Tuesday 3 December 2013

Tarif Baru Elektrik TNB 1 Januari 2014

Tarif baru elektrik TNB (domestik) bermula 1 Januari 2014

Minggu lepas dah keluar jangkaan bahawa tarif elektrik akan naik sebanyak 2 digit. 2 digit tu adakah 2 sen? atau macamana? Rupa-rupanya semalam ada dah menteri umumkan tarif elektrik naik 15%...Ooooo rupanya 2 digit tu 15 laaa...

Lepas satu..satu..satu..naik dalam masa terdekat..lepas minyak..gula..lepas tu apa pulak...pasti orang naik minyak

Mengikut pemerhatian aku pada tarif baru ni, 2 blok pertama tarif iaitu blok 200kWh pertama dan blok 201-300kWh tidak mengalami kenaikan. Tapi 3 blok seterusnya (301-600kWh) dirangkumkan jadi satu kadar iaitu 51.60sen/kWh.

54.60sen/kWh dikenakan bagi penggunaan 601-900kWh berbanding 42.6-45.3sen/kWh

Itu baru pengguna domestik. Bagi pengguna komersial/industri macamana? Memang sungguh memberi kesan....

Apa kena buat dalam masa terdekat? Nampaknya kena kurangkan penggunaan je la...tu je la yang bleh buat dalam masa terdekat

2 comments:

  1. nampak gayanya..x jadilah aku pasang air cond dayat
    biasa2 je lah hidup ni

    ReplyDelete
  2. kalu nk jugak pasang yg inverter,,,mmg jimat

    ReplyDelete