Thursday, 31 January 2013
Arsenal confirm Indonesia friendly: 14 July 2013
The Gunners' exhibition match on July 14 against the Indonesian national team marks the club's first trip to Indonesia since 1983 and their third Asian tour in the past three years, the club said on its website.
"Everyone at Arsenal, the players, (manager) Arsene Wenger and all the backroom staff are looking forward to coming to Indonesia after 30 years away," Arsenal's chief commercial officer Tom Fox said.
"We know that Arsenal enjoys fantastic support in Indonesia, with over 1.3 million fans connected to us by Facebook alone, and we look forward to giving our loyal fans the chance to see their heroes in action."
Indonesian Football Association general secretary Halim Mahfudz said the visit would be a "good opportunity for Indonesian players to learn from Arsenal".
"Besides Arsenal, we're also in negotiations with Juventus and Liverpool to visit Indonesia this year," he added.
Arsenal run several football schools in the country, as do AC Milan and Liverpool.
Top European clubs have increasingly courted Asia with high-profile exhibition tours, keen to nurture a fan base and long-term market for shirts, memorabilia, tickets and in-house TV channels -- and to help attract sponsors.
msn news
Wednesday, 30 January 2013
Mengira bil elektrik anda
Bagaimana untuk menjangkakan berapa bil yang perlu anda bayar?
Mari kita pelajari di sini. Pada permulaan mari kita kenali apa itu Tenaga
(Energy, W) dan Kuasa (Power, P)
Tenaga = kebolehan melakukan kerja, dikira dalam unit Joule
Kuasa = kadaran tenaga yang digunakan, dalam satu jangkamasa,
dikira dalam unit Watt
Rumus : P = W / t
Dalam mengira bil elektrik, kita menggunakan nilai kilo-watt-hour
(kWh), atau dalam bahasa Melayu disebut kilo-watt-jam (kWj). Dalam erti kata lain, kita
menghitung berapa kilowatt yang digunakan dalam masa satu jam.
Rumus : W = P t
Contoh : W = P t = (100 W) x (10 hour) = 1000 Wh @ 1000 Wj = 1 kWh
@ 1 kWj
Contoh pengiraan penggunaan alatan harian dalam satu hari seperti
berikut:
Penggunaan:
6 Lampu kalimantang 38W digunakan selama 5 jam
1 Telivision 100W digunakan selama 4 jam
2 Kipas angin 60W digunakan selama 4 jam
1 Peti sejuk 700W digunakan 24 jam
1 Iron (penggosok baju) 1000W digunakan 30 minit (0.5 jam)
1 Cerek elektrik 1000W digunakan 15 minit (0.25 jam)
Pengiraan kWh
Lampu : 6 x 38 W x 5 h = 1140
Wh = 1.140 kWh
TV : 1 x 100 x 4 =
400 Wh = 0.4 kWh
Kipas : 2 x 60 x 4 = 480
Wh = 0.48 kWh
P.Sejuk : 1 x 700 x 24 =
16800 Wh = 16.8 kWh
Iron : 1 x 1000 x 0.5 =
500 Wh = 0.5 kWh
Cerek : 1 x 1000 x 0.25 =
250 Wh = 0.25 kWh
Jumlah penggunaan kWh dalam sehari adalah:
1.140 + 0.4 + 0.48 + 16.8 + 0.5 + 0.25 = 19.57 kWh
Katakan penggunaan yang sama dilakukan selama sebulan (30 hari)
maka penggunaan adalah:
19.57 kWh x 30 hari = 587.1 kWh
Kadar bil elektrik yang perlu dibayar (mengikut kadar TNB versi 1 Januari 2014) (klik untuk jadual kadar tarif)
1. 200 kWh pertama (1 - 200 kWh) = (200*21.8)/100 = RM 43.60
2. 100 kWh seterusnya (201 - 300kWh) = (100*33.4)/100 = RM 33.40
3. 300 kWh seterusnya (301 - 600kWh) = (287.1*51.6)/100 = RM148.14
Jumlah keseluruhan = RM 225.14
Maka, jumlah bil yang perlu dibayar adalah sebanyak RM 225.14 sen. Untuk kaedah pengiraan secara atas talian, anda boleh merujuk kepada laman web TNB di sini
Kadar tarif elektrik TNB pengguna kategori domestik
"Pengguna Domestik" ertinya pengguna yang menduduki rumah kediaman persendirian, yang tidak digunakan sebagai sebuah rumah hotel, asrama atau digunakan bagi maksud menjalankan apa-apa bentuk perniagaan, perdagangan, aktiviti atau perkhidmatan profesional perkhidmatan. Berikut adalah kadar tarif TNB yang dikenakan pada pengguna domestik....
Sebagai rujukan: Tarif elektrik pada 1 Jun 2011, sebelum tarif 1 Januari 2014 dikuatkuasakan (bawah)
Sumber : TNB (web)
Tuesday, 29 January 2013
Emas naik lagiiiiiiiiiiiii
Wang emas..wang emassss....itu antara dialog Aziz Satar dalam filem Ali Baba Bujang Lapok. Emas, satu benda yang sungguh bernilai di alam dunia ini. Bukan sahaja wanita yang tergilakannya, bahkan lelaki juga meminatinya. terdapat dalam pelbagai bentuk seperti perhiasan diri, wang, loket, jongkong dan sebagainya.
Menyimpan emas merupakan satu bentuk pelaburan yang memberikan pulangan yang baik untuk jangkaa masa panjang. Tapi janganlah beli hari ini berangan nak jual semula esok....Yang itu mungkin dah terdesak kot.
Menurut kata pakar emas tempatan, harga emas ni akan naik sehingga AS$1,800/aun tahun ni. Pehhh...berapa tu? Hampir RM5,500 gitu la.....Untuk rekod, sekitar September 2011, harga emas melonjak tertinggi sehingga AS$1,920 (RM5,850) untuk seaun.
Menurut Pengarah Dana Runcit Bahagian Pengurusan Dana AMMB Holding Bhd., dalam tempoh 2 tahun mendatang harga emas dijangka akan melonjak melepasi paras AS$2,00 (RM6,160) disebabkan permintaan yang tinggi.....Pehhhhhhhh
Jadi jika anda minat melabur emas...silalah........
Payung emas?
Menyimpan emas merupakan satu bentuk pelaburan yang memberikan pulangan yang baik untuk jangkaa masa panjang. Tapi janganlah beli hari ini berangan nak jual semula esok....Yang itu mungkin dah terdesak kot.
Menurut kata pakar emas tempatan, harga emas ni akan naik sehingga AS$1,800/aun tahun ni. Pehhh...berapa tu? Hampir RM5,500 gitu la.....Untuk rekod, sekitar September 2011, harga emas melonjak tertinggi sehingga AS$1,920 (RM5,850) untuk seaun.
