Friday 3 April 2015

Prepaid@Topup@Prabayar Tetap Kena 6% - Ada Bonus?

Semalam setelah penat memerah otak berbincang antara ketua eksekutif syarikat telekomunikasi JKDM dengan KPDNKK...akhirnya keputusan 'langkah segera' dicapai berkenaan isu topup@prepaid@prabayar telefon yang dikenakan GST 6%.

Semua syarikat telekomunikasi TETAP mengenakan GST 6% ke atas topup@prepaid@prabayar telefon.

Namun, pada masa yang sama mereka menawarkan tambahan kredit masa berbual dan khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan nilai melebihi RM1 bagi kad topup@prepaid@prabayar yang bernilai RM10 (dengan GST RM10.60)

Kalau lebih mahal...lebih lagi la tu...

Kalau ikut berita TV..perkara ini berkuat kuasa serta merta dan sah selama 3 bulan je.... Maksudnya lepas 3 bulan ni (bulan Julai nanti la kot) syarikat telekomunikasi ni kena cari kaedah untuk mengatasi isu ini..... sebab tu tadi aku kate 'langkah segera'....

Yang pakai postpaid?....GST ade dalam bil anda....huhuuuuu...tak ade ape2 'bonus' ke?

1 comment: