Yaaa....Pejabat sudah mula kosong..Jalan raya sudah mula sesak melampaui kesesakan biasa...apesal? Pasalnya Tahun Baru Cina datang lagi...Bila perayaan muncul, pasti ada juga diskaun-diskaun hebat ditawarkan...terkini, rebat tol pun menjelma sama. Tapi yang ini hanyalah untuk lebuhraya PLUS sahaja !
Ya...PLUS akan menawarkan rebat tol kepada pengguna yang membayar menggunakan aplikasi elektronik sahaja seperti kad PLUSMiles, Touch' n Go dan SmartTAG di lebuhraya kendalian PLUS. Walaubagaimanapun, rebat ini tidak ditawarkan kepada pengguna di tol Bukit Kayu Hitam, Jambatan Puau Pinang, Tanjung Kupang dan Bangunan Sultan Iskandar
Berapa dan bila? Pemandu kenderaan kelas 1 akan menikmati rebat sebanyak 20% pada 7/02/2013 (Khamis) dan 15/02/2013 (Jumaat). Manakala rebat 30% diberikan pada 10/02/2013 (Ahad). Hari-hari lain bayar macam biasa laaa.....
Selamat bercuti pada yag bercuti...Selamat merayakan Tahun Baru Cina bagi yang merayakannya....
No comments:
Post a Comment