Location: Asrama IKIP Tanjung Lumpur
Event: Autoshow IKIP Convo Fest 2014
Bike: Suzuki GP100 (aku rase la....hehee)
nexttt !!!
Monday, 24 November 2014
Sunday, 23 November 2014
Harga RON95 Turun 4 sen kepada RM2.26/liter
Sebelum 1 Disember...
1 Disember 2014 seluruh subsidi minyak RON95 dan Diesel akan ditarik balik. Ini berikutan harga minyak dipasaran dunia telah menurun dibawah paras US$80 setong. Jadi harga minyak akan diapungkan dengan kawalan seperti yang berlaku pada RON 97 sekarang.
Harga terkini RON 95 adalah RM2.30/liter dan Diesel RM2.20/liter (selepas kenaikan terkini pada 2 November 2014)
Manakala harga RON97 menurun dari RM2.85 (5 September 2013), RM2.75 (9 September 2014) dan terkini RM2.55 (19 Oktober 2014) untuk setiap liter. RON 97 telah mengalami pengapungan terkawal sejak Julai 2010.
Jika harga pasaran (purata) berkekalan pada paras US$80 setong sepanjang November ini, dijangkakan pada 1 Disember nanti harga jualan minyak akan menurun sebanyak 3 sen... 3 SEN AJE TAU !!!
1 Disember.... Yaaa harga minyak sememangnya turun!!!
Harga RON95 kini RM2.26/liter
Harga RON97 kini RM2.46/liter
Harga Diesel kini RM2.??/liter

Friday, 21 November 2014
Transformasi Taman Gelora Kuantan
Minggu lepas naik satu 'pondok' berdinding zink kilang biru dan selonggok kayu 1x2. Emmm... projek apa la kat Taman Gelora ni ye?
Setelah sembang sembang dengan Taukey kedai berhampiran maka dapatlah sudah jawapannya.
Yaaa.... Taman Gelora berhadapan Kolej Antarabangsa IKIP ini akan dibangunkan semula !!! Dijangkakan projek yang telah pun bermula ini akan selesai dalam masa 1 tahun. Jadi, buat peminat-peminat Pak Din Nasi Ayam, Pak Lah Rojak, Mee Kari, Karipap Panas....pasti akan terkulat-kulat bila datang 1 tahun selepas ini...kikii
Mengikut pelannya, kawasan parkir depan IKIP ni akan dibangunkan satu penempatan peniaga, ala-ala macam RnR style la. Siapa akan meniaga kat sini? Pastilah barisan peniaga seperti Pak Din, Pak Lah dan deretan Mee Kari yang akan dipindahkan ke sini. Tiada peniaga baru katanya.
Tapak lama kedai Pak Din Nasi Ayam dan Pak Lah Rojak akan diruntuhkan dan dimajukan sebagai medan letak kereta (parkir), tambahan kepada ruang parkir sedia ada kat sebelah pantai tu. Kemudian satu laluan kenderaan akan dibina dalam kawasan jogging tu. Maksudnya kenderaan akan masuk dari arah IKIP, lepas tu parkir kt tepi pantai dan keluar melalui laluan baru nanti...macam jalan sehala la...
Pasar malam (hari Ahad) juga dikatakan akan dipindahkan ke kawasan parkir berkenaan apabila tiba masanya nanti
Update....minggu seterusnya.....
Ehhh...parkir atau taman permainan tu yang akan dibuat kedai?? Sebabnya pagar tu macam memagar taman permainan dannn.... pagi-pagi Isnin yang hujan peniaga deretan mee kari pindah gerai ke atas kawasan parkir tu..... emmmmm...
1 tahun lagi laaaaa tengok hasilnya....

Gerai mee kari, karipap panas, air kelapa sekarang
Gerai Nasi Ayam Pak Din, Rojak Pak Lah... akan jadi parkir kenderaan
Gerai tempat lepak aku selama kerja kat sini
Tempat bersenam
Tempat parkir depan IKIP yang akan dijadikan kawasan kedai makan
Tiang untuk pagar kawasan pembangunan
Bahagian depan, pagar dah naik...
