Thursday, 14 February 2013
Hari-hari adalah kekasih..
Hari ini 14 Febuari, memang hari yang ramai orang ingat. Sebab ada pihak yang merayakan 'hari kekasih' a.k.a 'Hari Valentine atau Hari Santo Valentine'. Menyambut 'hari kekasih' ini adalah HARAM bagi orang Islam. Ini kerana ianya bercanggah dengan ajaran Islam. Hari kekasih mempunyai unsur agama Kristian.
Hari kekasih ini disambut oleh orang Kristian bagi memperingati seorang Kristian purba yang bernama Santo Valentine. Antara lambang-lambang Hari Valentine moden ialah bentuk hati, burung merbuk, dan dewa Cupid yang bersayap.
Satu ketika, negara Malaysia digemparkan dengan satu gerakan merayakan 'hari kekasih' ini dengan tidak memakai seluar dalam, atau dalam erti kata lain hari tanpa seluar dalam (no panties day). Mereka yang ingin bertemu kekasih hati mereka ini perlu bertemu dengan tidak memakai seluar dalam. Untuk apa??...Kan jauh terpesong tu.
Sebenarnya setiap hari adalah hari kekasih...setiap masa. Tidak perlu adanya hari tertentu bagi meraikan kekasih..
Love..
No comments:
Post a Comment