Saturday 28 February 2015

Harga Terkini Minyak Petrol RON97, RON95, Diesel Mac 2015




Harga minyak RON97, RON95, Diesel bermula 12.01 malam 1 Mac 2015

RON 95 - RM1.95 (February 2015 RM1.70)

RON 97 - RM2.25 (Februari 2015 RM2.00)

Diesel - RM1.95 (Februari 2015 RM1.70)

Wednesday 25 February 2015

AFC CUP 2015 RESULT : YADANARBON VS PAHANG (2-3)


AFC CUP 2015 - GROUP G

YADANARBON (MYA) vs PAHANG (MAS)

FULL TIME RESULT

YADANARBON [2] - [3] PAHANG


Tuesday 24 February 2015

AFC CUP 2015 : JOHOR DARUL TA'ZIM vs EAST BENGAL FC (4-1)



AFC CUP 2015 - GROUP F

JOHOR DARUL TA'ZIM vs EAST BENGAL FC

FULL TIME RESULT

JDT [4] - [1] EAST BENGAL



Wednesday 18 February 2015

Kemalangan Honda Civic Tercabut Enjin di Kilometer 384.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)

18 Febuari 2015 - Hari ini ketika orang ramai mula menikmati cuti sempena Tahun Baru Cina, salah seorang orang ahli keluarga kampung lama koi (Perkampungan Indera Sempurna Kuantan Pahang) telah kembali ke Rahmatullah apabila terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Kemalangan terjadi di Kilometer 384.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil.

Kemalangan telah mengorbankan seorang bayi berusia setahun dan seorang dewasa berusia 22 tahun.

Mengikut cerita pihak Polis Hulu Terengganu, kejadian kira-kira jam 3 petang itu berlaku apabila kereta Honda Civic yang dipercayai dipandu oleh orang kampung lama koi tadi dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh penghadang jalan menyebabkan enjin kereta Honda Civic itu tercampak ke atas jalan sebelum kenderaan itu berpusing. Kemudian, sebuah Proton Putra merempuh enjin yang tercabut tadi dan melanggar Honda Civic tu lalu melanggar penghadang jalan.


Enjin Honda Civic

Al-Fatehah buat arwah yang telah terkorban... Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang baik-baik

Thursday 12 February 2015

Pengurangan Bil Elektrik Bermula 1 Mac 2015 - 30 Jun 2015

Perkara : Pengurangan bil elektrik bagi pengguna melebihi 300 kWj dengan pengurangan Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) 

Jumlah pengurangan ICPT : Sebanyak -2.25sen/kWj (Semenanjung) & -1.20sen/kWj (Sabah & Labuan)

Tarikh kuatkuasa : 1 Mac 2015 sehingga 30 Jun 2015

Siapa yang LAYAK : Pengguna kategori domestik, komersil dan industri yang mempunyai penggunaan MELEBIHI 300 kWj sebulan.

Siapa TAK LAYAK : Pengguna 300 kWh atau KURANG sebulan (kadar blok 200 kWj kekal sejak 1997, kadar blok 100 kWj seterusnya kekal sejak 2009)

**Maka sesiapa yang jumlah penggunaan sebulan 300 kWj atau kurang dari itu maka tak adalah terlibat dengan pengurangan bil elektrik ini.... Yang terlibat adalah yang melebihi 300 kWj sahaja... Ada paham????

Macamana kaedah pengiraan bil elektrik yang terlibat dengan ICPT ni? Seperti berikut: 




nampak tak la besar sangat beza tu...tapi mengikut perkiraan aku kalau jumlah RM13.50 tu banding dengan kadar 51.6 sen/kWj boleh menghidupkan penyaman udara 1 kuasa kuda (air-cond 1 h.p) selama 35 jam.

Tuesday 10 February 2015

Fakta Perbicaraan Kes Liwat Anwar Ibrahim lwn Mohd. Shaiful Bukhari


Kes : Anwar Ibrahim lawan Mohd. Saiful Bukhari



Tarikh Perbicaraan : 10 Febuari 2015

Waktu : 9 pagi

Tempat : Dewan Mahkamah Persekutuan 1, Istana Kehakiman, Putrajaya

Fakta Kes:

  • Anwar Ibrahim dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

  • Hukuman: menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Atas faktor usia, Anwar tidak akan dikenakan hukuman sebatan.