Update....minggu seterusnya.....
Ehhh...parkir atau taman permainan tu yang akan dibuat kedai?? Sebabnya pagar tu macam memagar taman permainan dannn.... pagi-pagi Isnin yang hujan peniaga deretan mee kari pindah gerai ke atas kawasan parkir tu..... emmmmm...
Gerai mee kari n de geng sudah atas parkir
Pagar memagari kawasan permainan...
1 tahun lagi laaaaa tengok hasilnya....
Thursday, 20 November 2014
Tarikh Keputusan UPSR 2014 & Semakan
Berdebar-debar...
Dengar-dengarnya, keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diumumkan minggu depan 26 November 2014 - Rabu
Sebaik sahaja pengumuman keputusan UPSR dibuat para pelajar boleh membuat semakan disekolah masing-masing pada hari yang ditetapkan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga ada menyediakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2014 secara online dan SMS.
Cara Membuat Semakan Keputusan UPSR menggunakan secara SMS seperti berikut:
Semakan SMS: Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
Contoh: UPSR BC136C368 hantar ke 15888
Untuk mengetahui proses pendaftaran kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) layari Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh 2015
Tuesday, 18 November 2014
Resepi Sos/Paste Char Kwey Teow (Char kue tiau)
Resepi Sos/Paste Char Kwey Teow (Char kue tiau)
Udang saiz sedang-sedang (15 ekor @ 250gram)
Bawang putih : 4-6 ulas (ditumbuk/dikisar)
Kicap pekat : 3 sudu
Kicap manis : 3 sudu
Sos Tiram : 3 sudu
Air 300ml (asalkan boleh rebus udang)
Garam : secukup rasa
Gula : Secukup rasa
Perisa tambahan : Kuib ikan bilis (0.25 - 1 kiub...ikut citarasa)
Cara Masak Sos/Paste Char Kwey Teow (Char kue tiau)
Bersihkan udang...panaskan air dalam periuk..dah menggelegak masukkan udang..rebus sekejap kira-kira separuh masak..angkat dan sejukkan dulu udang tu.
Kopek kulit udang dan kepala udang..isinya simpan untuk masak char kwey teow.
Kulit dan kepala udang tadi kisar bersama air rebusan udang tadi... lepas tu tapis ambil airnya sahaja... hampasnya sila buang ke tong sampah
Masukkan air tadi ke dalam periuk semula dan panaskan. Campurkan sos tiram, kicap pekat, kicap manis, gula, garam dan kiub ikan bilis tu. Sukatan ikut sukalah.
Tunggu sehingga menggelegak.
Kalau rajin tunggu la sampai pekat (barulah namanya paste). Aku kurang rajin maka cair je...sebab tu ku panggil sos je..hehee
Dah siap sejukkan... boleh simpan dalam peti ais untuk digunakan dikemudian hari...

Sos yang koi buat...
Char Kwey Teow (Char kue tiau)
Hasil Char Kwey Teow (Char kue tiau) home-made
Char Kwey Teow (Char kue tiau)... sejenis masakan yang popular dan selalu dikaitkan dengan Pulau Pinang. Memandangkan harganya yang sekarang melambung-lambung ke siling akibat kenaikan harga barang (terutamanya udang dari RM20 kepada RM30+)... maka timbul inisiatif aku nak mencuba masak sendiri selain oder kat kedai je selama ini...
Resepi Char Kwey Teow (Char kue tiau)
Sebungkus kwey teou (boleh makan 3 orang)
Minyak masak
Bawang merah (tumbuk/kisar)
Bawang putih (TTumbuk/kisar)
Cili kering di kisar
Udang & Kerang (rebus separa masak dulu)
Kucai (dipotong-potong)
Taugeh
Telur ayam (portion 1 orang 1 biji)
Sos / paste Char Kwey Teow (Char kue tiau)
*(aku guna 'sos' sebab yang aku buat tu cair je...hehehe)
Cara memasak Char Kwey Teow (Char kue tiau)
1. Panaskan kuali..letak minyak, agak dah panas masukkan bawang merah, bawang putih dan cili kisar. Tumis sampai masak (nanti sakit perut pulok cili tak masak). Kalau suka pedas letak la banyak cili tu...
