Friday, 22 February 2013

Guns 'N' Roses (GNR) at Sepang International Circuit (SIC)

Guns 'N' Roses? Siapa kaki rock tu yang cakap tak tau apa itu Guns 'N' Roses memang nak kena piat telinga tu. Kumpulan yang popular dengan lambang bunga ros, pistol 2 pucuk, topi ahli magik..Berita yang menarik buat peminat-peminat rock terutamanya kumpulan Guns N Roses ini.


Kumpulan Guns 'N' Roses yang berasal dari Los Angeles Amerika Syarikat ini memang popular satu ketika dulu dengan lagu-lagu berhantu seperti Sweet Child O’Mine, Patience, November Rain, Don’t Cry dan Paradise City.

Kumpulan ini bakal menghiburkan peminat negara ini dalam konsert Grand Prix Formula 1 Petronas Malaysia yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Kuala Lumpur pada 24 Mac ini.

Tapi jangan mengharap Guns 'N' Roses yang datang ni adalah seperti dahulu. Ketika zaman kegemilangannya, GNR dibarisi Axl Rose (penyanyi) dan line-up berhantu mereka seperti Slash (gitar), Izzy Stradlin (gitar), Duff McKagan (bass) dan Steven Adler (dram). Semua line-up berhantu ni sudah meninggalkan kumpulan. Dua anggota lain yang menyertai Guns ‘N’ Roses ketika album Use Your Illusions I & II pada 1991 iaitu Matt Sorum dan Gilby Clarke (gitar) juga dah meninggalkan kumpulan ni.

Selain Axl dan Dizzy Reed (pemain keyboard yang menyertai kumpulan ini pada 1991), Guns ‘N’ Roses kini dianggotai nama asing dalam kalangan peminat rock tempatan seperti Ron ‘Bumblefoot’ Thal (gitari), DJ Ashba (gitar), Richard Fortus (gitar),Tommy Stinson (bass), Frank Ferrer (dram) dan Chris Pitman (keyboard). 

Kepada peminat kipas susah mati Guns 'N' Roses dan rock tegar, jangan lepaskan peluang ini...

No comments:

Post a Comment