  • Boleh hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen (MP) Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa seorang anggota Parlimen akan hilang kelayakan jika dia dihukum penjara lebih daripada satu tahun, atau didenda lebih daripada RM2,000


Panel Hakim (5 orang):


  • Tun Arifin Zakaria (Ketua Hakim Negara) (Ketua Panel Hakim)
  • Tan Sri Md. Raus Sharif (Presiden Mahkamah Rayuan)
  • Tan Sri Abdull Hamid Embong (Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan
  • Tan Sri Suriyadi Halim Omar (Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan)
  • Datuk Ramly Ali (Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan)

Pendakwa Raya (2 orang):


  • Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah (Peguam Kanan)
  • Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria (Timbalan Pendakwa Raya)

Peguam Bela (15 orang):


  • Datuk Seri Gopal Sri Ram (Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan)(Ketua)
  • Ramkarpal Singh
  • Gobind Singh Deo
  • N. Surendran
  • Sangeet Kaur Deo
  • R. Sivarasa
  • J. Leela
  • Latheefa Koya
  • Lim Choon Kim
  • Eric Paulsen
  • Michelle Yesudas
  • Zaleha Al-Hayat
  • Jeremy Vinesh Anthony
  • Mohamaed Aliff Bolkin
  • Shahid Ali Kamaruddin

Keputusan kes

  • Didapati BERSALAH 
  • Hukuman : kekal hukuman PENJARA 5 TAHUN


Lain-lain fakta bernombor:
  • 5 panel hakim
  • 2 pendakwa
  • 15 peguam
  • 27 saksi pendakwa
  • 8 saksi pembela
  • 86 hari perbicaraan di Mahkamah Tinggi
  • 115 kali penangguhan
  • 18 kali permohonan rayuan
  • 6 tahun 5 bulan 10 hari tempoh perjalanan kes



Saturday 7 February 2015

Harga Ikan Patin, Keli, Talapia Naik ???

Harga ikan Patin naik! Harga ikan Keli meningkat! Harga jualan ikan sangkar mahal!

Begitulah kurang lebeh tajuk-tajuk berita yang terpampang di dada-dada akhbar.



Menerusi berita yang diedarkan, kenaikan harga ini dikatakan berpunca dari harga 'pallet' iaitu makanan untuk ikan ini yang meningkat (bukan sebab RON95 atau Diesel turun tau...).

Sebenarnya 2-3 minggu sebelum aku baca berita ni di akhbar, aku dapati harga ikan patin dan keli kat pasar yang aku selalu pergi kat Kuantan ni memang dah naik. Dulu talapia, patin RM12 sekilo. Sekarang dah jadi RM14 sekilo. Ikan keli dulu RM6 sekilo. Sekarang dah RM7 sekilo.

Pss... lepas ni harga kat Akob Patin, MABIQ naik ke tak haaa?

Sunday 1 February 2015

Beruang Matahari Muncul di Sibu?

Beruang Panda biasa didengar. Tetapi pernahkan anda mendengar Beruang Matahari?

Sekumpulan pekerja ladang kelapa sawit warganegara Indonesia di Jalan Binta­ngor-Sibu gempar apabila diserang seekor haiwan yang kelihatan aneh dan berkuku panjang serta tajam semalam.

Dalam kejadian pukul 10 pagi itu, binatang tersebut tiba-tiba datang meluru ke arah mereka yang ketika itu sedang sibuk bekerja di ladang. Apabila haiwan itu mahu menerkam mereka, seorang dari pekerja di situ telah memukul haiwan berkenaan hingga pengsan dan menghalaunya ke hutan berdekatan selepas ia sedar.

Beruang Matahari yang dikatakan menyerang pekerja ladang (kiri). 
Gambar beruang matahari yang normal (kanan)
(Gambar dari Utusan & adneehjahmad.blogspot)

Sarawak Forestry Corporation (SFC) percaya haiwan aneh yang menyerang pekerja ladang kelapa sawit di Jalan Bintangor-Sibu semalam adalah beruang matahari berdasarkan pemerhatian kepada gambar dan video yang diambil pekerja bekenaan.

Haiwan itu mempunyai ciri-ciri yang menyamai beruang matahari yang merupakan spesies yang amat jarang ditemukan. Antara cirinya ialah muncung hidung berwarna hitam dan kuku yang panjang.

Beruang matahari adalah spesies yang paling kecil dalam kalangan lapan jenis beruang di dunia dan dilindungi Akta Perlindungan Hidupan Liar 1998 di Sarawak,

Harga Terkini Minyak Petrol RON97, RON95, Diesel Februari 2015



Harga minyak RON97, RON95, Diesel bermula 12.01 malam 1 Februari 2015

RON 95 - RM1.70 (Januari 2015 RM1.91)

RON 95 - RM2.00 (Januari 2015 RM2.11)

Diesel - RM1.70 (Januari 2015 RM1.93)