2. Letakkan satu senduk sos char kwey teow (senduk saiz sedang-sedang sudah laaa...). Terjunkan udang dan kerang..Tunggu mendidih kejap
3. Masukkan kwey teow (1/3 dari isi plastik tadi @ agak-agak 1 orang makan), kucai dan taugeh...gaul-gaul kejap
4. Masukkan sebiji telur ayam..kacau-kacau bagi sebati kejap. Tambahkan sedikit (1 senduk) sos char kwey teow lagi bagi menambahkan lagi kebasahannya.
5. Dah siap..enak dimakan ketika masih panas dari kuali!!
Nota kaki!!
Kena masak satu pinggan.. satu pinggan.. satu pinggan. Kalau masak sekali 3 orang makan pasti tak sedap...kikiii...tak menjadi..
Sukatan resepi boleh ikut suka hati anda....hehee...lebih banyak udang..lebih sedap dan lebih banyak kena bayar beli kat pasar...hehee
Resepi sos Char Kwey Teow (Char kue tiau) klik sini
Thursday, 13 November 2014
Ais Krim Magnum Percuma
Wallahhhhh....ada program pemberian ais krim percuma pulak. Nasib la jauh... kalau sebelah opis je rasanya pasti ada muka aku tu...
Oklah...Hari Jumaat ini (esok - 14 November 2014) ais krim Magnum (bukan nombor ekor aaa...) akan diberikan secara percuma. Yaaaa PERCUMA a.ka FREE !!!
Program pada jam 10 pagi di tingkat 3 Mid Valley Megamall Kuala Lumpur tau.... bukan Megamall Kuantan...huhuuu...
Katanya...500 orang pelanggan pertama saja akan dapat ni...emmm...buat sendiri aiskrim dan makannnn!!! (kiranya kalau jadi orang ke 501 tak dapat free la gamaknya ni.....emmm)
Program ini juga bersempena dengan pembukaan kafe pertama Magnum di Mid Valley ini....
abeh doh
(gambar: facebook Magnum Malaysia)

(gambar facebook Magnum Malaysia + Jurn Ee)
abeh doh
Sunday, 9 November 2014
IKIP Convo Fest 2014 Picture Shoot
Semalam 8 November 2014 berlangsungnya IKIP Convo Fest 2014 yang dimulakan dengan aktiviti Ivory Run dari Kampus IKIP 3 Taman Gelora ke Asrama IKIP Tanjung Lumpur sejauh 9 kilometer dan disudahi pada malamnya dengan program Forum Perdana.
Antara program lain seperti bola 4x4, petandingan wau bulanrebut kerusi, mengacau bubur lambuk, tamiya race, autoshow, grgai jualan dan gerai pameran dan macam-macam lagi...
Jom nikmati rakaman dari lensa yang tak seberapa ni...
adiosss

Rare species motocycle show (full gallery later)
Memasak bubur lambuk
Gerai pameran dan jualan
Faculty of Engineering booth dengan solar car
Ivory run
Pertandingan wau
Tamiya Race (full gallery later)
Pameran ular
adiosss
Wednesday, 5 November 2014
Syiling Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Taman Negara ke-75
Pengenalan:
Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan Ulang Tahun Taman Negara Ke-75. Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh YB Datuk Seri G.Palanivel, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 29 Oktober 2014 di Taman Negara.
Tarikh Jualan:
Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual pada 28 November 2014
Tempat Jualan:
- Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG)
- Pejabat Wilayah di Pulau Pinang dan Johor Bahru
- Cawangan Bank Negara di Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.
Spesifikasi Duit Syiling Peringatan ini:
1. Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
- Diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 99.99
- Berat setiap keping ialah 7.96 gram.