Menurut Pengarah Dana Runcit Bahagian Pengurusan Dana AMMB Holding Bhd., dalam tempoh 2 tahun mendatang harga emas dijangka akan melonjak melepasi paras AS$2,00 (RM6,160) disebabkan permintaan yang tinggi.....Pehhhhhhhh
Jadi jika anda minat melabur emas...silalah........
Payung emas?
Monday, 28 January 2013
Semuanya 5 Paling Kaya
Gollllllllll..Goallllllllll..itu adalah satu perkataan yang
bunyinya sama dan maksudnya pun sama. Bila musim bola memang kedai-kedai makan
akan menjadi port terbaik utk orang ramai berhimpun menonton pasukan pujaan
mereka....
Makan bola, tidur bola, minum bola..segalanya bola. Sampaikana ada pelajar yang dapat markah bola dalam peperiksaan....hadoiiii. Memang banyak kesan bola ni pada orang ramai. Secara tidak langsung, kesan ini memberi kesan yang sebaliknya kepada mereka yang berada dalam industri bola ini...Mereka jadi kaya rayaaaaaa... Berdasarkan kajian yang dilakukan majalah perniagaan Forbes dengan mengambil kira kepada akaun pendapatan, keuntungan dan tahap hutang hingga 2012, telah dikeluarkan satu senarai berkenaan 5 yang terkaya.....
5 kelab paling bernilai
1. Manchester United (England) - RM6.8 bilion
2. Real Madrid (Sepanyol) - RM5.71 bilion
3. Barcelona (Sepanyol) - RM3.97 bilion.
4. Arsenal (England) - RM3.92 bilion.
5. Bayern Munich (Jerman) - RM3.74 bilion
5 kelab terkaya
1) Real Madrid (Sepanyol) - RM1.778 bilion
2) Barcelona (Sepanyol) - RM1.609 bilion
3) Manchester United (England) - RM1.414 bilion
4) Bayern München (Jerman) - RM1.305 bilion
5) Arsenal (England) - RM1.108 bilion
5 pemain termahal
1. Lionel Messi (Barcelona) - RM133.8 juta
2. David Beckham (LA Galaxy) - RM127.7 juta
3. Cristiano Ronaldo (Real Madrid) - RM118.4 juta
4. Samuel Eto'o (Anzhi Makhachkala) - RM94.4 juta
5. Wayne Rooney (Manchester United) - RM83.4 juta
5 pemain terkaya
1. David Beckham (LA Galaxy) - RM650.5 juta
2. Rio Ferdinand (Manchester United) - RM173.5 juta
3. Ryan Giggs (Manchester United) - RM144.5 juta
4. Wayne Rooney (Manchester United) - RM144.5 juta
5. Steven Gerrard (Liverpool) - RM130.1 juta
5 pemilik kelab terkaya
1. Sheikh Mansour (Manchester City) - RM 96.3 bilion
2. Alisher Usmanov (Arsenal) - RM59.7 bilion
3. Roman Abramovich (Chelsea) - RM49.6 bilion
4. Keluarga Liebherr (Southampton) - RM14.5 bilion
5. Joe Lewis (Tottenham) - RM13.5 bilion
5 pengurus kelab terkaya
1. Sir Alex Ferguson (Manchester United) - RM130.1 juta
2. Arsène Wenger (Arsenal) - RM96.3 juta
3. Roberto Mancini (Man City) - RM91.5 juta
4. Steve Bruce (Sunderland) - RM43.3 juta
5. Alex McLeish (Aston Villa) - RM28.9 juta
psss: ada kelab korang? rentikanlah kalau takde...hihhiii
Hati-hati tempat sesak...nyaris kena pijak..ada kena raba
Erkkk...baca kisah ni aku teringat kisah pasar senggol senggolan, nama jolokan yang diberi kawan-kawan aku pada sebuah bazar zaman aku belajar di IPT dulu. Mana taknya, lorong antara gerai sempit..bila lalu tu memang senggol menyenggol laaa....
Kali ni kisah pembukaan sebuah cawangan Courts Malaysia (bukan Mahkamah Malaysia) tidak jauh dari Stesen Bas Jertih, Terengganu. Pada majlis pembukaan ini, harga barangan barangan yang ditawarkan adalah rendah. Maka berduyun-duyunlah manusia datang...
Macam-macam ragam ada. Seorang seorang remaja perempuan nyaris dipijak orang ramai, apabila dia pengsan dan terjatuh sebaik sahaja memasuki gedung itu selepas pintu utama dibuka. Dia beratur kat depan sekali. Bila pintu buka, orang belakang tolak...apalagi...orang berlumba-lumba nak yang pertama...
Tidak lama kemudian, kecoh pula apabila seorang lelaki diberkas polis, kerana didakwa mengambil kesempatan mencabul kehormatan wanita yang berkunjung di situ. Dah berhimpit-himpit ada la tangan yang menjalar..Dari saringan air kencing didapati suspek positif dadah.
Kalau kat mesjid orang berlumba-lumba nak baris depan kan bagus....
Kali ni kisah pembukaan sebuah cawangan Courts Malaysia (bukan Mahkamah Malaysia) tidak jauh dari Stesen Bas Jertih, Terengganu. Pada majlis pembukaan ini, harga barangan barangan yang ditawarkan adalah rendah. Maka berduyun-duyunlah manusia datang...
Macam-macam ragam ada. Seorang seorang remaja perempuan nyaris dipijak orang ramai, apabila dia pengsan dan terjatuh sebaik sahaja memasuki gedung itu selepas pintu utama dibuka. Dia beratur kat depan sekali. Bila pintu buka, orang belakang tolak...apalagi...orang berlumba-lumba nak yang pertama...
Ini la budak yang pengsan tu (Sinar Harian)
Tidak lama kemudian, kecoh pula apabila seorang lelaki diberkas polis, kerana didakwa mengambil kesempatan mencabul kehormatan wanita yang berkunjung di situ. Dah berhimpit-himpit ada la tangan yang menjalar..Dari saringan air kencing didapati suspek positif dadah.
Kalau kat mesjid orang berlumba-lumba nak baris depan kan bagus....
Sunday, 27 January 2013
[Fakta] Menipu merupakan punca strok?
Menipu merupakan punca strok? Ini merupakan hasil kajian daripada Dr.Dalton- Smith M.D, penulis buku, Set Free to Live Free, menyatakan menipu boleh menghasilkan dan meningkatkan hormon stres individu. Secara tidak langsung hormon stres ini akan meningkatkan degup jantung dan kadar pernafasan, melemahkan sistem pencernaan serta membuatkan saraf dan otot menjadi sangat sensitif.
Malah individu yang sering berbohong turut terdedah pada risiko tekanan darah tinggi, diabetes dan penyakit jantung seperti jantung koroner, strok dan kegagalan jantung berfungsi kerana tekanan darah yang meningkat.
