Tuesday, 5 July 2011
Michelin Energy XM2
MICHELIN, peneraju segmen pengeluaran produk tayar global memperkenalkan model tayar terbarunya, Michelin Energy XM2, yang dibangunkan dengan ciri keupayaan tahan lama sebanyak 20 peratus dan penjimatan penggunaan bahan bakar kenderaan.
Pengenalan tayar Energy XM2 bakal memanfaatkan 80% pemilik kenderaan di negara, yang mana terdiri daripada pengguna segmen kereta penumpang kompak dan pertengahan.Di sebalik kemampuan Michelin menghasilkan tayar tahan lama dan penjimatan minyak, syarikat terbabit turut memberi jaminan aspek keselamatan tidak diabaikan.
Teknologi yang digunakan dalam pembangunan tayar Energy XM2 dikenali teknologi perantara silih ganti, iaitu penekanan tertumpu kepada aspek kebertahanan, penjimatan minyak dan keselamatan.
Keseimbangan prestasi yang ditawarkan tayar Energy XM2 dirasai apabila penggunaan sebatian hibrid pada model tayar Energy XM1 diperluaskan kepada silika penuh, di mana ia menghasilkan kadar pengurangan ketahanan golekan sebanyak lapan peratus dan penjimatan minyak tambahan turut dipertingkatkan sebanyak 1.1%.
Sesuai digunakan untuk rim 14 hingga 16 inci, dengan kelebaran 175 hingga 215. Harga yang ditawarkan adalah RM217 bagi 14 inci dan RM488 untuk 16 inci.
*Teringin jugak aku pakai tayar nih...tapi tak sesuai sebab rim stendert aku tak bleh masuk...ekekee...kena tukar rim lebar skit...
sumber: http://175.41.130.6/sites/michelinmalaysia/beritaharian/faedah.html
Labels:
Lain-lain,
Pendidikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment