Saffron.... sejenis ramuan 'magik' yang ditambah dalam masakan untuk menambahkan rasa dan aromanya. Namun harganya agak begitu mahal... harga Saffron 1 gram = 5 euro, bersamaan lebih kurang RM21.00. (mengikut nilai semasa pertukaran wang). Kenapa ye??
Penanaman Saffron hanya boleh dilakukan dalam tempoh 20 hari sahaja dalam setahun. Antara September hingga Oktober.
Suhu penanaman tidak boleh terlalu panas dan terlalu sejuk. Suhu lingkungan -5 darjah celcius
Hidup sekitar 20-30 cm tinggi. Satu pokok boleh menghasilkan sekitar 4 kuntum bunga
Bunga akan dituai pada musim luruh
Selepas dituai, Stigma bunga (berwarna kemerah-merahan bercabang tiga) akan diceraikan menggunakan tangan - ini yang dijadikan rempah saffron tu
Selepas itu dikeringkan menggunakan kaedah traditional untuk menghilangkan kandungan air di dalam saffron tadi. Kemahiran mata, pengetahuan amat penting ketika proses ini. Jika tak cukup kering atau terlebih kering nanti saffron tu rosak.
150-200 kuntum bunga saffron mampu menghasilkan 1 gram saffron kering. Maka kalau nak dapat 1000 gram saffron agak-agaknya berapa kuntun haaa??? 200,000 kurang lebih la gitu !!! Pehhhhh..
Dan segala proses-proses tadi dilakukan dengan tenaga manusia...tiada bantuan mesin
Jadi.... fahamakah anda kenapa ianya sunggggggguh mahal?
Psss... Kalau nak beli, sila beli macam gambar di atas... boleh dileraikan... Kalau yang bentuk sebuk atau bentuk 'paste' tu dah kurang kualiti dan berkemungkinan dicampur bahan lain....