Saturday, 26 January 2013
Sepak Terajang Bola Sepak
Hari sebelumnya. nun jauh di England sana kejadian penyerang The Blues, Chelsea dikatakan menyepak Charlie Morgan si 'budak milo'....budak pengutip bola. Insiden itu katanya kerana Hazard tak puas hati dengan budak milo tu yang sengaja melengah-lengahkan masa perlawanan. Pada perlawanan di SStadium Liberty tu Chelsea tewas kepada Swansea. Bagaimanapun, FA Inggeris megeuarkan kenyataan bahawa Hazard tidak menyepak budak berkenaan, tapi mengepak bola pada budak berkenaan....
Malam tadi, tak jauh sangat, di Malaysia. ATM dan Selangor pulak bergaduh. Memang tak boleh dipisahkan bolasepak dah gaduh. Menurut sok sek sok sek sana sini, ATM yang memulakan pergaduhan... Ntahlah... mungkin ada pencetus. Katanya ATM tak dapat menerima hakikat bahawa pasukannya kalah kepada Selangor selepas penentuan sepakan penalti.
Yang agak kelakar, bila baca komen pembaca di laman 'facebook', orang citer pasal ATM & Selangor gadoh, dia cerita pasukan lain pulak...
Malam tadi, tak jauh sangat, di Malaysia. ATM dan Selangor pulak bergaduh. Memang tak boleh dipisahkan bolasepak dah gaduh. Menurut sok sek sok sek sana sini, ATM yang memulakan pergaduhan... Ntahlah... mungkin ada pencetus. Katanya ATM tak dapat menerima hakikat bahawa pasukannya kalah kepada Selangor selepas penentuan sepakan penalti.
Yang agak kelakar, bila baca komen pembaca di laman 'facebook', orang citer pasal ATM & Selangor gadoh, dia cerita pasukan lain pulak...
Friday, 25 January 2013
Kesan Bahaya Menggunakan Tetikus (Mouse)
Carpal Tunnel Syndrome (CTS) (gambar: karangkraf.com)
Berita buruk bagi mereka yang bekerja harian menggunakan tetikus atau mouse. Tahukah anda, penggunaan tetikus yang tidak betul caranya boleh menyebabkan penyakit sindrom karpal atau Carpal Tunnel Syndrome (CTS) Penyakit ini akan menyebabkan tangan anda kebas, lemah otot dan jika terus dibiarkan dalam jangka masa panjang,kemungkinan akan menyebabkan kecacatan. CTS juga mampu mengakibatkan sendi pergelangan tangan terputus dan tangan anda tidak akan dapat berfungsi sama sekali.
Thursday, 24 January 2013
Selamat Menyambut Maulidur Rasul
Selamat Menyambut Maulidur Rasul pembaca sekalian. Maulidur Rasul membawa erti Kelahiran Pesuruh Allah iaitu Nabi Muhammad SAW. Hari ini juga disebut dengan pelbagai nama yang lain dalam bahasa erbeza. Mawlid an-Nabī (Arab), Mevlid-i Şerif (Turki), Zadruz-e Payambar-e Akram (Parsi), Mevlud/Mevlid (Bosnia) dan berbagai lagi.....
Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
"Satu-satunya Insan yang orang barat melihatnya pelik. Pelik kerana Insan ini telah lama meninggal dunia..tetapi umatnya masih dituruti apa yang disampaikannya"
Wednesday, 23 January 2013
Batmobile berharga RM14 Juta
"Batmobile", kenderaan futuristik yang digunakan oleh Batman dalam filemnya telah dijual pada majlis lelongan kereta Barrett-Jackson di Scottsdale, Arizona pada harga $4.62 million (lebih RM14 juta)
Asalnya, George Barris yang membeli model Lincoln Futura 1955 di kawasan sampah hanya dengan nilai $1. Kemudian ia di bina menjadi salah satu kenderaan yang paling dikenali dalam sejarah hiburan. Ia digunakan oleh Batman dalam siri televisyen nya sekitar tahun 1966-1968.
Nama pembeli belum disahkan. Tetapi Hollywood Reporter melaporkan ia adalah Rick Champagne, pemilik sebuah syarikat ligostik Tempe.
[Fakta] Lelaki akan Diam Apabila....
Bagi yang sedang bercinta atau berumah tangga, wanita perlu peka dengan tingkah laku lelaki. Ini kerana fahaman anda tentang tingkah laku lelaki sedikit sebanyak akan membantu dalam perhubungan. Tidaklah anda cepat melenting apabila menghadapi situasi ini dan berfikir yang bukan-bukan pada kaum Adam. Jadi, ketahui sebab lelaki tiba-tiba mendiamkan diri.
1-Dilanda Masalah
Biasanya lelaki begitu ego dalam hidupnya. Tidak hairanlah dia akan sedaya upaya menyelesaikan setiap masalah yang ada tanpa bantuan orang lain. Tetapi jika tiada jalan penyelesaian, maka dia lebih banyak berdiam diri kerana tertekan dengan masalah tersebut.
2-Berbicara Soal Perkahwinan
Lucu bukan? Lelaki diam kerana dia seakan tidak percaya akan memikul satu tanggungjawab yang berat dalam hidupnya. Sentiasa memikirkan sama ada dia bersedia atau tidak bergelar ketua keluarga. Maka dalam tempoh bertunang atau beberapa bulan untuk berkahwin, kebanyakan lelaki akan pelik perangainya.
3-Putus Cinta
Itu petanda hatinya sedang terluka. Lelaki kebanyakannya akan diam apabila cintanya didustai ataupun dia menjadi penyebab segala apa yang berlaku. Waktu ini, anda sebagai rakan perlu memberinya ruang untuk berfikir. Dua hari kemudian barulah cuba bercakap dengannya.
4-Balik Rumah Mertua
Cuba perhatikan pasangan anda apabila di rumah mertua. Kurang bercakap dan jika bercakap pula menggunakan nada rendah. Kadang-kadang ada lelaki yang memilih untuk memerap di dalam bilik sahaja daripada bercakap dengan pihak mertua. Jika suami anda begini, lebih baik nasihatkan sedikit agar tidak dianggap kera sumbang.
karangkraf.com
Tuesday, 22 January 2013
Batmobile sold at auction for $4.62 mn
The Batmobile, the futuristic car used in the "Batman" television show, has been sold at auction for $4.62 million, US media reported Monday.
The crime-fighting vehicle was built by George Barris, who bought a 1955 Lincoln Futura at a junk yard for just $1 and transformed it into one of the most recognizable vehicles in entertainment history, the ABC television network said.
It was used on the "Batman" television show from 1966 to 1968.
The ABC said the sale took place at the Barrett-Jackson car auction in Scottsdale, Arizona, on Saturday.
