Tuesday 17 December 2013

Panduan Memilih & Menjaga Penghawa Dingin (Air-Conditioner)

Memang ramai orang nak pasang penghawa dingin (air-conditioner) di premis atau rumah masing-masing. Ada yang nak beli besar-besar..dan ada juga nak yang murah-murah. Nah...Biasanya orang yang guna penghawa dingin ni sememangnya perlu bersedia dengan bajet elektrik yang lebih dari biasa...Di sini dikongsikan antara maklumat yang dapat membantu anda dalam memilih, membeli, menukar baru sesebuah penghawa dingin. Supaya anda alah membeli menang memakai...idak la membazir aje...

1. Semak saiz bilik dan penghawa dingin.
Pastikan saiz penghawa dingin adalah bersesuaian dengan saiz ruang/bilik anda. Bagaimana nak tau? Haaa.... rujuk jadual/gambar seterusnya...

Saiz unit penghawa dingin berbanding saiz bilik/ruang

Saiz penghawa dingin dikira dalam bentuk hp (horse power) ataupun kuasa kuda. 1 hp bersamaan lebih kurang 746 watt

2. Semak 'Energy Efficiency Ration (EER)' 
EER ni dalam Bahasa Melayu ialah 'Nisbah Kecekapan Tenaga'. Biasanya bagi 1hp nilai EER antara 8 hingga 10... Semakin tinggi nilai EER makin cekap la...Keluaran bagi 1hp biasanya bersamaan 9200 BTU/jam

3. Semak Star Rating
Biasa tengok pelekat 'Energy Star Rating' pada alatan elektirk anda? Kadang-kadang ada juga yang tiada.. Bagi yang ada, makin banyak bintang yang ditunjukkan maka penghawa dingin itu adalah lebih cekap...Maksimum ada 6 bintang sahaja. Paling koman pun sekurang-kurangnya 2 bintang.

4. Semak kadar pengaliran udara
Kadar pengaliran udara dikira dalam unit kaki padu per minit @ cfm. 1 hp biasanya mempunyai 200-300 cfm. Makin tinggi kadarnya maka makin cepat sejuk dan lebih baik peredaran udaranya..

Bila dah beli nak kena pasang pulak...apa nasihat bila nak pasang?

Untuk 'split unit', bahagian outdoor diletakkan ditempat yang teduh untuk mengelakkan kesan pemanasan dek matahari, dan perlu mempunyai peredaran udara yang secukupnya

Dinasihkan supaya tidak memasang indoor unit menghadap pintu...nanti senang-senang je udara sejuk keluar

Dah pasang...macamana nak mengoperasikannya?

1. Pastikan indoor unit penghawa dingin tidak dihalang seperti oleh langsir ataupun perabot

2. Pastikan pintu dan tingkap ditutup rapat ketika penghawa dingin beroperasi

3. Jika tingkap kaca bertinted...lebih bagus..lebih senang nak sejuk

4. Penyelenggaraan berjadual boleh memanjangkan hayat penghawa dingin dan beroperasi pada tahap optimum. Rajin-rajin la cuci 'filter'...buang habuk..isi gas bila perlu

5. Sebelum hari panas, pasangkan penghawa dingin anda..jangan tunggu hari betul-betul panas baru nak 'ON"..

6. Hari panas...turunkan langsir...dapat halang haba panas masuk

Sekian...harap pengalaman dan ilmu ini dapar memberi manafaat pada anda....

Some information from ST & CETREE

15 comments:

  1. sy mohon share artikel ini ye, tq :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. saya tgh cari jenama yg kualiti okay untuk model inverter..rmai yg sggest utk cuba inverter sbb dgn cara pnggunaan aircond sy yg kerap lg ssuai guna yg tu.tapi perlukan pndapat jenama yg baik dan klu ada yg pnglman gunakan model ni pon ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kt umah aq ni guna daikin inverter ,setakat ni ok..
      lagi bil letrik pon tak tinggi dah .. ^^ cuma aircon daikin ni mahal sikit ..tu je ...

      Delete
    2. boleh lar ko cuba guna jnama aircon daikin inverter ... kalau ko mmg dlm budget thn bole jugak try aircon jenama daikin biasa ..sbb jenama daikin famous jugak skrg, sbb dia punya kualiti penyejukan tu bagus ...

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. xmesti nak pilih daikin kan, ade jname lain mungkin murah lg dr daikin ni.
      beli aircon kena bandingkan fungsi ape yg sesuai dgn penggunaan.

      Delete
    5. Harga murah, mesti fungsi kurang.
      Lagipun, Daikin bkn lah mahal sgt. Yg inveter model pun lebih kurang 1.4k-1.5k je, kena tgk hp berapa. Tapi betul jugak, beli aircon kena pilih fungsi yg sesuai dgn penggunaan.

      Delete
  4. @asha misha daikin ni dri jepun kan?brand aircond kbanyakan nye dri jepun..aku rsa sma je la dia pnya kualiti...suma nye dtg dri tknologi sma je

    ReplyDelete
    Replies
    1. @zie zacky negara sma tapi teknologi yg diorg guna mesti lain2.jadi kualiti pon lain la..kalau tgok review brand2 diorg pon mcm2 ada..spesifikasi pon lain..yg aku taw daikin invrter tu diorg dh tmbah mcm2 spesifikasi dri yg sblom ni

      Delete
    2. Alah, tu dari negera yg sama, bkn kilang yg sama. Brand semua ni pakai teknologi lain, mcm daikin ni main dlm cooling, sharp ada iplasma, yg panasonic main dlm jimat elektrik. Semua pun lain, walaopun ciri2 sama, tapi main dia lain2. Aq lebih suka daikin, sbb cooling mmg cun. Aq dah lah jenis yg tak blh tahan panas.

      Delete
  5. Betol ke semak rating bintang tu... yg tu bukan ke iklan2 utk tarik customers... Paling byk pun tgok ade 5 bintang je skrg... Tgok yg byk bintang tu mesti harga tu pun mahal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rating pon bole diambik kira jgak sbb tu kn byk yg feedback dri cstomer..so bole taw jnama tu okay ke tak..kdg2 tgok jnis model jgk..xsmstinya hrga ikot rating,rating tu tnjuk kaulity sesuatu brg tu..

      Delete
  6. rmai jgk org yg guna inverter ni kn skrg...tgk byk feedback bgus..cdgan2 tu nnt sy g tya trus di kedai diorg..daikin tu mmg ok stkat ni yg sy dgr..boleh la survey hrga.

    ReplyDelete