Wednesday, 6 June 2012

Pencawang Elektrik PE (Part 2)

PE Berbangunan Bulatan Raja Muda Kuala Lumpur (self pic)


Tempohari dah cerita sikit-sikit pasal pencawang...ni sambung skit lg...just kongsi penulisan orang lain je..



Kebaikan dan Keburukan Pencawan Berbangunan dan Tanpa Bangunan.



i). Harga Pemasangan



Pencawang berbangunan memerlukan kos yang lebih tinggi berbanding pencawang luar bangunan. Ini kerana keperluhan bahan-bahan binaan seperti konkrit dan keluli sangat banyak berbanding pencawang luar bangunan. Kos pembinaan ini semangkin meningkat bergantung kepada keupayaan pencawang yang diperlukan dalam sistem pengagihan. Manakala pencawang luar bangunan hanya memerluka ruangan yang kecil dan berpagar serta sedikit keluli dan konkrit bagi meletakan perkakasan voltan tinggi yang diperlukan.



Oleh kerana pemasangan peralatan voltan tinggi dalam bangunan, ini menyukarkan kerja-kerja penyelenggaraan dan juga penambahan keupayaan pencawang, akibatnya kos perlaksanaan kerja-kerja tersebut akan meningkat juga berbanding kos penyelenggaraan dan penambahan pada lapangan suis pencawang luar bangunan. Walaubagaimanapun oleh kerana pengaruh daripada kekerapan perubahan suhu, habuk dan endapan kotor pada peralatan pencawang luar, ini memerlukan peralatan yang hendak dipasang padanya direkabentuk khas agar perkhidmatan yang diberikan oleh pencawang luar adalah baik ,ini akan mengakibatkan kos pembinaan tinggi.



ii). Kebisingan dan Gangguan



Pencawang berbangunan adalah lebih senyap berbanding pencanwang luar bangunan ini kerana kebisingan yang dihasilkan daripada pengubah dan peralatan lain tidak tersebar ke luar dan ianya terperangkap dalam kawasan bangunan sahaja. Bagi pencawang luar bagunan kebisingan pengubah dan peralatan lain akan tersebar pada sekitarnya dan ini dapat dirasakan apabila kita melalui kawasan-kawasan pencawang luar bangunan.



Oleh kerana perkakasan suis dan voltan tinggi terletak dalam banguna ini akan menajamin keselamatan peralatan, terutama daripada gangguan sambaran kilat, hujan, salji dan ribut. Manakala pencawang luar bangunan pulah terdedah dengan bahaya persekitan seperti sambaran kilat dan perubahan suhu termasuklah juga habuk dan dan mendapan kotor. Boleh dikatakan pencawang dalam bangunan adalah lebih selamat berbanding pencawang luar bangunan.





Source : E2001/UNIT5/1


No comments:

Post a Comment