Tuesday, 9 July 2013

Tidur bogel boleh kuruskan badan ?

Artikel ini di copy+paste dari Tupai.com.my



Percayakah anda tidur tanpa pakaian boleh menguruskan badan? Selain daripada menjaga pemakanan dan bersenam untuk mendapat bentuk badan yang diidamkan, ada lagi cara yang mampu membuat anda kurus tanpa melibatkan kos.

Menurut penulis buku "The Hormone Diet", Dr Natasha Turner, anda boleh mengurangkan berat badan sekiranya tidur dalam keadaan berbogel!

Jika anda tidur tanpa pakaian, tubuh anda seperti menekan butang 'reset' kepada hormon 'fat loss' dengan merembeskan hormon yang membina sel di dalam tulang, kulit dan otot dan menggalakkan penurunan berat badan. Keadaan tidak berbaju akan membuatkan anda merasa sejuk dan ini memudahkan proses rembesan tersebut.

Selain itu, tidur dalam keadaan tidak berpakaian boleh mengurangkan hormon kortisol penyebab stress dan memelihara tenaga dalam badan semasa tidur. Jika banyak hormon kortisol dirembeskan ketika tidur, anda akan merasa lapar dan membuatkan anda menikmati hidangan secara berlebihan.

Bukan itu sahaja, pakaian yang menghangatkan badan ketika tidur boleh mempengaruhi hormon pertumbuhan dan melatonin yang menyebabkan penuaan. Sekiranya anda tidur tanpa pakaian, kulit yang mempunyai cela senang dipulihkan kerana hormon pertumbuhan menjadi lebih aktif.


Berkesan? Entahlah.....

sss

Monday, 8 July 2013

Restoran De' Mall Kuantan Kena Tutup ?


Hah !! Tergamam seketika bila tengok berita tv tadi. Apesal? Pasal sebuah restoren bernama Restoran De' Mall di Lorong Tun Ismail 6 Kuantan Pahang diarahkan tutup buat sementara waktu. Alaaaaa....restoren ni yang kaler merah putih kat depan/tepi Mega Mall Kuantan tu...

Dalam sebuan oleh Jabatan Kesihatan dan Majlis Perbandaran Kuantan tu diorang jumpa macam-macam perkara yang tidak mematuhi kebersihan sebuah premis makanan. Taik tikus dikatakan bersepah-sepah, pinggan dah beberapa hari tak basuh, pekerja tak pakai apron, dapor tak dibersihkan....Bukan sekadar kata-kata, malah dibuktikan dengan video yang dirakam (dalam tv laa...)

Erkkk...aku rasa mcm pernah sekali aku gi minum teh kat kedai tu.....

Dalam berita tadi ada satu lg kedai mamak yang kena tindakan yang sama...tp aku lupa nama restoren tu...dekat-dekat situ jugak la....(tak silap aku restoren Rahath...kt Jalan Haji Ahmad)

sss

Sunday, 7 July 2013

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak 2013M/1434H Seluruh Negeri di Malaysia


Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak sepanjang Bulan Ramadhan 2013M/1434H Seluruh Negeri di Malaysia telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi laman sesawang rasminya.

Sila klik pada negeri yang anda kehendaki. Anda boleh baca, print atau download dalam bentuk PDF jika mahu. Bentuk JPG ada dalam hard disk...tak larat nak upload....

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak 2013M/1434H Perlis
Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak 2013M/1434H Kedah
Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak 2013M/1434H Pulau Pinang
Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak 2013M/1434H Perak
Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak 2013M/1434H Selangor
Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak 2013M/1434H WP Kuala Lumpur & Putrajaya
Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak 2013M/1434H Negeri Sembilan
Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak 2013M/1434H Melaka
Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak 2013M/1434H Johor
Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak 2013M/1434H Pahang
Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak 2013M/1434H Terengganu
Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak 2013M/1434H Kelantan
Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak 2013M/1434H Sabah
Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak 2013M/1434H  Sarawak
Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak 2013M/1434H Wilayah Persekutuan Labuan

Semoga bermanafaat....
Selamat menyambut Ramadhan...
Selamat menjalani ibadah Puasa Ramadhan !!

