Thursday, 9 January 2014

Tarikh Baru Cuti Deepavali 2014

Perhatian!! Perhatian!! Tarikh cuti Deepavali telah ditukar!!!


Surat daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang SUK.PHG/KPP.004/2.30 JLD.2(34) bertarikh 13 Disember 2013 adalah berkaitan:

Dimaklumkan terdapat perubahan tarikh Hari Deepavali bagi tahun 2014 dari 23 Oktober 2014 (Khamis) ke 22 Oktober 2014 (Rabu) oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.


Sekian, untuk makluman

Wednesday, 8 January 2014

Dapur dK : Sotong Sumbat a.k.a Ketupat Sotong

Nak masak ape? Moh kita cuba buat sotong sumbat pulak...ape nak disumbat dalam tu?

Bahan-Bahan Sotong Sumbat:
Sotong (1kg)..saiz sedang-sedang besar..jangan kecik sangat
Beras pulut - 1 cawan
Gula Melaka / Gula kabung - 1 biji @ secukup rasa
Santan pekat - 1 biji kelapa
Gula pasir - secukup rasa
Garam - secukup rasa
Daun pandan
Lidi kelapa

Cara Memproses & Memasak:
1. Rendam beras pulut dalam santan pekat...sekitar 30 minit - 1 jam
2. Basuh bersih sotong, keluarkan isi perut dan kepalanya (jangan buang kepala tu)
3. Masukkan beras pulut tadi ke dalam badan sotong (kira-kira 1/3 badan)
4. Tutup bahagian atas dengan lidi kelapa. (Kalau nak letak kepala sotong tadi pastu kelim dengan lidi kelapa pun boleh)
5. Panaskan periuk..masukkan santan dan tambah garam, gula pasir dan gula Melaka / gula kabung.
6. Agak dah panas masukkan sotong tadi dalam periuk.
7. Terjunkan daun pandan bagi menambah aroma
8. Masak sampai pekat santan tadi...

Sekian...selamat mencoba...

Tuesday, 7 January 2014

Kaitan Warna Merah Dengan Tahun Baru Cina


Bila Tahun Baru Cina sahaja, mesti warna merah menyelubungi seluruh persekitaran. Tanglung merah, kertas merah, baju merah, seluar merah, bra merah, seluar dalam merah, stokin merah, kasut merah, topi merah semua nak merah...cat pun merah. Yang palin best 'ang pow' merah...hihii..Tak percaya? Cuba pergi pasaraya, pasti yang bewarna merah ni akan diletakkan dibahagian paling hadapan. Tengoklah iklan-iklan pakaian yang tertentu, pasti temanya adalah merah..merah..merah..red..red.

uuu...merah nya amoi...ada brani pakai?

Apa kaitan warna merah dengan Tahun Baru Cina?

Warna merah sebenarnya mempunyai makna yang tersendiri bagi masyarakat Cina. Warna merah menggambarkan keadaan yang terang dan ceria telah menjadi lambang kegembiraan dan menjanjikan sinar kecerahan dalam kehidupan.

Warna merah itu dipanggil hong dalam bahasa Cina dan bunyinya kedengaran seperti ong atau bertuah. Maka, masyarakat Cina percaya warna ini akan membawa tuah jika dipakai pada hari pertama Tahun Baru Cina dan majlis perayaan yang lain. Mereka percaya dengan pemakaian warna ini akan dilimpahi tuah sepanjang tahun.

Monday, 30 December 2013

Tarikh Pendaftaran dan Peperiksaan MUET 2014

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh-tarikh pendaftaran dan peperiksaan bagi MUET tahun 2014 telah dikeluarkan sepenuhnya oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan peperiksaan MUET dari MPM, sila layari http://www.mpm.edu.my

Tarikh yang ditetapkan adalah seperti berikut:


Sesi Mac 2014

Tarikh Pendaftaran Dibuka : 26 September 2013
Tarikh Pendaftaran Ditutup : 15 November 2013
Tarikh Ujian Lisan (Speaking) : 18, 19 & 20 Februari 2014 dan 24, 25 & 26 Februari 2014
Tarikh Ujian Bertulis : 8 Mac 2014


Sesi Julai 2014

Tarikh Pendaftaran Dibuka : 16 Januari 2014
Tarikh Pendaftaran Ditutup : 17 Mac 2014
Tarikh Ujian Lisan (Speaking) : 17, 18 & 19 Jun 2014 dan 23, 24 & 25 Jun 2014
Tarikh Ujian Bertulis : 5 Julai 2014


Sesi November 2014

Tarikh Pendaftaran Dibuka : 05 Mei 2014
Tarikh Pendaftaran Ditutup : 25 Julai 2014
Tarikh Ujian Lisan (Speaking) : 14, 15 & 16 Oktober 2014 dan 20, 21 & 22 Oktober 2014
Tarikh Ujian Bertulis : 08 November 2014

**Tertakluk kepada perubahan dikemudian hari...

Jadual MUET 2014



Post dkdayat.blogspot....sambutan di ciklaili.com

Alhamdulillah..

