Monday, 3 March 2014
Fakta Menarik Jambatan Kedua Pulau Pinang : Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
Nama : Jambatan Kedua Pulau Pinang atau nama rasminya Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
Dirasmikan : Perdana Menteri Malaysia yang keenam iaitu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada 1 Mac 2014
Tarikh bina dan buka : Dibina pada Januari 2008 & dibuka pada jam 12.01 pagi 2Mac 2014
Menghubungkan : Batu Maung di bahagian pulau dan Batu Kawan di bahagian tanah besar
Panjang dan lebar : 24 km dengan 17 km di laut. Lebar 250 meter
Harga : RM 4.5 Billion
Kehebatan : Jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan menjadi mercu tanca negara Malaysia yang ke enam selepas KLCC, Menara KL, KLIA, Sepang International Circuit dan Putrajaya.
Kapasiti : Menampung 100,000 kenderaan sehari - mengurangkan 25% kesesakan di jambatan pertama Pulau Pinang
Spesifikasi khas : Menggunakan sistem galas getah redaman tinggi (HDRB) yang mampu menahan kesan gegaran gempa bumi sehingga 8.2 pada skala Richter pada jarak 300 kilometer daripada punca gempa bumi.
Jambatan utama menggunakan 'cable-stayed bridge' yang melibatkan 'main navigation span' sepanjang 475 meter.
Menggunakan asas cerucuk jenis 'bored piled' sedalam 130 meter - antara yang paling dalam di dunia
Clearance atas air : 30 meter
Penyelenggara : Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) - selama 45 tahun
Pereka bentuk : UEM Builders
Pembina : China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC)
Orang pertama melalui jambatan kedua Pulau Pinang : Loh Nam Ang (41 tahun) - tunggu 12 jam sebelum jambatan dibuka
Sijil Khas : 1000 orang terawal melaluinya akan diberi sijil penghargaan
Had laju : 80km/j untuk kereta dan 60km/j untuk motosikal
Lorong laluan : 4 lorong - 2 untuk kereta, 1 untuk motosikal dan 1 lagi untuk kecemasan
Lorong tol : Terbanyak dalam Malaysia iaitu 28 lorong tol
Kadar tol : 1 bulan pertama adalah PERCUMA. Kadar dicadangkan adalah antara RM7 hingga RM10
Pssss...tadi kat tv ada crita pasal kenderaan pertama kena saman di jambatan ini sebab salah parking. Lepas tu kecoh kat facebook orang cerita pasal kemalangan pertama di jambatan kedua Pulau Pinang ni (selepas dirasmikan)... Untuk rekod, pada 6 Jun 2013 sebahagian binaan jambatan di Batu Maung runtuh dah mengorbankan 4 orang.
No comments:
Post a Comment