The buyer has not been formally identified, but the Hollywood Reporter newspaper said it was Rick Champagne, owner of a Tempe, Arizona-based logistics company.
msn news
Kisah & Teladan: Kerana Gila Bola...Bercerai
Penceraian salah satu agenda syaitan bagi menyesatkan umat. Penceraian tidak sepatutnya berlaku tetapi jika sebab yang kukuh, ia boleh berlaku dan dibenarkan. Tapi jika perceraian berlaku dek perkara yang tidak sepatutnya, mungkin agak keterlaluan. Seperti kisah pasangan yang Maskulin kongsikan kali ini. Mereka bercerai hanya kerana hobi si suami yang suka menonton perlawanan bola sepak.
Tapi jika perceraian berlaku dek perkara yang tidak sepatutnya, mungkin agak keterlaluan. Seperti kisah pasangan yang Maskulin kongsikan kali ini. Mereka bercerai hanya kerana hobi si suami yang suka menonton perlawanan bola sepak.
Gila bola mungkin bukan hobi pelik. Satu dunia tahu apa itu bola sepak. Kebanyakan lelaki yang hidup di atas muka bumi ini, walaupun tidak tahu bermain bola tetapi pastinya pernah bermain walaupun sekali dalam seumur hidup. Bezanya, sama ada seseorang itu masih mampu mengawal minat ataupun terlalu obses dengan hobi itu. Ia bukanlah sesuatu yang pelik, cuma jangan sampai ia melekakan dan memacu anda ke arah perkara yang tidak sepatutnya berlaku.
Aida adalah seorang bekas isteri kepada seorang peminat bola sepak tegar yang terlalu obses dengan dunia bola sepak sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa. Amran (bukan nama sebenar) yang berusia 29 tahun merupakan seorang peminat bola sepak yang boleh dikatakan fanatik. Tidak kiralah apa juga perlawanan, tentu dia antara peminat pertama yang akan menonton.
Hobinya selain menonton bola tentulah bermain bola sepak dan futsal. Pantang diajak!. Walaupun letih pulang dari pejabat atau hujung minggu, dia semestinya tidak akan menolak kalau diajak oleh teman-teman.
Kalau bujang mungkin tidak menjadi masalah. Apa yang menjadi masalah sekarang adalah Amran merupakan seorang suami dan bapa kepada seorang anak perempuan. Sekali dua, isterinya boleh beralah tetapi apabila menjangkau dua tahun perkahwinan, perangainya yang terlalu obses dengan bola sepak menjadi-jadi.
Dia semakin leka dan masanya untuk keluarga digunakan sebagai masa untuk lepak bersama kawan-kawannya menonton atau bermain bola sepak sahaja. Kadangkala pada hujung minggu juga dihabiskan dengan bola sepak.
“Saya cuba untuk tidak bergaduh mengenai perkara ini. Itu minatnya. Saya juga punya hobi tetapi masa dan tanggungjawab untuk keluarga tidaklah sehingga terabai. Saya cuba bertahan. Pada awalnya saya sentiasa berfikir positif. Normal bagi seorang lelaki minat bola sepak tetapi kalau dah terlalu obses, siapa boleh tahan?” kata Aida.
“Pada musim bola sepak seperti Piala Dunia, keadaan lagi teruk. Macam biasa, kalau Piala Dunia tentunya ramai yang akan tunggang-langgang waktu tidurnya. Begitu juga dengan Amran. Tidak tahu mana siang, mana malam. Kalau malam berjaga, tidak mungkin waktu siang dia boleh bertahan. Ketua di tempat kerja pun selalu bising kepadanya tetapi dia tidak mengendahkan teguran. Saya sebagai isteri terasa apabila dia terlalu melebihkan bola sepak daripada saya,” tambahnya lagi.
“Adakah hubungan anda suami isteri terjejas?” soal penulis.
“Ya! Amat terjejas. Saya bukanlah jenis yang terlalu ‘hadap’ dengan layanan mesra atau inginkan perhatian. Saya juga kadangkala menemaninya menonton bola sepak tetapi biarlah berpada-pada. Tanggungjawabnya sebagai seorang suami tidak sepatutnya terabai. Saya pernah berkata kepada Amran, kalau minat bola sangat apa kata pergi sertai mana-mana pertandingan atau kelayakan untuk mana-mana pasukan. Paling tidak pun, ada juga hasilnya. Ini tidak, setakat menonton dan menjerit di rumah dan kedai mamak, bakat tidak ke mana,” terang Aida lagi.
Jelas terpancar di wajahnya perasaan kecewa sebagai seorang isteri. Dia bukanlah jenis yang suka memaksa. Kalau suaminya lebihkan bola sepak dan kawan-kawan, mana lagi tempatnya dan anak untuk bermanja dan bermesra?.
“Pernah sekali pada satu hujung minggu. Dia telah berjanji untuk membawa saya dan anak bercuti. Baru dapat bonus katanya. Tetapi ketika saya sedang packing pakaian dan barang, tiba-tiba temannya call dan ajak keluar bermain futsal. Dia terus angkat kaki keluar bersama temannya. Apa perasaan saya ketika itu hanya tuhan yang tahu.”, luah Aida cuba menahan rasa sebak.
“Anda pernah berbincang dengan Amran mengenai perkara ini?” soal penulis lagi.
“Ya. Pernah saya bercakap dengannya mengenai perkara ini. Dia meminta maaf dan berjanji untuk memberikan lebih perhatian kepada saya dan anak. Tetapi selepas beberapa minggu kemudian, tabiat lamanya kembali lagi. Masih keluar pada lewat malam, lepak dengan kawan-kawan untuk menonton bola dan macam-macam lagi.
Saya pun punya perasaan. Saya manusia biasa. Apabila sampai hadnya, saya terpaksa meminta dia melepaskan saya. Jadi, saya buat permohonan cerai kepada mahkamah dan meminta agar hak penjagaan anak diserahkan kepada saya. Berat untuk saya melakukan perkara tersebut kerana saya menyayangi dia tetapi kalau hanya saya seorang yang berusaha menjaga hubungan rumah tangga ini, tiada gunanya. Hubungan sepatutnya berlaku dengan kerjasama antara suami dan isteri tetapi kalau dia sendiri pun seperti acuh tidak acuh, saya terpaksa mengundur diri,” jelas Aida lagi.
Kedengaran suaranya sedikit perlahan menahan sebak di dada. Katanya, selepas bercerai, Amran ada beberapa kali cuba menghubunginya tetapi dia mengelak dan cuba untuk tidak berbicara mengenai hubungan mereka lagi. Aida telah tawar hati selepas apa yang telah berlaku. Kini Aida meneruskan hidup dengan anak kesayangannya dan tinggal di rumah ibu bapanya di Bangsar.
Melalui cerita ini, kita boleh jadikan beberapa perkara sebagai pengajaran. Hobi dan minat adalah perkara yang boleh kita wujudkan tetapi jangan terlalu obses sehingga leka pada tanggungjawab. Untuk musim bola sepak yang kembali lagi pada tahun ini, nasihat Maskulin kepada para jejaka sekalian, pastikan minat anda tidak memesongkan tanggungjawab kepada keluarga, kerjaya mahupun persekitaran anda.
