Selangor yang turun tanpa Amri Yahya, memanjat tempat pertama buat sementara waktu setelah menewaskan Kelantan The Red Warrior dengan keputusan 2-0 di Shah Alam. Kedudukan ini berkekalan setelah Lion XII berjaya menjinakkan Pahang dengan keputusan 3-0
Nun di selatan, Johor Darul Takzim (JDT) berjaya mencatat kemenangan ke tiga setelah menewaskan Skuad T-Team 1-0. Walaubagaimanapun serangan T-Team tetap mencemaskan kubu JDT sehingga hampir-hampir menjadikan keputusan seri.
Sehingga kini, JDT yang dibarisi ramai pemain 'bintang' masih belum kelihatan dapat mengeluarkan taring sebenarnya..Belum lagi nampak menang besar-besar defisitnya. Harap-harap pelaburan yang dilakukan dapat pulangan yang baik.
Felda United pula telah ditewaskan oleh adik Red Giant iaitu Selangor PKNS 1-3. Keputusan penuh dan kedudukan semasa (16/02/2013) sila lihat gambar (daripada sokernet):
Keputusan perlawanan semasa (16 Febuari 2013)
Kedudukan Liga Super semasa (16 Febuari 2013)
Pss: tadi tengok siaran kat tv ada gak player yang tak bleh score walau dah ternganga je gol tu...nasibbbb..
No comments:
Post a Comment