Friday 30 May 2014

FIAT X1/9 : Rare Model

Pergi kenduri kahwin kat Sungai Besar....tiba-tiba terjumpa pulak kereta ni.... Sori la ye tuan kereta.... Koi snap gambor...




Ni antara rare model pada masakini...dulu-dulu memang la tak rare... Ni kereta Fiat X1/9 ataupun Bertone X1/9...Apesal ada 2 nama sebab Fiat keluarkan pada tahun 1972-1982 manakala Bertone sambung pengeluaran dari 1982-1989. Kereta jenis 'sport-car' ataupun 'roadster'. 

Wednesday 28 May 2014

Membongkar Rahsia Kod Warna Pada Ubat Gigi


Pernah tengok ubat gigi anda ada tanda secalit warna berbentuk 4 segi tepat kat hujungnya? Apa maksud secalit warna tu?

Ubat gigi pelbagai jenama

Aku pernah dengar pasal benda ni.. tapi baru-baru ni aku ada jumpa jawapan. Tersebar luas mengatakan bahawa warna tu melambangkan kandungan ubat gigi berkenaan.

Hijau : Semula jadi

Biru : Semula jadi + Ubat
Merah : Semula jadi + Komposisi kimia
Hitam : Kimia asli (100% kimia)

Jadi... betul kah semua ini???? Uiiii...dah la coklat ada najis khinzir...ini ubat gigi pulak ada benda pelik-pelik!!!


KEJAP!! KEJAP!! Cuba tengok gambar bawah ni pulak ...

Krim untuk kulit, krim ruam lampin bayi

Ehh...krim kecantikan..krim kulit pun ada tanda macam tu..yang warna putih dan coklat tu apa pulak maksudnya ye?

Sebuah laman web luar negara bernama "Hoax-Slayer.com" telah membongkar misteri disebalik warna berkenaan. Jeng jeng jengggg

Mereka mengatakan bahawa pendapat/maklumat yang di atas tadi adalah SALAH...PALSU

Sebenarnya, bentuk 4 segi tepat tu dipanggil "eye-marks" ataupun dikenali juga dengan nama "eye-spots". Apa "eye-marks" tu? Menurut Glenroy,Inc :

Eye mark register"A printed rectangular mark most often found along the edge of webstock that can be identified by an electric eye. The mark identifies a point on the web where an individual package is to be cut"

Eye marks ni senang cerita adalah penanda, proses apa nak dibuat dalam proses pembungkusan...

Eye marks boleh dikesan/dikenal oleh peralatan elektronik yang canggih dalam sistem pembungkusan yang moden. Eye mark ni memberi seribu satu macam arahan proses pembungkusan. Arahan seperti kat mana nak potong tiub tu..nak kelim kat mana..nak kasi kaler apa pada tiub..kebanyakan produk mempunyai tanda eye marks ni...cuma nampak denga tidak aje....


Gambar di atas adalah kategori makanan... haaa...ada dalam rumah..masuk dalam perut! Daripada keropok Bika, Mee Maggie, Teh Lipton, Kopi Hng Tuah...semua ada tanda 4 segi sama berwarna hitam. Apakah semua ini 100% bahan kimia? Macamana nak buat dauh teh dari bahan kimia ye? Hanya air soya je dalam gambar tu yang ada tanda 4 segi warna hijau

Percaya???


Thursday 22 May 2014

LHDN Cawangan Kuantan Pindah Ke Menara CDO

Minggu ini..apabila lalu depan Menara CDO..tiba-tiba terperasan dah ada organisasi yang akan beroperasi di situ. Yaaa.... rupa-rupanya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Kuantan akan beroperasi di tempat baru iaitu Menara CDO !!!



Kat mana Menara CDO ni? Alaaa.... betul-betul disebelah persimpangan lampu isyarat dekat bangunan Celcom..Padang Kamunting..simpang nak gi Jalan Wong Ah Jang tu...

CDO tu apa ye? Siapa tau? Entah...aku pun tak tahu...Kalau tanya pada Google..CDO tu Collateralised Debt Obligations (Tanggungan Hutang Bercagar).....Menurut seorang komentar di sini mengatakan bahawa CDO ialah Cik Din Omar ... nama pemilik bangunan tu

Monday 19 May 2014

Pokok Herba Thyme, Sage dan Pudina

Siapa pernah tengok pokok herba Thyme, Sage dan Pudina? Mungkin ada yang pernah tengok atau mungin ada yang pernah makan sahaja...Yaaa... mari kita lihat bagaimana rupa pokok-pokok berkenaan.


Yang ini pokok herba Thyme. Selalu nya orang panggil daun Thyme aje.. Sebab daunnya memang selalu digunakan dalama masakan.


