Gambar-gambar sekitar raptai perbarisan sempena Hari Kebangsaan 2014 di Kuantan Pahang. Ade muke awok? Koi tak ingat nama setiap kontijen....
Tanah Tumpah Darah Ku .... Di sini lahirnya sebuah cinta...
Thursday, 28 August 2014
Tuesday, 19 August 2014
Kemalangan Jalan Gambang - 3 Anggota Tentera Maut
Petang 18 Ogos 2014, hujan mulai tujun dengan agak lebat. Hujan berlarutan sehingga malam. Jalan-jalan pastinya basah dan licin. Sama ada laju atau perlahan, kebarangkalian untuk tergelincir, terbabas dan terlanggar di atas jalan memang ada dan tinggi
Kira-kira jam 11.55 malam dalam keadaan hujan lebat satu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan telah berlaku di sekitar Batu 3 Jalan Gambang dari arah Kuantan ke Gambang (lepas u-turn, sebelum sampai Shell). Kemalangan telah mengakibatkan kenderaan mangsa jenis Honda putus dua.
3 mangsa meninggal dunia dan 1 mangsa cedera parah. Dikhabarkan kesemua mangsa merupakan anggota tentera daripada Rejimen Pertama Kor Amor Diraja (1 KAD) dari Kem Batu 10 di sini.
Menurut Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang, Deputi Superintendan Mohd Noor Yusof Ali berkata, mangsa yang terbunuh Mohd Fahmi Jap, 25, Mohd Ilias Abu Seman, 23, dan Mohd Faizal Zainol, 26. Manakala mangsa yang cedera parah pula ialah Shamzuri Awang, 23, yang kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
Kalau lihat pada kawasan kejadian...emm...2 batang pokok terkupas kulitnya
Takziah buat keluarga mangsa. Al-Fatehah buat arwah yang terkorban. Hilangnya wira-wira negara

Agak-agak Honda Civic EG (Ferio) nih
Monday, 18 August 2014
Roti Gardenia Naik Harga
Yaaa... apa beza antara dua roti dalam gambar di bawah?
Yaaa... pastilah perisanya... satu coklat dan satu lg butterscotch
Mari tengok belakang pulak... Ada nampak beza?
Yaaa... harga roti Gardenia sudah naik! Naik 10 sen daripada RM0.70 kepada RM0.80. Untuk roti jenis ni laa... Roti Gardenia jenis yang lain-lain aku tak pasti la... belum beli lagi stok baru
Yang 70 sen tu aku beli hari Jumaat lepas... Manakala yang 80 sen aku beli hari Ahad.
Saturday, 16 August 2014
Satay Hj Samsuri, Sg Besar, Sabak Bernam
Dah lama tak pekena satey Sungai Besar Selangor. Kat Sungai besar ni Satey Haji Samsuri adalah antara yang terawal dan terpopular. Aku pun suke makan satey yang ini.
Harga terkini satey diorang nih RM0.60 secucuk... satey daging dan ayam. Satey lain-lain tak pernah pulak aku tanya.
Kat mana kedai ni? Berseberang dengan Stesen Petronas Sungai Besar
Selamat menjamu selera....Yeahhhhh!!!

Friday, 15 August 2014
Cameron Highland Holiday
Satu perlajalanan yang telah berlaku setahun yang lalu.... Lawatan dan percutian ke Cameron Highland
Boh Ummph Tea Shop, hanya kenderaan kecil seperti kereta boleh sampai sini. Kalau naik bas mintak maaf la ye...
Ladang teh sekitar jalan berliku-liku ke Boh Tea Shop
Posing kejap dekat kedai jual teh kepunyaan Boh (kat sebelah belakang sana tempat minum macam cafe Boh)
Sebelah kedai tadi ada kilang memproses daun teh
Ladang teh Bharat Tea, boleh nampak dari tepi jalan besar, yang ini memang naik bas memang boleh singgah
Bharat Tea Tea House
Ni pintu depan Tea House nya
Pemandangan dari tempat penginapan aku & the geng... tingkat atas sekali... sejuk giler walaupun takde air-cond (kehkehkeh)
Kenderaan yang dinaiki oleh sebahagian besar ahli rombongan kami... Parking depan Balai Polis tu (tapak pasar malam ni)
Cactus Valley... tengok dari jauh je... tak pergi pun...
Sekian...ado banyak laie
Wednesday, 13 August 2014
Kenapa Harga Bunga Kantan Mahal?
Kenapa Harga Bunga Kantan Mahal?
Berapa harga bunga kantan di tempat anda sekarang? Sejak beerapa hari ni timbul isu harga bunga kantan melonjak melambung naik tinggi. Ada yang melaporkan 1 kuntum RM3, ada yang 1 kuntum RM4.80, ada yang cakap kat pasaraya Tesco jual RM7/kuntum..
Bunga kantan ni nak tunggu keluar bunganya kena amik masa lama... lingkungan 1 tahun kata pakar-pakar tumbuhan. Maksudnya, kalau dah petik hari ni bung tu maka nak tunggu re-stock atau tumbuh semula kena tunggu tahun depan la....
Hooo... bila permintaan bunga kantan tinggi dan penawarannya kurang maka harga akan melonjak tinggi...