Saturday 16 February 2013

Liga Super : Selangor Red Giant rampas tahta liga, Johor Darul Takzim hampir kempunan

Selepas sepak bola Liga Super berehat seketika, stadium kembali gegak gempita dengan sorakan penonton bermula semalam. Sesudah sepak bola berakhir malam tadi, Selangor kembali merampas kedudukan nombor satu dripada pendahulu sebelum ini, Pahang Darul Makmur.

Selangor yang turun tanpa Amri Yahya, memanjat tempat pertama buat sementara waktu setelah menewaskan Kelantan The Red Warrior dengan keputusan 2-0 di Shah Alam. Kedudukan ini berkekalan setelah Lion XII berjaya menjinakkan Pahang dengan keputusan 3-0

Nun di selatan, Johor Darul Takzim (JDT) berjaya mencatat kemenangan ke tiga setelah menewaskan Skuad T-Team 1-0. Walaubagaimanapun serangan T-Team tetap mencemaskan kubu JDT sehingga hampir-hampir menjadikan keputusan seri.

Sehingga kini, JDT yang dibarisi ramai pemain 'bintang' masih belum kelihatan dapat mengeluarkan taring sebenarnya..Belum lagi nampak menang besar-besar defisitnya. Harap-harap pelaburan yang dilakukan dapat pulangan yang baik.

Felda United pula telah ditewaskan oleh adik Red Giant iaitu Selangor PKNS 1-3. Keputusan penuh dan kedudukan semasa (16/02/2013) sila lihat gambar  (daripada sokernet):

Keputusan perlawanan semasa (16 Febuari 2013)


Kedudukan Liga Super semasa (16 Febuari 2013)

Pss: tadi tengok siaran kat tv ada gak player yang tak bleh score walau dah ternganga je gol tu...nasibbbb..

No comments:

Post a Comment