Yang ini pula pokok herga Sage atau nama saintifiknya 'Salvia officinalis'....Ini bukan Proton Saga ataupun permainan video Sega. Sage ni aku pun tak pernah cuba guna. Tapi kegunaannya ialah sebagai rempah makanan dan juga sekarang dibuat minyak wangi.



Yang ini mesti korang kenal...pokok pudina. Macam-macam boleh digunakan dari masakan, sambal cicah roti canai sehinggalah ke ubat gigi... Anda akan jumpa pudina. Rasanya berangin sejuk semacam aje...heheee
Yang kat tepi tu pokok pegaga...dan di depannya pokok cili laaa....

Friday 16 May 2014

Semakan Keputusan UPU 2014/2015 (Lepasan SPM/STPM/SKM 2013 dan setaraf)


Gambar hiasan

Semakan keputusan kemasukan pelajar (UPU) ke IPTA / Politeknik Premier / Politeknik Konvensional / METrO / Kolej Komuniti & ILKA : Klik SINI

Rayuan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf : Klik SINI
(mulai 16 Mei 2014 jam 12.00 tengah hari sehingga 26 Mei 2014)

Rayuan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf : Klik SINI
(mulai 12 Ogos 2014 jam 12.00 tengah hari sehingga 22 Ogos 2014)

Thursday 15 May 2014

MILO Juara Hidup Bola : Kumpulkan Jersey Bola & Figura

Aku Hantu MILO... Barang MILO....Apa saja pasal MILO...Aku mau....

Aku terdengar iklan di corong radio. Bunyinya lebih kurang... "Kumpulkan Figura bolasepak dan jersey melalui program penebusan MILO"... Teringat aku pada 2 tahun lalu ketika aku terlibat dalam program penebusan Van MILO yang sememangnya kesukaan aku. Lenih-lebih lagi model yang cukup 'rare'.


Yaaa...kali ini program penebusan MILO datang lagi. Ada boleh menebus figura (patung) Ronaldo, Gerrard, Messi dan Van Persie.

Bagi yang tak suka patung, anda boleh tebus jersey bola pasukan Brazil, England, Sepanyol dan German.

Macamana nak tebus? Macam dulu-dulu jugak... Anda perlu kumpulkan mata melalui bar kod pembungkus/kotak produk MILO. Untuk anda tidak tertipu tertipah sila rujuk pada borang penyertaannya ye... Sebab ada juga produknya yang tak terlibat. Nanti salah kumpul pulak.

Borang penebusan klik sini ye

Dah isi boleh hantar melalui pos atau...gi tebus di kaunter penebusan

Dah...jom kumpul mata...nanti aku tunjuk kalau dah ade ye...

Selamat mengumpul duhai pengumpul sekalian

Wednesday 14 May 2014

Seminar Al-Quran Asas Kefahaman Islam & Pembinaan Peradaban


Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan ke-57 telahpun bermula malam tadi bertempat di Dewan jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan Pahang. Majlis telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Majlis tilawah tahun ini yang bertemakan `Wassatiyah Tonggak Kesatuan Ummah' menyaksikan 30 peserta mengambil bahagian, iaitu masing-masing 14 qari dan 14 qariah serta dua johan pada edisi sebelumnya. 

Bersempena itu juga, hari ini telah berlangsung "Seminar Al-Quran Asas Kefahaman Islam & Pembinaan Peradaban" di MS Garden Hotel Kuantan Pahang. Program dianjurkan dan deigerakkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang,  PERKIM dan IKIM. 
Seminar ni disiarkan secara 'live'... streaming pada portal IKIM.fm. 

Pengisian disampaikan oleh orang-orang besar dari Radio IKIM.fm. Antaranya ialah Ketua Pengarah IKIM - Y.Bhg. Datuk Nik Mustapha bin Nik Hassan, Timbalan Ketua Pengarah IKIM - YBhg. Prof. Datin Dr. Azizan binti Baharuddin, Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-undang & Politik IKIM - En. Md. Asham bin Ahmad dan Dr. Mohd. Zaidi Ismail, pakar Epistemologi dan Falsafah Minda dari Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar IKIM.

En. Md. Asham, Dr. Mohd. Zaidi, Moderator dan Prof. Datin Dr. Azizan

 Moderator

 En. Md. Asham

 Prof. Datin Dr. Azizan
 
Program telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob Menteri Besar Pahang

Dalam program ni ada dapat sarapan yang siap 'tapau' macam dalam gambar ni. Tiba-tiba terasa macam naik pesawat Air Asia satu ketika dahulu...hehee


Sekian...