Kisah yang disiarkan di majalah Maskulin
Monday, 21 January 2013
[21SX] Rahsia disebalik "mimpi basah"
Amaran!!! Petikan ini mengandungi unsur-unsur seksual. Sila beralih ke halamana lain jika ianya akan menggangu diri/kehidupan anda. Jika anda berasa OK, sila teruskan pembacaan anda....Petikan ini dipetik dari sebuah majalah bernama Maskulin (oleh Wan Mohd Firdaus). Sekian.....
Pernahkah anda mengalami mimpi berbau seksual yakni selain daripada pasangan anda? Jika ya, jangan bimbang. Berdasarkan ahli terapi perkahwinan dan penulis buku ‘A Short Guide to a Happy Marriage’ Sharon Gilchrest, ia bukan bererti anda punya niat untuk curang, tetapi ia merupakan petanda dengan fasa kehidupan seksual yang anda lalui kini. “Mungkin ada sesuatu yang hilang daripada hidup anda atau mungkin ada masalah dalam hubungan (seksual) tersebut yang perlu difikirkan dan diperbaiki,” kata Sharon dalam bukunya. Jom kita amati rahsianya.
1-MIMPI DENGAN ORANG DI MASA LAMPAU
Mimpi pertama yang dikaji adalah mimpi seksual yang melibatkan orang di masa lampau anda. Mungkin mereka ialah sahabat lama mahupun mereka yang dikenali dahulu. Tafsiran mimpi oleh Sharon menunjukkan ‘tanda bahawa anda sedang mengalami kebosanan dengan pasangan anda sekarang dalam hubungan seks’. Maka, kehadiran bekas kekasih di dalam mimpi menawarkan semula bangkit ghairah yang kian hilang itu. Ini juga diperakui oleh Lauri Quinn Loewenberg dalam bukunya yang bertajuk ‘Cracking Dream Code’.
2-MIMPI DENGAN RAKAN KERJA ATAU ATASAN
Mimpi kedua pula dengan rakan sekerja mahupun orang atasan. Ya, mungkin tidak pernah terlintas untuk anda berhubungan seks bersama mereka. Jika pernah anda alaminya, tafsiran kajian Sharon mendapati bahawa ‘anda sebenarnya merasakan cukup selesa apabila mendampinginya, namun secara profesional dan bukan secara seksual. Mungkin ini juga ada kaitannya bahawa anda kini sedang iri hati mahupun ingin jadi sehebat dan setanding dengan kemampuan mereka. Dalam soal kerjaya mahupun hubungan intim bersama pasangan.
3-MIMPI DENGAN SELEBERITI
Oh, pastinya mimpi ini pernah dialami sekali dua bagi kaum lelaki. Melakukan hubungan seks dengan selebriti pilihan yang anda saksikan di layar perak menawarkan pengalaman yang tidak mungkin dapat anda lupakan. Sekiranya terjadi, ini menunjukkan tanda aras bahawa ada hajat yang masih belum tercapai. Mimpi berasmara dengan mereka yang terkenal melambangkan keinginan untuk mengharapkan sesuatu yang lebih atau romantis daripada pasangan anda.
4-MIMPI DENGAN ORANG YANG DIBENCI
Jangan terkejut sekiranya anda bermimpi menjalankan hubungan asmara dengan orang yang dibenci atau
yang pernah anda benci. Kebiasaannya, ini melibatkan rakan sekerja mahupun di kalangan rakan-rakan anda. Mungkin di bawah sedar, anda tercari-cari haluan diri untuk menjadi lebih baik dalam hubungan antara pasangan, soal kerjaya mahupun keperibadian anda. Malah, berkemungkinan besar anda sendiri ingin memperbaiki hubungan sesama anda agar tidak kekal seteru, yang pastinya dengan pasangan hidup anda.
Pernahkah anda mengalami mimpi berbau seksual yakni selain daripada pasangan anda? Jika ya, jangan bimbang. Berdasarkan ahli terapi perkahwinan dan penulis buku ‘A Short Guide to a Happy Marriage’ Sharon Gilchrest, ia bukan bererti anda punya niat untuk curang, tetapi ia merupakan petanda dengan fasa kehidupan seksual yang anda lalui kini. “Mungkin ada sesuatu yang hilang daripada hidup anda atau mungkin ada masalah dalam hubungan (seksual) tersebut yang perlu difikirkan dan diperbaiki,” kata Sharon dalam bukunya. Jom kita amati rahsianya.
1-MIMPI DENGAN ORANG DI MASA LAMPAU
Mimpi pertama yang dikaji adalah mimpi seksual yang melibatkan orang di masa lampau anda. Mungkin mereka ialah sahabat lama mahupun mereka yang dikenali dahulu. Tafsiran mimpi oleh Sharon menunjukkan ‘tanda bahawa anda sedang mengalami kebosanan dengan pasangan anda sekarang dalam hubungan seks’. Maka, kehadiran bekas kekasih di dalam mimpi menawarkan semula bangkit ghairah yang kian hilang itu. Ini juga diperakui oleh Lauri Quinn Loewenberg dalam bukunya yang bertajuk ‘Cracking Dream Code’.
2-MIMPI DENGAN RAKAN KERJA ATAU ATASAN
Mimpi kedua pula dengan rakan sekerja mahupun orang atasan. Ya, mungkin tidak pernah terlintas untuk anda berhubungan seks bersama mereka. Jika pernah anda alaminya, tafsiran kajian Sharon mendapati bahawa ‘anda sebenarnya merasakan cukup selesa apabila mendampinginya, namun secara profesional dan bukan secara seksual. Mungkin ini juga ada kaitannya bahawa anda kini sedang iri hati mahupun ingin jadi sehebat dan setanding dengan kemampuan mereka. Dalam soal kerjaya mahupun hubungan intim bersama pasangan.
3-MIMPI DENGAN SELEBERITI
Oh, pastinya mimpi ini pernah dialami sekali dua bagi kaum lelaki. Melakukan hubungan seks dengan selebriti pilihan yang anda saksikan di layar perak menawarkan pengalaman yang tidak mungkin dapat anda lupakan. Sekiranya terjadi, ini menunjukkan tanda aras bahawa ada hajat yang masih belum tercapai. Mimpi berasmara dengan mereka yang terkenal melambangkan keinginan untuk mengharapkan sesuatu yang lebih atau romantis daripada pasangan anda.
4-MIMPI DENGAN ORANG YANG DIBENCI
Jangan terkejut sekiranya anda bermimpi menjalankan hubungan asmara dengan orang yang dibenci atau
yang pernah anda benci. Kebiasaannya, ini melibatkan rakan sekerja mahupun di kalangan rakan-rakan anda. Mungkin di bawah sedar, anda tercari-cari haluan diri untuk menjadi lebih baik dalam hubungan antara pasangan, soal kerjaya mahupun keperibadian anda. Malah, berkemungkinan besar anda sendiri ingin memperbaiki hubungan sesama anda agar tidak kekal seteru, yang pastinya dengan pasangan hidup anda.
