Sunday 13 April 2014

Restoran MaBIQ : Daging Salai Istimewa

Selamat tengahari... pasti tengah kelaparan nih...

Baru-baru ini berkesempatan bawa keluarga beli makanan di Restoren MaBIQ. Tempat apa ni? Istimewa sangat ke?

Pandangan dari luar restoren

MaBIQ adalah singkatan bagi Maahad Bahasa Dan Ilmu Al-Quran. Maahad ni diasaskan oleh Ustaz Jamaluddin (Ustaz Jamal) yang menawarkan pendidikan berasaskan kebajikan khas untuk anak-anak yatim dan fakir miskin.

Restoren ni ditubuhkan sebagai salah satu saluran bagi menjana pendapatan untuk menampung kos operasi Maahad berkenaan.

Restoren ni terletak di Tanjung Lumpur Kuantan Pahang. Paling senang nak kenal ianya terletak di kawasan kampung di belakang Yayasan Pahang. Kalau jumpa bangunan Yayasan Pahang tu dah kira dekat la tu.. Landmark terbaru ialah bangunan asrama baru Kolej Antarabangsa IKIP. Penghuni asrama IKIP boleh jalan kai la lepas ni gi restoren ni..

Restoren ni menghidangkan menu masakan kampung. Menu istimewa di sini ialah daging salai. Ada daging salai masak lemak cili api dan ada daging salai masak kicap. Harga memang berpatutan dikira dalam bentuk gram kalau beli bungkus dan kira senduk jika makan di restoren. Tak silap aku daging salai masak kicap 100gram adalah RM2.50. Kalau nak beli yang belum dimasak pun boleh...sila berurusan dengan pekerja restoren ye... Rasanya macamana? Memang terbaekkk!!

Daging salai masak kicap

Paeh ikan patin (pais ikan patin) juga antara yang menarik kat sini. Disalut dengan tempoyak dan dibalut dengan daun kemudian dibakar... Perghhhh!!... peminat patin pasti takkan menyesal merasainya. Bahagian badan RM6.00 seketul dan ekor RM7.00 seketul

Paeh ikan patin

Air kat sini satu gelas RM1.00 sahaja. Ambil sendiri... ikut la nak letak ais banyak..sikit..takde ais..Air dah disediakan dalam bekas air cuma kita perlu buka paipnya je lagi...Kalau laicikang aku tak pasti pulak berapa harganya...

Ramai ke orang datang sini? Memang cukup ramai. Kalau datang waktu 'peak hour' memang padat macam ikan sardin. Ada ruangan makan duduk atas kerusi dan ada juga rangan duduk bersila. Pengujung bukan sekadar orang Melayu dan Islam sahaja, bahkan kaum Cina, India dan lain-lain serta pelbagai anutan agama juga singgah makan kat restoren ni.

Waktu perniagaan Restoren MaBIQ

Waktu operasi Ahad sampai Khamis buka macam biasa dari jam 11.00 pagi hingga jam 4.00 petang. Restoren ni hanya tidak beroperasi pada hari Jumaat dan Sabtu (dan cuti tertentu la kot)

Kalau datan Kuantan jangan lupa singgah wehhh!!

Pelan ke restoren (MaBIQ Tg. Lumpur) - dari blog MaBIQ


No comments:

Post a Comment