Guns 'N' Roses? Siapa kaki rock tu yang cakap tak tau apa itu Guns 'N' Roses memang nak kena piat telinga tu. Kumpulan yang popular dengan lambang bunga ros, pistol 2 pucuk, topi ahli magik..Berita yang menarik buat peminat-peminat rock terutamanya kumpulan Guns N Roses ini.
Kumpulan Guns 'N' Roses yang berasal dari Los Angeles Amerika Syarikat ini memang popular satu ketika dulu dengan lagu-lagu berhantu seperti Sweet Child O’Mine, Patience, November Rain, Don’t Cry dan Paradise City.
Kumpulan ini bakal menghiburkan peminat negara ini dalam konsert Grand
Prix Formula 1 Petronas Malaysia yang berlangsung di Litar Antarabangsa
Sepang (SIC), Kuala Lumpur pada 24 Mac ini.
Tapi jangan mengharap Guns 'N' Roses yang datang ni adalah seperti dahulu. Ketika zaman kegemilangannya, GNR dibarisi Axl Rose (penyanyi) dan line-up berhantu mereka seperti Slash (gitar), Izzy Stradlin
(gitar), Duff McKagan (bass) dan Steven Adler (dram). Semua line-up berhantu ni sudah meninggalkan
kumpulan. Dua anggota lain yang menyertai Guns ‘N’ Roses ketika
album Use Your Illusions I & II pada 1991 iaitu Matt Sorum dan Gilby
Clarke (gitar) juga dah meninggalkan kumpulan ni.
Selain Axl dan Dizzy Reed (pemain keyboard yang menyertai kumpulan
ini pada 1991), Guns ‘N’ Roses kini dianggotai nama asing dalam
kalangan peminat rock tempatan seperti Ron ‘Bumblefoot’ Thal (gitari),
DJ Ashba (gitar), Richard Fortus (gitar),Tommy Stinson (bass), Frank
Ferrer (dram) dan Chris Pitman (keyboard).
Kepada peminat kipas susah mati Guns 'N' Roses dan rock tegar, jangan lepaskan peluang ini...
No comments:
Post a Comment