Friday, 18 January 2013
Listen..Listen..Listen..gelombang baru pengiklanan
Kalau ketika Syamsul Ghau-ghau menang Sinaran Paspot Kegemilangan sekitar awal 90-an, perkataan "ghau-ghau" menjadi buah mulut. Ketika Saiful Apek yang pernah menganggotai Senario meluahkan kata-kata "gitu-gitu", ramai orang ikut gitu-gitu. Mawi mengetengahkan perkataan "world" manakala Nabil dengan "lu pikirlah sendiri".
Minggu lepas, satu lagi ungkapan baru menjadi bualan orang ramai...listen..listen..listen.. Aku ingat apa la benda ni. Rupanya ianya merujuk kepada satu program yang melibatkan dua individu iaitu Sharifah Zohra Jabeen dan Bavani KS. Klip video ni bersepah di laman internet.
Apa yang nak dikatakan di sini ialah, ungkapan ini telah menarik perhatian beberapa syarikat dalam pengiklanan mereka,. Mari kita saksikan seterusnya....
Minggu lepas, satu lagi ungkapan baru menjadi bualan orang ramai...listen..listen..listen.. Aku ingat apa la benda ni. Rupanya ianya merujuk kepada satu program yang melibatkan dua individu iaitu Sharifah Zohra Jabeen dan Bavani KS. Klip video ni bersepah di laman internet.
Apa yang nak dikatakan di sini ialah, ungkapan ini telah menarik perhatian beberapa syarikat dalam pengiklanan mereka,. Mari kita saksikan seterusnya....
Nando's melancarkan iklan yang telah mendapat lebih 15,000 perkongsian
di laman Facebook mereka
Digi tampil dengan iklan 2 mukasurat....dengan maksud tersirat
mudah.my dengan mengiklankan haiwan-haiwan yang boleh dijual
Restoren Suki-Ya dengan diskaun 50%
Lahir di mahkamah
Orang ramai sedang sibuk membantu
Suatu kejadian yang jarang sekali berlaku.....Suasana pekarangan Mahkamah Majistret, di Kangar Perlis, kecoh apabila seorang wanita sarat mengandung menemani suaminya bagi mendapatkan perintah mahkamah, melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 11 pagi, semalam.
Shahidawati Shabudin, 37, hadir bagi mengikuti keputusan terhadap suaminya, Narizam Saad, 39, untuk mendapatkan perintah mahkamah mengikut Seksyen 4 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
Pendaftar Mahkamah Sesyen Monica Joseph Ghaisah berkata, dia terkejut apabila suasana di mahkamah itu kelam-kabut selepas beberapa kakitangan mahkamah membantu seorang wanita melahirkan bayi. “Malah, saya mencadangkan bayi itu dinamakan Mohd Arif Hakim kerana dilahirkan di mahkamah ini dan dipersetujui bapa bayi berkenaan selain pihak mahkamah bercadang mengambilnya sebagai anak angkat mahkamah ini,” katanya.
Wednesday, 16 January 2013
Hujan Botol di Pantai Timur
Keadaan kecoh, huru-hara, gadoh-gadoh memang tak dapat dipisahkan dengan sukan terutamanya sola sepak. Semalam stadium di pantai timur semenanjung Malaysia kecoh sekejap apabila penonton hilang kesabaran, hilang kawalan dengan menghasilkan hujan botol. Pastinya ada perkara yang mereka tak puas hati dengan permainan semalam...apa yang tak puas hati tu kena tanya diorang lah
Gambar dari bharian online
Di Kota Bharu anggota polis terpaksa mengiringi kira-kira 200 penyokong Johor Darul Takzim (DT) masuk ke padang selepas penyokong Kelantan bertindak membaling botol minuman ke arah mereka sebaik perlawanan tamat di Stadium Sultan Muhammad Ke IV.
Di Kuala Terengganu pula penyokongnya membaling botol minuman dan batu ke arah penjaga garisan, Mohd Fazli Ishak dalam perlawanan Terengganu menentang Selangor yang berkesudahan Sang Penyu tewas 1-2.
Tuesday, 15 January 2013
21SX: "No Pants Subway Ride" day across the world
Macam-macam kat dunia nih.. Pelik bin ajaib katanya. Baru-baru ini, iaitu pada 13 Januari 2013 telah berlaku satu program yang dinamakan "No Pants Subway Ride". Kat mana? Bukan di Malaysia tetapi di Britain. Alaaa....negara yang glamer dengan bola....BPL (dulu EPL). Korang tengok je la apa yang berlaku di subway train London, Britain.
Haishhh....aku rasa kat negara sendiri pun ada gak yang pakai macam ni...nasib la ada lagi pakaian dalam tu....
Haishhh....aku rasa kat negara sendiri pun ada gak yang pakai macam ni...nasib la ada lagi pakaian dalam tu....
Monday, 14 January 2013
Malang Yang Berbau
Kali ini malang memang berbau....Apa tidaknya, di China sebuah bas telah merempuh bahagian belakang sebuah lori tangki "najis". Akibatnya, kandungan tangki berkenaan melimpah masuk ke dalam bas hingga menyebabkan sekurang-kurangnya lapan penumpang terpaksa bermandi najis!
Mangsa kemudiannya dihantar ke hotel berhampiran dan diberikan sepasang pakaian baru serta wang pampasan sebanyak RM488 seorang.
Beginilah rupa cermin bas yang dah pecah
Habis Renoma Den nih beraroma busuk
Hello..hello..Pierre Cardin ka? Sila pos baju selai
Agensi berita utama China, Xinhua melaporkan bahawa lori ini sebenarnya membawa sisa makanan yang telah diproses untuk dijadikan makanan khinzir.....
Saturday, 12 January 2013
Pasal Apa Perut Jadi Buncit?
Perut buncit memang tidak menyelesakan. Ia bukan sahaja membuatkan kita berasa cepat letih apabila melakukan pergerakan walaupun sekadar berjalan, perut yang buncit juga menjejaskan penampilan seseorang lantaran bentuk tubuh kelihatan tidak seimbang. Apakah sebab perut menjadi buncit?
Pakar kesihatan Dr. Selfie C. Rijal menjelaskan ada banyak faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit.
Pertama, faktor keturunan.
“Faktor keturunan yang diwarisi daripada orang tua secara umumnya sukar dielakkan,” ujar Selfie.
Kedua ialah faktor penuaan.
Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan. Hasil kajian oleh Harvard Women's Health Watch mendapati wujudnya kaitan antara penurunan hormon ini dengan peningkatan pengumpulan lemak di perut.
