Saturday 8 June 2013

D.I.Y: Tukar Minyak Hitam

Inilah aktiviti hujung minggu...jadi pomen sendirian berhad. Aktiviti kali ini ialah menukar minyak hitam (4T) motosikal.

Barang yang diperlukan adalah:

1. Sebotol minyak hitam 4T (2T untuk pelincir...jangan silap)
2. Spanar Ring size 17 (untuk motosikal Modenas CT100)
3. Bekas penakung minyak
4. Playar
5. Tisu / Kain lap

Perbezaan antara minyak lama (kiri) dan yang baru (kanan)

Kaedah:

1. Double stand motosikal
2. Letak bekas penakung minyak di bawah enjin motosikal (sejajar tempat skru minyak hitam)
3. Bukak skru minyak hitam pada bawah enjin guna spanar 17. Tadah minyak tu...
4. Buka tempat masukkan minyak kat atas/tepi enjin tu. Biarkan sampai minyak habis keluar
5. Tutup semula skru minyak hitam kat bawah enjin
6. Tuang minyak hitam yang baru (ikut sukatan yang ditentukan - ikut jenis motosikal)
7. Tutup tempat masukkan minyak hitam tadi
8. Bersihkan mana-mana yang kotor.

Amaran:

Jangan biarkan anak-anak/sesiapa yang masih kurang mengerti mengganggu kerja anda. Mungkin ini akan memanjangkan jangkamasa kerja anda.

Jika tidak, inilah yang terjadi.....

Sudah tumpah.... 

Habis stok tisu dapur


Alahaiiii...dengan spontan anak aku tumpahkan minyak yang aku dah takung....makanya bahan malam ini aku tambah dengan sabun pencuci....

Adios...

No comments:

Post a Comment