Perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu ini 1 November 2014 akan menemukan jaguh pantai timur Pahang Darul Makmur selaku juara bertahan dengan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Bukit Jalil.
Semalam 10,000 tiket telah dijual menerusi atas talian (on-line) di www.tickethotline.com.my bermula jam 10 pagi. Tapi desus-desus mengatakan dalam masa 30 minit sahaja sudah habis..sudah 'sold-out'. Wowww...pelik bebenor ni...tapi ade jugak yang kata dia dapat beli jam 4 petang...
Manakala 80,000 baki tiket dibahagi sama rata..40,000 untuk JDT dan Pahang. Tiket-tiket manual ini akan dijual di Pahang dan Johor bermula hari Khamis. Tiada tiket yang dijual di Stadium Bukit Jalil melainkan penebusan tiket online yang bermula Khamis juga
Pagi ni tadi kebetulan nak gi JPN di UTC lalu sebelah Stadium Darul Makmur, lokasi penjualan tiket bagi penyokong Pahang. Ce tengok gelagat dan pengorbanan penyokong Pahang ni beli tiket di Stadium Darul Makmur...
Amacam? Ada brani? Semoga mereka ni berjaya membeli tiket yang diharapkan.... Tiket dewasa RM40 dan kanak-kanak RM5. Harga tiket online mahal sikit.. RM44.29.
Yang aku tengok ni tadi perempuan pun berbaris dalam barisan yang sama....emmm.... haritu ada barisan untuk perempuan... atau ada tp pompuan ni memang nak beratur kat sini jugak...entahlah... Cuaca panas.. ada yang berpayung.. beratur panjang wehhh... Ada yang pukol 1 pagi dah pacak depan kaunter tiket ni...
Harap-harap tiada kejadian yang tidak diingini berlaku... lebih 2000 polis terpaksa buat kerja lain iaitu mengawal keadaan nanti...
Dijangkakan lebih 900 bas daripada Pahang dan Johor akan datang ke Bukit
Jalil. Bagi mengelakkan ada bas kena bako..kena baling batu... bas bagi penyokong JDT akan ditempatkan di Universiti
Putra Malaysia manakala Pahang di Taman Teknologi Malaysia
No comments:
Post a Comment