Ketiga ialah faktor makanan dan minuman tertentu.
Doktor lulusan Universiti Padjajaran itu menjelaskan gula dan alkohol terutamanya yang terkandung dalam bir, adalah musuh utama kerana ia boleh membuatkan otot menjadi kendur.
Daripada segi pemakanan, katanya alkohol amat berbahaya bagi tubuh. Ini kerana alkohol mengandungi kalori yang tinggi, sama seperti kalori dalam makanan berlemak. Selain itu, meminum alkohol akan memaksa hati bekerja lebih keras untuk menyingkirkan alkohol dan pada masa sama proses menyaring gula akan tertangguh.
“Gula itu kemudiannya terpaksa disimpan dalam tubuh sebagai lemak. Pada masa sama, alkohol juga dapat meningkatkan nafsu makan,” ujar doktrr yang bertugas di Hospital Sari Asih, Tangerang, Banten itu.
Menurut Selfie, makanan segera juga boleh mengakibatkan perut menjadi buncit berikutan jumlah kalori dan lemaknya yang sangat tinggi. Tidak ketinggalan, susu. Jika yang diminum itu ialah susu berkalori tinggi, maka ia boleh menyumbang kepada kebuncitan perut. “Justeru sebaik- sebaiknya minumlah susu rendah kalori,” tegas beliau.
Penyebab keempat bagi perut buncit ialah tembakau.
Ia boleh menjejaskan aktiviti penghadaman. Selfie berkata biasanya ketika merokok selepas makan, perut akan berasa kembung kerana penghadaman terganggu.
Penyebab kelima, stres.
Menurut Selfie, keadaan psikologi seseorang mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh termasuklah sistem penghadamannya. Stres juga boleh mencetuskan rasa kenyang dan menimbulkan masalah pada keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya, perut kelihatan lebih mengembang. “Untuk mengatasinya, belajarlah untuk lebih relaks serta bernafas secara perlahan dan mendalam,” jelas beliau.
Dalam pada itu Selfie mengingatkan bahawa golongan wanita yang biasanya lebih mudah dilanda stress, cenderung memiliki lemak berlebihan di perut, meski pun berat badannya normal. Keadaan ini mungkin diakibatkan oleh kesan hormon stres kortisol yang membuatkan lemak terkumpul di sekitar perut.
Penyebab keenam mempunyai kaitan dengan perubahan hormon, terutamanya ketika menopaus. Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada perut.
Tumpukan lemak yang tidak sekata boleh membuatkan orang yang bertubuh kecil, buncit perutnya. Sememangnya ia kelihatan amat tidak selesa. Jelas Selfie, keadaan ini berpunca daripada pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti nasi dan makanan berasaskan tepung seperti mi, bihun dan ladu, dalam kuantiti yang banyak. Akibatya, karbohidrat yang berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak terutamanya di perut, atau lebih tepatnya di rongga-rongga di antara organ dalam perut.
“Penumpukan lemak di perut juga menjadi petunjuk bahawa kurangnya aktiviti fizikal dan penurunan kadar metabolisme tubuh,” jelas Selfie. Jelas beliau, “Faktor utama yang membawa kepada kebuncitan perut adalah gaya hidup dan iklan yang berleluasa di pelbagai media.”
Benarkah perut akan buncit apabila seseorang terus tidur selepas makan? “Ya, benar. Perut akan menjadi buncit kerana proses penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik,” ujarnya.
Begitu juga dengan minuman bersoda. Minuman jenis ini boleh membuatkan perut menjadi kembung dan akhirnya membuncit. “Gelembung-gelembung udara dalam minuman berkarbonat boleh mengakibatkan perut buncit,” jelas Selfie.
Friday, 11 January 2013
Bendera Rakyat di Jejantas Stesen LRT Abdullah Hukum
Lagi-lagi cerita pasal jejantas Stesen LRT Abdullah Hukum. Memang popular la jejantas ni untuk individu tertentu meluahkan isi hati. Silap-silap ada yang terjun nanti. Haritu kecoh pasal orang jumpa coli/bra bertaburan kat jejantas ni. Ada yang tercicir kot. Kali ni ada pulak orang gantung kain rentang berkenaan bendera yang dinamakan Bendera Rakyat.
Bendera ni sebenarnya tujuan sebenarnya apa ye? Kalau tengok pada kain rentang tu bermaksud menukarkan bendera sedia ada (Jalur Gemilang) kepada bendera ini (Bendera Rakyat)
Bendera ni sebenarnya tujuan sebenarnya apa ye? Kalau tengok pada kain rentang tu bermaksud menukarkan bendera sedia ada (Jalur Gemilang) kepada bendera ini (Bendera Rakyat)
Jamuan Makan Tengahari Bersama TPM & MB Pahang di Batu 10 Kuantan
Sempena hari Jumaat yang mulia, penghulu segala hari, penduduk Kuantan disajikan dengan Majlis Jamuan Makan Tengahari bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin serta Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Dr. Haji Adnan Bin Haji Yaakob bersama penduduk tempatan. Majlis akan berlangsung di Masjid al Makmur Kem Batu 10 Kuantan Pahang. Majlis akan berlangsung sekitar jam 1.45 petang (kat dalam iklan tepi-tepi jalan), atau senang cerita lepas selesai Solat Jumaat la....
Koi lalu pagi tadi, dah cantik susunan khemah. Bendera pun dah elok dipasang. Ada pelbagai pulak bendera kat situ....heheee....aku tak nak komen pasal tu...
Warga-warga Kem Baru 10, Mahkota Aman, Mahkota Jaya, Jayaa Gading, Seriku, Taman Tas, warga Kuantan dan sesiapa sahaja yang berkelapangan sudi-sudi lah datang menjamu selera. Tapi datang la awal. Berjemaah bersama Solat Jumaat. Jangan la datang semata-mata nak makan je...heheee
Akhir sekali, kepada sesiapa yang rasa-rasa nak lalu jalan Kuantan-Gambang terutamanya sekitar Batu 10, dalam waktu tengahari ni sila berhati-hati dan bersabar ye...Berkemungkinan besar berlaku masalah trafik. Kalau ada jalan alternatif tu ikut la...Kalau tak penting sangat urusan tu tunggu la hari lain..Atau keluar lebih awal....
Koi lalu pagi tadi, dah cantik susunan khemah. Bendera pun dah elok dipasang. Ada pelbagai pulak bendera kat situ....heheee....aku tak nak komen pasal tu...
Warga-warga Kem Baru 10, Mahkota Aman, Mahkota Jaya, Jayaa Gading, Seriku, Taman Tas, warga Kuantan dan sesiapa sahaja yang berkelapangan sudi-sudi lah datang menjamu selera. Tapi datang la awal. Berjemaah bersama Solat Jumaat. Jangan la datang semata-mata nak makan je...heheee
Akhir sekali, kepada sesiapa yang rasa-rasa nak lalu jalan Kuantan-Gambang terutamanya sekitar Batu 10, dalam waktu tengahari ni sila berhati-hati dan bersabar ye...Berkemungkinan besar berlaku masalah trafik. Kalau ada jalan alternatif tu ikut la...Kalau tak penting sangat urusan tu tunggu la hari lain..Atau keluar lebih awal....
