Monday 14 November 2016

JJCM: Cendol Durian Borhan

Alkisah....toyyiibbbbb....

Edisi Jalan-jalan cari makan kali ini adalah Cendol Durian Borhan Kuala Selangor. Alkisahnya lama dah cerita Cendol Durian Borhan ni menular. Sampaikan cawangannya pun dah cukup banyak serata tempat di Selangor dan Kuala Lumpur (over tak aku?...Hahaa).


Kedai ni memang laluan aku kalau balik ke kampung di Sungai Besar. Lama dah aku nak singgah pekena cendol durian nya yang dijual di kedai utamanya di Kuala Selangor. Tapi setiap kali aku lalu memang kedainya "full house". Sebelum ni pernah dah rasa cendolnya yang dijual di Sungai Besar.... tapi tu la, nak yang HQ pulak...Hahaaa

Alkisahnya apabila Pahang cuti umum pada hari Isnin, akupun telah berada di kampung halaman pada waktu itu. Jadi dalam perjalanan pulang itu akupun singgah la ke Cendol Durian Borhan. Memang tak berapa nak ada orang waktu tu sebab orang Selangor kerja wehhh...Aku tapau je sebab mengejar masa nak balik ke Kuantan.



Beli se-plastik besar Cendol Durian pada harga RM5.50 pada aku agak murah. Boleh minum 3-4orang tu....Dalam perjalanan tu aku belasah dengan isteri dan anak-anak aku. Tapi aku la yang paling banyak bedal....Hahahaaaa...

Sorry gambar cendol tak amek...sebab syok sangat minum lupe nak snap...Hahaaa

No comments:

Post a Comment