- Diameter 22mm
- Nilai muka duit syiling ini ialah RM100
- Harga jualannya RM1,800 sekeping.
- Sebanyak 500 keping sahaja ditempa.
- Diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9
- Berat setiap keping ialah 31.10 gram.
- Diameter 40.7mm
- Nilai muka duit syiling ini ialah RM10
- Harga jualannya RM200 sekeping.
- Sebanyak 2,000 keping sahaja ditempa.
- Diperbuat daripada logam Cu89 Zn5 Al5 Sn1
- Berat setiap keping ialah 8.5g
- Diameter 30mm
- Nilai muka duit syiling emas nordic ini ialah RM1
- Harga jualannya RM10 sekeping.
- Sebanyak 25,000 keping sahaja ditempa.
Jualan Secara Set:
Kesemua duit syiling peringatan ini juga boleh didapati dalam Set 3 dalam 1 dan Set 2 dalam 1.
Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling pruf emas, perak berwarna dan emas nordic pruf. Set ini akan dijual pada harga RM2,100 dan terdapat 750 set sahaja.
Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak berwarna dan emas nordic pruf. Set ini akan dijual pada harga RM250 dan terdapat 750 set sahaja
Reka Bentuk Duit Syiling Peringatan ini:
-
Bahagian Hadapan Duit Syiling
Pada bahagian tengah duit syiling peringatan ini terdapat imej Pantera Tigris Jacksoni iaitu spesies harimau yang hanya ditemui di Taman Negara . Banjaran Tahan dan pokok Keruing Neram yang terdapat di sepanjang Sungai Tahan menjadi latar belakang duit syiling. Lavistonia Tahanensis, sejenis palma yang ditemui hanya di kawasan Banjaran Tahan, pula dipaparkan pada bahagian bawah kanan duit syiling. Perkataan “SAMBUTAN 75 TAHUN TAMAN NEGARA” tertera pada bahagian atas duit syiling dan tahun “1939-2014” yang menandakan ulang tahun yang ke-75 dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling tersebut. -
Bahagian Belakang Duit Syiling
Pada bahagian tengah duit syiling peringatan ini tertera peta Semenanjung Malaysia dengan garisan sempadan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang ditebalkan untuk menunjukkan kawasan Taman Negara. Bahagian yang berlorek menunjukkan lokasi sebenar Taman Negara. Perkataan “BANK NEGARA MALAYSIA” sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala nilai muka duit syiling ini tertera pada bahagian bawah duit syiling tersebut.
Gambar penuh spesifikasi depan belakang Syiling Peringatan 75 Tahun Taman Negara yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia seperti di bawah:
Sekian buat pencinta syiling terhad
Sunday, 2 November 2014
Pahang Juara Piala Malaysia 2014
Pritt..pritt..prittttttt. Begitulah berakhirnya perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 menemukan Pahang Tok Gajah selaku juara bertahan dengan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Bukit Jalil.
Pahang memenangi sepakan penalti 5-3 setelah Mat Yo gagal menyempurnakan sepakan ke-4 untuk JDT. Siap pengulas TV cakap "saya tak yakin dengan sepakan Mat yo ni"...rupanya memang menjadi kenyataan.
Pahang mendahului 1-0 melalui Nwakaeme. JDT menyamakan kedudukan pada minit ke-31 sebelum mendapat sepakan penalti 3 minit kemudian.
Pahang kehilangan pemain setelah dilayangkan kad merah pada minit ke-68. Bermain 10 pemain, Pahang tetap gagah dan mampu menyamakan kedudukan pada minit ke-70.
Perlawanan berlarutan ke masa tambahan dan akhirnya keutusan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti.
Sepanjang perlawanan.... memang menarik dan mendebarkan!! Tahniah buat pasukan Pahang!!!
Pemilihan Syafiq Rahim sebagai pemain terbaik mungkin menjadi penawar duka kepada pasukan JDT.
JDT perlu menunggu 1 tahun lagi untuk menjulang Piala Malaysia yang kali terakhir dijulang 23 tahun lalu...