Thursday, 10 January 2013
Suami dan Isteri : ABCDEFGHIJKLMN
Just share what I'm read....
Isteri : Apa Yang Abg Fikirkan Tentang Saya Ek?
Isteri : Apa Yang Abg Fikirkan Tentang Saya Ek?
Suami : Awak ABCDEFGHIJK
Isteri : Apa Dia Tu??
Suami : Adorable, Beautiful, Cute, Delightful, Elegant, Foxy, Gorgeous & Hot..
Isteri : IJK?
Suami : I'm Just Kidding. Hahaha
Isteri : Abang ni kan. His LMN .
Suami : LMN? Eh Apa Tuh??
Isteri : Lempang Muka Nak?
Suami : HAHAHA XNAK!!!!!
Hahahahaaaa ♥
Wednesday, 9 January 2013
Memakai Pakaian Dalam Ketika Tidur Penyebab Penyakit Kenser?
"Melihat ibu menderita akibat kanser payudara, membuatkan saya risau. Sebab itulah hingga kini, saya mengelak daripada tidur dengan memakai bra," ujar seorang pelakon drama televisyen.
Kata-katanya yang mungkin didengari oleh jutaan penonton di Indonesia itu, seperti mengesahkan bahawa memakai bra ketika tidur boleh menyebabkan kanser payudara. Akibatnya, ramai wanita mengelak daripada mengenakan bra ketika tidur.
Benarkah memakai bra ketika tidur boleh menyebabkan kanser payudara? "Tidak benar. Memakai bra semasa tidur tiada kaitan dengan kanser payudara," kata Dr. Febriansyah, seorang Doktor Pakar Sakit Puan di RSIA Kemang Medical Care, Kemang, Jakarta Selatan. Menurut beliau, tiada masalah untuk wanita mengenakan bra ketika tidur.
"Dengan syarat, bra yang dipakai adalah jenis tidak berdawai kerana bra seperti itu membuatkan payudara tertekan. Akibatnya, aliran darah tidak lancar sekali gus mempengaruhi kesihatan payudara," jelas Dr. Febriansyah.
Beliau berkata, adalah lebih baik untuk tidak memakai pakaian dalam ketika tidur supaya darah dapat mengalir lebih lancar dan tubuh menjadi lebih relaks serta terasa lebih segar apabila bangun.
Tambah beliau, "Jika payudara tertekan, bra akan menghalang aliran darah sehingga mengakibatkan beberapa masalah seperti sengal dan sakit."
Begitu juga dengan lelaki. Menurut Dr. Febriansyah, dakwaan mengatakan lelaki yang memakai seluar dalam ketika tidur berisiko menjadi mandul, adalah tidak benar.
"Seelok-eloknya, lelaki tidak memakai seluar dalam yang ketat ketika tidur. Tujuannya sama, supaya tiada tekanan pada alat kelamin dan darah dapat mengalir lancar," ujar beliau.
Lelaki boleh memakai seluar semasa tidur, asalkan ia longgar seperti seluar boxer. Baik lelaki mahupun wanita, harus mengenakan pakaian longgar atau tidak terlalu ketat semasa tidur.
"Memakai seluar dalam yang terlalu ketat akan menyebabkan peredaran udara pada vagina seseorang wanita, terganggu. Keadaan ini boleh menimbulkan masalah keputihan," kata Dr. Febriansyah.
Selain longgar, lelaki mahu pun wanita harus memakai pakaian yang mampu menyerap peluh. “Ini kerana semasa tidur, tubuh manusia berpeluh.
Justeru, elakkanlah daripada memakai pakaian bahan poliester kerana bahan itu tidak menyerap peluh,” tegas beliau.
YahooNews
Kesihatan: Cantikkan Kulit Anda Dengan Yogurt
Selain melancarkan proses penghadaman, yogurt juga boleh dijadikan bahan penjagaan kulit yang dapat kita gunakan setiap hari. Ini kerana kandungan asid semula jadi dalam yogurt yang berkesan untuk mengurangkan minyak yang menyumbat liang-liang halus pada kulit. Yogurt juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang membantu meningkatkan sistem imun tubuh kita untuk melawan bakteria.
Di samping itu, yogurt mengandungi enzim penting yang dapat bertindak sebagai pelembap semula jadi bagi kulit, wajah dan rambut. Mendapatkan yogurt juga amat mudah. Kita hanya perlu pergi ke mana-mana pasaraya dan membeli yogurt pada harga yang berpatutan.
1. Yogurt sebagai masker.
Gunakan yogurt biasa (yang berwarna putih dan tiada perasa tambahan) dan letakkan ke dalam peti sejuk. Setelah sejuk, sapukan 1-1½ sudu makan yogurt pada seluruh wajah. Tambahkan beberapa titis madu jika anda memiliki kulit kering. Ratakan pada seluruh wajah dan leher. Biarkan selama 15-20 minit dan bilaslah dengan air suam. Masker yogurt akan memberikan rasa sejuk dan menegangkan kulit. Yogurt juga membantu menghilangkan kekusaman dan menyerlahkan seri semula jadi pada wajah.
2. Yogurt untuk jerawat dan noda wajah.
Pastikan wajah anda bersih daripada mekap atau kotoran. Sapukan yogurt secukupnya pada jerawat dan noda/bintik pada wajah. Yogurt mengandungi aktibakteria dan antikulat semula jadi serta serta kaya dengan kandungan zink yang dapat membantu membersihkan noda-noda pada wajah dan mengecilkan liang-liang kulit. Biarkan selama 20-30 minit sebelum dibilas.
3. Yogurt untuk kesan selaran sinaran mentari.
Pakar kecantikan semula jadi yang juga penulis buku ‘Natural Beauty for All Seasons’, Janice Cox mengesyorkan supaya yogurt sentiasa dibawa bersama apabila hendak berkelah di pantai. Katanya, yogurt dapat membantu mendinginkan luka terbakar akibat sinaran matahari. Sapukan yogurt biasa pada bahagian yang berkenaan dan biarkan selama 15-20 minit sebelum dibilas.
Perhatian: Sila pastikan yang anda hanya menggunakan yogurt biasa. Yogurt yang sudah ditambah dengan pelbagai perasa buah-buahan, mengandungi gula yang tidak diperlukan oleh kulit kita.
www.fashionesedaily.com
AJL 27 Purple Carpet (Part 2)
den raso ni yang paling seksoo...
ok...abeh doh....kredit to photographer: Cheem Photographer
AJL Purple Carpet (Part 1)