Sunday 28 October 2018

Yang dekat dengan Awana Kijal @ Resort World Kijal

Resort World Kijal atau orang dah sebati panggil tempat ni Awana Kijal berada di tepi Jalan Kemaman-Dungun, Kijal Kemaman Terengganu. Bilik hotel yang banyak dan ade kolam renang yang berbagai kedalaman. Pilih sendiri agar sesuai untuk baby, kanak-kanak, mahupun orang dewasa. Tapi ingat kalau anak-anak tu sila awasi ye..

Ape yang dekat dengan Resort World Kijal atau Awana Kijal ni?

Apa laundry / dobi dekat dengan Resort World Kijal atau Awana Kijal ni? Ade Enzo Coin Laundry.. jarak kira-kira 5km perjalanan dari sini. Laundry ni pakai coin boleh tukar dekat mesin kat mesin. Bawak duit ringgit je. Kedai dekat lampu isyarat simpang 4 Kemasik. Mana tau nak mendobi.. sebelah kedai dobi ni ade kedai makan Dinahz. Sambil dobi boleh makan. Ade kedai makan lain juga kat seberang jalan tu. Ade Mesjid Lama @ Surau Bukit Kampung Pantai dan Surau Kampung Feri dekat simpang ni juga. TMG dan hardware pun ade.






Apa masjid paling dekat dengan Resort World Kijal atau Awana Kijal ni? Ada Masjid Bukit Kukuran Kemasik.. warna putih.. besar dan indah. Jarak dalam 1-2 km lah... nak sembahyang Jumaat takde alasan xde mesjid


Apa stesen minyak paling dekat dengan Resort World Kijal atau Awana Kijal ni? Dah namanya Kemaman.. pastilah Petronas. Stesen Petronas Kijal namanya jarak hanya 200 meter dari simpang. Kalau terdesak nak menongkah arus tu pandai-pandai dan tanggung sendiri ye.. hehee. Nak u-turn jauh sikit.

Apa bank atau mesin ATM dekat dengan Resort World Kijal atau Awana Kijal ni? Kat stesen Petronas ni juga ada ATM CIMB dan Maybank. Kalau terdesak tak ada duit tunai tu boleh mari sini deh.

Terakhir... Apa kedai makan halal paaaaling dekat dengan Resort World Kijal atau Awana Kijal ni? Yang dekat memang la cafe dia.. tapi bayar ehem ehem laa... Sebenarnya kat simpang masuk tempat ni ada restoren Zara kat corner tu je..tapi hari Jumaat tutup. Juga ada satu lagi iaitu kedai Atok Putih KFC... dari tepi jalan besar pun orang ramai berenti singgah. KFC ni waktu solat Jumaat tutup tau



Okeh...semoga membantu apa yang aku ceritakan...

No comments:

Post a Comment