan. Perkahwinan bukan sekadar perbuatan dalam meralisasikan ungkapan percintaan. Namun jauh melewati cabang-cabang yang berbagai. 

Masa berlalu begitu pantas. Bermula dengan  kehidupan sebagai seorang lelaki dan perempuan..mengikat tali pertunangan..diijabkabul manjadi suami dan isteri..dengan rezeki yang dikurniakan-Nya bertukar menjadi ayah dan ibu..anak satu..anak dua..anak tiga..dan seterusnya..Begitulah kehidupan sebuah rumahtangga yang diimpikan setiap insan.

Kehadiran anak-anak dalam keluarga mengubah rutin harian..tidur kurang..tekanan perasaan..perhatian pada pasangan terjejas..si ibu melihat ayah dalam konteks mengurus keperluan rumah...si ayah melihat si ibu dalam konteks menguruskan anak. Namun, kadang-kadang kita terlupa..di dalam rumahtagga bukan hanya ada sekadar ayah dan ibu. Bahkan ada insan yang bernama suami dan isteri..

Perubahan hidup sedikit demi sedikit berlaku dalam alam perkahwinan..Kepada Allah dipohonkan kekuatan dan kesabaran dalam menempuhi semuanya. Biarpun penat dengan tugasan harian, mulut mengomel dengan karenah anak-anak...namun jauh di sudut hati terpalit kegembiraan tatkala menyuapkan makan..memandikan..memakaikan baju...itulah hakikatnya..

Kepada  anak muda yang gatal bercinta dicelah cita-cita ..tamparlah pipi masing-masing agar celik dan melihat ke depan. Jika menolak zina pun menjadi kepayahan, halaulah dirimu daripada cinta dan perkahwinan..kerana penghujungnya akan merengek meminta ihsan..

Jika  mahu bercinta jangan sekadar merancang hingga ke jinjang pelamin, rancanglah hingga ke kain lampin. Kerana perkahwinan bukanlah urusan kegembiraan semata, tetapi kombinasi suka dan duka. Namun dalam suka ada duka dan dalam duka ada suka. 

Itulah nikmat perkahwina. Medan memberi yang paling mulia. Memberi perlu dengan kasih sayang. Tanpanya, memberi adalah beban dan benci...

Sekian..

*memetik sebahagian kandungan dari buku Aku Terima Nikahnya tulisan Hasrizal Abdul Jamil

No comments:

Post a Comment