Tuesday, 6 November 2012

Terbenam di UTHM....




Aduyaiiii....terbenam di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM ) Batu Pahat Johor...Sebagaimana Majlis Konvokesyen UTHM ke-12 melabuhkan tirainya, begitu juga kereta ini membenamkan tayarnya di takungan air.

Hujan lebat yang turun di sebelah petang menyebabkan air mula manakungi kawasan yang agak rendah dan berlopak di sekitar UTHM. Dalam banyak-banyak tempat itu, ada satu tempat yang menarik perhatian.. Al-kisah dari sumber yang didengar (orang sok sek sok sek kat sebelah aritu), jalan tu dah ditutup tapi ada juga yang degil nak lalu kat situ...apa lagi....maka terbenamlah tayarnya disitu... Aku memerhati dari jauh (dari mesjid), sebab nak gi tolong pun bukan aku boleh buat apa-apa, bukan badang ada power boleh angkat kereta. Hujan pulak turun dengan lebatnya...

Akhirnya adalah pihak yang simpati menghulur bantuan... Datanglah sebuah trak askar (dari UTHM kot) menarik keluar kereta berkenaan. Tapi terburai la juga bumper belakang kereta tu dek kena tarik dengan lori askar tu....

Moral: jangan sebarang redah time hujan...










No comments:

Post a Comment