Harga Ayam Naik

Belumpun bermulanya Ramadhan, harga ayam proses bersih sudah naik (bukan ayam pencen). Apatah lagi menjemanya Syawal nanti. Diharapkan harga ayam akan kembali normal (ikut harga kawalan) ketika itu...

Di Alor Setar, diberitakan harga ayam dua minggu lalu RM6.30 sekilogram. Walaubagaimanapun ia kini naik kepada RM7.80 sekilogram. Dalam berita TV semalam, seorang pembeli mendakwa harga ayam sudah meningkat kepada RM9.50 sekilogram

Di Muar, dalam laporan Sinar Harian, ayam di Pasar Awam Maharani dijual pada kadar RM8.20. Manakala di kawasan kampung adalah RM8.70 sekilogram

Di Bagan Serai, sumber memberitahu harga ayam di pasar basah adalah RM9.00 sekilogram.

Tinjauan di Pasar Pagi Jaya Gading Kuantan Pahang mendapati harga ayam adalah RM8.50 sekilogram. 3 minggu lalu harga ayam di sini adalah RM8.00 sekilogram.

Walaubagaimanapun setakat ini harga ayam di pasaraya-pasaraya besar dikhabarkan masih boleh tahan...

Penjual mendakwa pembekal ataupun penternak menaikkan harga berikutan kenaikan kos....

Agak-agak kalau tak makan ayam ok je kot......adios


Saturday, 6 July 2013

All Star Football transfer rumours: Where?

Summer season come again.....transfer window opened !!!!

Luis Suarez dalam radar The Gunners

Berikut adalah khabar-khabar angin perpindahan pemain-pemain bolasepak antarabangsa

1. Luis Suarez dari Liverpool ke Arsenal dan Real Madrid. Arsenal memperuntukkan sebanyak £25million (kira-kira €29million/$38million) bajet untuk mencari penyerang baru.

2. Pemain sayap Portugal, Nani diintai oleh Juventus, Monaco, PSG, Arsenal dan yang terkini adalah Roma

Pemain Manchester United, Nani

3. Penyerang Itali, Stephan El Shaarawy di intai oleh Chelsea

4. Bayer Leverkusen midfielder, Lars Bender pernah intai oleh Arsenal. Tapi tak jadi sebab tiba-tiba harga naik melambung. Maka Wenger sedang mengintai Manchester City midfielder...Gareth Barry

5. Chelsea, Manchester City dan Real Madrid sedang memancing Edinson Cavani pada kadar USD 76million (MYR 242.3 million)

6. Manchester City menimbang untuk membida pemain Bayern Munich, Mario Gomez, untuk digandingkan bersama Sergio Aguero dan Edin Dzeko.

7. Pemain Manchester United Nemanja Vidic menjadi sasaran terbaru AC Milan

8. PSG bersedia membida sebanyak USD 30.5million (MYR 97.3 million) untuk midfilder Newcastle berusia 27 tahun iaitu Yohan Cabaye.

9. Manchester United yakin perbincangan dengan Thiago Alcantara akan berjaya

10. Patrice Evra akan kembali ke Monaco, jika Manchester United mengambil Leighton Baines. Monaco sebelum ini telahpun selesai dengan pembelian penyerang Radamel Falcao dan midfielder João Moutinho.

11. Safee Sali...Amri Yahya...

MASISWA 2013 : Upacara Penutup & Keputusan Penuh

Setelah tiupan terakhir wisel dari pengadil dalam perlawanan bola sepak, maka berakhirlah upacara sukan MASISWA 2013 Zon Timur. Sejurus itu upacara penyampaian hadiah dijalankan. Hanya 10 daripada 18 pasukan yang mengambil bahagian hadir dalam upacara penutup ini.

Berikut antara wajah-wajah suka duka kontijen yang hadir....

Kontigen kolej PSDC 

Kontigen Kolej Cosmopoint Kuantan (Ketuanya En Halim)

 Kolej Poly Tech MARA (KPTM) Kuantan

 Kolej ICAM Pekan

 Kolej Universiti TATI (TATIUC)

 Kolej Antarabangsa IKIP (Tuan Rumah)

 Kolej Pacific Kuantan

 Universiti Tenaga Nasional Kampus Muadzam Shah (UNITEN)

 Kolej Universiti Shahputra (UCSA)

 Kolej Universiti Bestari (UCB)

Gelagat penyokong IKIP 

Gelagat penyokong Shahputra 

Pakcik Din bersama barisan PBSM nya...