Ilmu mengira bil elektrik nampaknya mendapat sambutan...dan diterima di luar sana... Semoga pembaca mendapat manafaat yang berguna dari entri perkongsian ilmu cara mengira bil elektrik anda.

Alhamdulillah...Bukan hanya sambutan dalam blog sendiri, nampaknya post berkenaan juga mendapat sambutan di blog ciklaili.com. Seorang rakan, guru dan blogger yang saya kagumi. Terima kaseh kepada pemilik blog kerana sudi mengizinkan saya menjadi penulis jemputan pada ruangan penulis jemputan beliau.... Bukan calang-calang blog ciklaili.com ni.....

Terima kaseh daun keladi...ada masa saya kembali lagi...



link berkenaan Cara mengira bil elektrik anda

Friday, 27 December 2013

Ayam Goreng Dengan Minyak Campur Plastik

Aku tertengok satu video yang dikongsikan oleh laman sosial facebook My Islam Media yang menceritakan kisah ayam yang digoreng menggunakan minyak yang dicampur dengan plastik. Video mengisahkan kejadian di negara Inonesia yang mana seorang penjual mengaku memanaskan minyak dan dimasukkan plastik di dalamnya, kemudian digorengkan ayam pula dalam minyak itu.

Kaedah ini dikatakan menjadikan ayam lebih sedap, rangup dan tahan lama

Dikhabarkan bukan sahaja ayam..malah benda lain seperti pisang juga 'bisa' diperlakukan begitu..

Apakah tidak merbahaya mencampurkan plastik dalam minyak? Mengikut logik akal pasti kita kata YA! Menurut pakar perubatan belum ada jawapan lagi...

Berhati-hati membeli makanan yang digoreng....Agak-agak kat Malaysia ada tak orang buat macam ni? Goreng ayam ke..goreng pisang ke..

Video ayam digoreng dengan minyak yang dicampur plastik

Wednesday, 25 December 2013

Dapur dK : Cara Mudah Masak Sup Tulang



Ahaaa...hari cuti mari kita masak-masak. Hari ini kita masak resepi sup tulang yang mudah dan sedap. Dah namanya mudah..pasti ada yang dah siap sedia resepinya. Yaa... ini resepi mudah masak sup tulang yang sedap

Bahan-bahan:

- Tulang lembu, daging lembu (dalam 1kg)
- Bawang merah 5 biji
- Bawang putih 3 biji
- Halia dalam 1 inci
- Bunjut sup tulang 1 (beli kt kedai je)
- Bunga lawang 2
- Kayu manis 1
- Bunga cengkih 2
- Buah pelaga 2
- Daun sup 2 tangkai
- Buah kurma 2 biji
- Minyak masak, garam
** (kalau beli bunjut dah siap kat kedai, dah siap bunjut dan 4 sekawan tu...lagi express)

Cara masak sup tulang:

- Basuh bersih-bersih tulang dan daging. Hiris daging jangan nipis sangat jangan tebal sangat. Kalau tak mau daging pun boleh..tulang saja
- Bawang merah, bawang putih..hiris..Tak mau hiris kisar je la..
- Panaskan air dalam periuk (agak-agak 3 liter)..bila dah menggelegak masukkan tulang.
- Ambil kuali lain, masukkan minyak..tumis bawang yang dihiris/kisar..kemudian tumiskan daging yang dihiris sampai agak-agak kering air daging tu.
- Kemudian masukkan semua tumisan tadi dalam periuk yang berisi rebusan tulang.
- Masukkan bunjut sup dan halia (ketuk)
- Dalam 1/2 jam lepas tu masukkan kurma tadi (antara rahsia untuk bagi lebih manis dan empuk). Kalau ada kentang boleh masukkan juga. Nak gantikan kurma dengan gula batu pun boleh
- Tunggu sehingga masak. Sebelum masak masukkan garam secukup rasa anda..
- Dah siap boleh hidang dan taburkan daun sup.

Sekian...selamat mencuba !!!
Sedap bagitau kawan..tak sedap bagitau sayaaaa

Psss...kalau anda guna periuk tekanan (pressure cooker) masa memasak lebih singkat. 1 jam 15 minit dah boleh makan

Monday, 23 December 2013

INTI Cycle 1 Degree Campaign Extended !!!

INTI Cycle 1 Degree Campaign Extended !!!




Apa ada dalan iklan INTI Cycle 1 Degree Campaign? Semestinya promosi pasal program-program pembelajaran yang ditawarkan di INTI...Antaranya

  • Bachelor of Mass Communication (Hons)
  • Bachelor of Communication & Media Studies (UOW Programme)
  • BA (Hons) in Mass Communications, in collaboration with University of Hertfordshire, UK
  • Diploma in Mass Communication

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal program kat INTI ni boleh klik je kat mana-mana iklan INTI kat dalam page ni atau boleh gi kat web INTI

Kalau masuk blog aku pastu nampak iklan INTI Cycle 1 Degree Campaign, jangan lupa kelik..kehkehkeh..

Tuesday, 17 December 2013

Panduan Memilih & Menjaga Penghawa Dingin (Air-Conditioner)

Memang ramai orang nak pasang penghawa dingin (air-conditioner) di premis atau rumah masing-masing. Ada yang nak beli besar-besar..dan ada juga nak yang murah-murah. Nah...Biasanya orang yang guna penghawa dingin ni sememangnya perlu bersedia dengan bajet elektrik yang lebih dari biasa...Di sini dikongsikan antara maklumat yang dapat membantu anda dalam memilih, membeli, menukar baru sesebuah penghawa dingin. Supaya anda alah membeli menang memakai...idak la membazir aje...

1. Semak saiz bilik dan penghawa dingin.
Pastikan saiz penghawa dingin adalah bersesuaian dengan saiz ruang/bilik anda. Bagaimana nak tau? Haaa.... rujuk jadual/gambar seterusnya...

Saiz unit penghawa dingin berbanding saiz bilik/ruang

Saiz penghawa dingin dikira dalam bentuk hp (horse power) ataupun kuasa kuda. 1 hp bersamaan lebih kurang 746 watt

2. Semak 'Energy Efficiency Ration (EER)' 
EER ni dalam Bahasa Melayu ialah 'Nisbah Kecekapan Tenaga'. Biasanya bagi 1hp nilai EER antara 8 hingga 10... Semakin tinggi nilai EER makin cekap la...Keluaran bagi 1hp biasanya bersamaan 9200 BTU/jam

3. Semak Star Rating
Biasa tengok pelekat 'Energy Star Rating' pada alatan elektirk anda? Kadang-kadang ada juga yang tiada.. Bagi yang ada, makin banyak bintang yang ditunjukkan maka penghawa dingin itu adalah lebih cekap...Maksimum ada 6 bintang sahaja. Paling koman pun sekurang-kurangnya 2 bintang.

4. Semak kadar pengaliran udara
Kadar pengaliran udara dikira dalam unit kaki padu per minit @ cfm. 1 hp biasanya mempunyai 200-300 cfm. Makin tinggi kadarnya maka makin cepat sejuk dan lebih baik peredaran udaranya..

Bila dah beli nak kena pasang pulak...apa nasihat bila nak pasang?

Untuk 'split unit', bahagian outdoor diletakkan ditempat yang teduh untuk mengelakkan kesan pemanasan dek matahari, dan perlu mempunyai peredaran udara yang secukupnya

Dinasihkan supaya tidak memasang indoor unit menghadap pintu...nanti senang-senang je udara sejuk keluar

Dah pasang...macamana nak mengoperasikannya?

1. Pastikan indoor unit penghawa dingin tidak dihalang seperti oleh langsir ataupun perabot

2. Pastikan pintu dan tingkap ditutup rapat ketika penghawa dingin beroperasi

3. Jika tingkap kaca bertinted...lebih bagus..lebih senang nak sejuk

4. Penyelenggaraan berjadual boleh memanjangkan hayat penghawa dingin dan beroperasi pada tahap optimum. Rajin-rajin la cuci 'filter'...buang habuk..isi gas bila perlu

5. Sebelum hari panas, pasangkan penghawa dingin anda..jangan tunggu hari betul-betul panas baru nak 'ON"..

6. Hari panas...turunkan langsir...dapat halang haba panas masuk

Sekian...harap pengalaman dan ilmu ini dapar memberi manafaat pada anda....

Some information from ST & CETREE

Thursday, 12 December 2013

Hukum Mandi Bogel & Berwuduk Bogel

"Ustaz..saya ada soalan..apa hukumnya jika kita mandi bogel..dan kita ambil wuduk bogel.."

Itu adalah soalan seorang pemanggil dalam satu rancangan radio IKIM pagi tadi siaran 12 Disember 2013. Jadi apa jawab Ustaz tu...

"Jika kita mandi bogel..ataupun berwuduk tanpa pakaian maka hukumnya adalah MAKRUH. Kalau mandi wajib..sah mandi tu..kalau berwuduk..tetap sah wuduk tu..cuma makruh la hukumnya...Tapi kalau kita mandi bogel tu ada orang lain yang nampak (takdok dinding..open area) maka HARAM la pulak hukumnya..."

Pss...Ustaz zaman sekolah aku dulu cakap.."takdok orang tengok pun kurang-kurang malu la pada kepala paip tu...."