Tuesday 5 August 2014

JPJ Sabak Bernam

Bukan cerita hari ini.. tapi cerita minggu lepas

Minggu lepas, petang Jumaat akupun start kereta pergi la JPJ Sabak Bernam, nak renew lesen memandu aku laa.. Dah lama tak datang sini.. 'dalam fikiran aku 'tak ramai la orang petang ni'..

Sampai saja umak aii...parking kereta dah penuh, sehingga ada yang parking tepi jalan sahaja... aku pusing 1 kali lagi dan dapat la ruang parking

Kalau dah dekat luar pun penuh kenderaan...kat dalam pun sama la juga. Yaaaaa memang ramai sungguh manusia yang berurusan dengan JPJ petang ini. Nombor yang aku dapat pun selang 30 orang lagi..huhuuuu.


Sementara menunggu giliran aku tu macam biasa aku memerhati la gelagat orang kat dalam tu. Yelahh, nak main internet mana ada internet henpon aku...kikiii..

Ada satu mamat dengan kawannya yang tersalah pergi kaunter. Orang panggil kaunter 3 tapi dia gi kaunter 5, sedangkan kaunter 5 tu dah panggil nombor lain....tak pasal-pasal je akak yang dipanggil kena tunggu...lama pulak tu...perghhhh


Ada pulak yang datang kerana nak bayar saman... tak tahu la saman laju ke hape. Tapi dia cakap kena tembak depan belakang... RM600 katanya...


Ada yang datang kerana nak buat semula lesen memandu sebab satu beg duitnya hilang. Kata ayahnya hilang sebab terlupa masa isi minyak kat stesen minyak. Isi minyak letak beg atas bumbung... lepas tu lupa terus jalan... Nasib la dia ada pasport gi oversea, boleh jadi bukti untuk dia buat semula lesen...

Tapi yang paling best ialah ada pelanggan yang ambil nombor banyak kali. Panggil-panggil je muka dia je yang muncul kat kaunter. Memang betul dia pegang banyak nombor. Sampai kena tegur dengan penjaga kaunter JPJ. Aku rasa dia dari driving school atau ejen tu... Kesudahannya penjaga kaunter naik angin sebab pelanggan tu kerek pulak... Orang cakap elok-elok dia buat kerek pulak...

Haiii.... dah 3 tahun tak renew lesen... Rupenye dah berwajah baru lesen memandu...hehee

Macam-macam laaaaa

No comments:

Post a Comment