Keputusan keseluruhan: 

EMAS PERAK GANGSA
B.JARING TATIUC IKIP KPTM & UCSA
FUTSAL (L) UCSA UNITEN ICAM & TATIUC
FUTSAL (W) UCSA UNITEN IKIP & UCB
BAD. REGU (L) UCSA PSDC UCB & KPTM
BAD. REGU (W) IKIP TATIUC UCSA & KPTM
BAD. SINGLE (L) UCSA UCB UNITEN & UNITEN
BAD. SINGLE (W) UCSA TATIUC IKIP & PTPL
B.TAMPAR UCSA TATIUC IKIP & UNITEN
B.SEPAK UCSA IKIP ICAM & UNITEN

Adat permainan ada yang menang dan ada yang kalah. Syabbas dah tahniah pada yang menang. Pada yang tewas cuba lagi...mungkin kemenangan anda pada edisi akan datang...

Jumpa lagi !!!!!

Friday, 5 July 2013

Renungan Jumaat : Seksaan Meninggalkan Solat Fardhu

SEKSAAN APABILA MENINGGALKAN SOLAT FARDHU :

Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.

Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak:
Allah berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku." Segala gerak - gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.

# Marilah kita sama2 menunaikan solat, semoga terhindar daripada segala seksaan dunia ataupun akhirat

Thursday, 4 July 2013

MASISWA 2013 Zon Timur : Day 1 - Battle Day & Result

3 Julai 2013, hujan gerimis mengiringi permulaan kejohanan kali ini. Hari ini 3 acara bermula iaitu bola jaring, badminton dan futsal lelaki dan wanita....

Sama-sama kita saksikan nya....

 Acara badminton

 Badminton perseorangan lelaki

 Bola jaring

GS UCSA (Shahputra) tengah score 

Futsal lelaki : Futsal arena Taman Polo 

Futsal wanita

Pemenang hari pertama.....

Johan bola jaring : TATIUC

Johan futsal lelaki : UCSA (Shahputra)

Johan futsal wanita : UCSA

Johan badminton peseorangan lelaki : UCSA

Johan badminton peseorangan wanita : UCSA

Johan badminton bergu lelaki : UCSA

Johan badminton bergu wanita : IKIP

sss

Wednesday, 3 July 2013

MASISWA 2013 : Malam Perasmian Zon Timur

MASISWA 2013 Zon Timur kembali lagi. Kali ini kejohanan akan dijalankan pada 3,4 dan 5 Julai 2013 bertempat di 3 tempat iaitu Kompleks  Sukan IIUM Kuantan, Padang MPK (sebelah masjid negeri) dan Futsal Arena Taman Polo. Kolej Antarabangsa IKIP menjadi penganjur kejohanan pada kali ini.

2 Julai 2013, pada sebelah malamnya berlangsung acara perasmian kejohanan yang diadakan di Stadium Bolasepak IIUM

Berikut antara babak-babak brass band MGSS Kuantan dan perarakan kontigen yang sempat dirakamkan

















sss

MASISWA 2013 Zon Timur : Hari Taklimat

MASISWA 2013 Zon Timur kembali lagi. Kali ini kejohanan akan dijalankan pada 3,4 dan 5 Julai 2013 bertempat di 3 tempat iaitu Kompleks  Sukan IIUM Kuantan, Padang MPK (sebelah masjid negeri) dan Futsal Arena Taman Polo. Kolej Antarabangsa IKIP menjadi penganjur kejohanan pada kali ini.

2 Julai 2013, merupakan hari taklimatpengadil bersama ketua pasukan sukan kolej yang mengambil bahagian. Terdapat 18 kolej yang mengambil bahagian pada kali ini. Acara yang dipertandingkan adalah Bola Sepak, Bola Tampar, Badminton, Bola Jaring dan Futsal

Berikut antara babak-babak dalam taklimat bersama pengadil

 Pengadil bola tampar..oleh 'YB' Ahmad

Suasana di meja pendaftaran 

Taklimat futsal 

Taklimat bola sepak

 Taklimat bola tampar

Wakil-wakil kolej 

Taklimat badminton oleh En Shah (En. Bulu)

sss