Tuesday 13 May 2014

Kain..kain..langsir..langsir

Hari cuti datang lagi... aktiviti hari ini adalah pergi cuci mata tengok kain untuk buat langsir hanyar!!!

Sebelum keluar ukur la dulu sliding door 3 pintu dan tingkap 1 daun. Jumlah semua 11 meter untuk kain bidang 60.

Destinasi adalah KAMDAR Kuantan. Ni je la yang dekat dengan umah walau 20km jugak tu...ekekee..

Kat sini memang banyak kain yang sesuai untuk buat langsir. Tapi tinggal berkenan dengan tidak je la. Yelah, masing-masing punya citarasa dan kemampuan nak membayarnya. Hehee..

Jalan-punya jalan setelah belek sana sini tak ada juga kain dan corak yang berjaya mencuri minat isteri aku. Maka aku pun istiharkan kita balik saja laa...



Kalau malas nak jahit atau nak tempah, beli saja yang dah siap ni...hehehee. Isteri aku jait sendiri je... Kalau nak oder boleh la...kabo je...tempahan masih dibuka...




Kita pergi kedai lain nanti.. Jakel ada.. Alamoda ada.. Globe pun ada... Cuma masa nye je la ntah bila...


Ada satu best kat Kamdar Kuantan ni. Ada tempat permainan kanak-kanak. Elok la tu... daripada anak-anak aku lari-lari celah-celah gulungan kain tu elok la diorang main kat sini. Cuma tempat ni tak berapa berjaga sebab dah jadi tempat mereka buat kerja jugak...longgok barang-barang..

Saturday 10 May 2014

Dulu Darkie.. Sekarang Darlie..

Ko pakai ubat gigi apa?
Ubat gigi Darkie..
Hahaa...habis berdaki la gigi ko...


Begitulah antara perbualan yang bebaur usikan zaman aku budak-budak tahun 80-an dulu. Ketika itu antara jenama ubat gigi yang popular ialah Darkie dan Colgate.

Di negara Malaysia, perkataan 'Darkie' tiada makna yang tertentu.. cuma bunyinya hampir-hampir dengan 'daki'. Sebab tu menjadi bahan usikan kalau pakai ada daki nanti.

Darkie ni ubat gigi keluaran Syarikat Hawley & Hazel Chemical. Di Amerika Syarikat dan United Kingdom, perkataan 'Darkie' merujuk kepada orang hitam  (orang kulit hitam). Kalau tengok pada kotak ketika namanya Darkie tu, gambar lelaki pakai topi dan mata besar tu memang macam Golliwog.

Apa Golliwog tu? Golliwog tu salah satu watak dalam buku kanak-kanak yang popular yang berwarna hitam pada abad ke-19.

Oleh sebab itu...timbul isu perkauman dengan jenama Darkie tu...

Tahun 1990, selepas Syarikat Hawley & Hazel Chemical diambil alih oleh Colgate-Palmolive sebelum itu, nama Darkie telah ditukar kepada Darlie. Gambar pun diubah sikit.


Apa maksud Darlie pulak? Dalam bahasa Chinese Darlie = 黑人牙膏 (Hēirén yágāo) yang membawa maksud "Black Person Toothpaste"..... Masih sama juga lagi maksudnya dengan yang lama.. Masih timbul isu racist.

Selepas pengambilalihan Colgate, ubat gigi kekal di beberapa negara Asia seperti Republik Rakyat China, Malaysia, dan Thailand dan tidak dianggap menyinggung perasaan dalam pasaran ini (dijual di negara yang tak ada orang kulit hitam/sikit sangat). Ubat gigi ini juga dikhabarkan tidak boleh dijual diluar Asia....

Cuma pasal nama sahaja....

Friday 9 May 2014

Jawapan Apo Bondo Eh Ni ? Episod 2

Nah.... yang ini jawapan untuk episod 2 pulak...ada kawan aku bagi kat pesbuk dia...harap dapat membantu korang... penuh ke idak aku tak pasti la...

JAWAPAN APO BONDO EH NI ? EPISOD 2

UBAT NYAMUK..
MAKANAN SEJUK BEKU..
MAJALAH TIGA..
KUNCI LORI..
MALAIKAT MAUT..
MAT JENIN..
LITAR PINTAS..
DORAEMON..
MUAT TURUN..
PISANG KAKI..
ZAINAL ABIDIN..
ANGKAT KAKI..
PERMATA HATI..
BINTANG BERKELIPAN..
CARTA LAGU..
EKUESTRIAN..
DUNIA JAM SEPULUH..
TAMPARAN WANITA..
TIKUS BAIKI LABU..
BERTEGUR SAPA..
INTAN PAYUNG..
TALIAN HAYAT..
SELUAR DALAM 
WANG MUKA..
TIDUR MATI..
BINTANG KECIL..
HITAM LEGAM..
PESTA TANGLUNG..
AZHAR MANSOR..
MISAI KUCING..
HERBIVOR..
ILMU PELITA HIDUP..
MATA DUITAN..
SIRAP BANDUNG..
BULAN NAIK..
MAT KOOL..
MASTERCHEF MALAYSIA...

Sambutan 40 Tahun Sultan Haji Ahmad Shah Sebagai Sultan Pahang

Hari Isnin..Selasa..nampak orang berkawad di Padang MPK 4 (dekat bangunan TM@Telekom).. Ingatkan ada program pada hari Rabu (Rabu cuti Hari Hol) Pahang).. Khamis ada lagi orang berkawad.. Akhirnya terjawab juga persoalan aku ni...

Hari-hari kat pejabat dengar bunyi helikopter lalu.... dia buat raptai...

Sebenarnya mereka berkawad dan beraptai tu untuk satu sambutan yang agak penting untuk penaung besar negeri Pahang ni.

Hari ini Jumaat 9 May 2014 diadakan sambutan semepena 40 tahun Sultan Haji Ahmad Shah menjadi Sultan Pahang. Baginda ditabalkan menjadi Sultan Pahang pada 7 Mei 1974..

Itulah jawapan sebenarnya...

Daulat Tuanku !!!

Thursday 8 May 2014

Al-Hidayah : Majalah Tahunan SMKA Simpang 5

Sudah lebih 20 tahun aku simpan majalah ni. Bukan kerana harga atau warnanya... Tetapi kandungan di dalamnya mampu membawa ingatan melayang ke zaman itu... Walau sebahagian besar paparan edisi awalnya hanya hasil kerja mesin taip, namun tetap menarik dan nostalgia...



Al-Hidayah.. nama majalah tahunan bagi Sekolah Menengan Agama Simpang Lima (SMKA Simpang 5) Sungai Besar Selangor.Sekolah ini juga agak popular dengan nama SEMKAS 5. Sekolah ini terletak di dalam kampung je..dikelilingi oleh pokok kelapa..pokok sawit.. bunyi katak lembu.. dan tak jauh dari jeti nelayan. 

Tapi...walaupun terletak di dalam kampung yang jauh dari jalan raya utama Klang-Teluk Intan... lepasan sekolah ini Alhamdulillah menjadi orang-orang yang berguna dan berjaya.

Eh...aku cerita majalah dah jadi cerita sekolah pulak...heheeee. Yang aku ada ni adalah jilid kedua (1990), ke-3 (1992) hingga ke-7 (1996). Boleh la gelak sorang-sorang tengok wajah rakan-rakan muda-muda dulu...Dan menarik juga baca 'motto' atau kata-kata hikmah masing-masing dalam ruangan pelajar SRP, PMR, SPM dan STPM....macam-macam ada....kehkehkeh...

Ciri-ciri orang pakai jam tangan kanan

Anda pakai jam di tangan kanan? Adakah benar ciri-ciri ini? Cuba semak sesiapa yang pakai jam di tangan kanan tu....

01. Keras kepala
02. Kuat memberontak
03. Setia
04. Tak suka orang mengarah dia
05. Garang, tapi manaja dengan yang tersayang
06. Hati kering
07. Suka menyendiri bila ada masalah
08. Suka tolong orang dalam kesusahan
09. Pendiam tapi kalau dah ngam dgn seseorang tu siap laa....mulut murai pun kalah
10. Pantang dicabar


Ada betul ka????

Wednesday 7 May 2014

Jawapan Penuh Apo Bondo Eh Ni ?

Jawapan yang ni SENJA

Hari-hari aku tengok orang tanya soalan untuk jawapan Apo Bondo Eh Ni? Heheheee.... meh aku bagi jawapan penuh ntuk game Apo Bondo Eh Ni? episod 1 ajoo.... Harap-harap betul la... ekekee. Kalau aku rajin lebih nanti aku buat bentuk gambar... Tungguuuu..
(Jawapan episod 2 klik sini)

Jawapan Penuh Apo Bondo Eh Ni ? Episod 1

SUKA HATI
LUMBA LARI
TERKEJUT BERUK
TAHI BINTANG
HABIB JEWELS
JALAN JALAN CARI MAKAN
MATI KATAK
GARISAN PENAMAT
PULAU PINANG
AIS BATU CAMPUR
TUKANG KAYU
TERENGGANU
SHEIKH MUSZAPHAR
SENJA
LOGAM
MADU TIGA
TAJAM
IKAN BAKAR
LAGENDA BUDAK SETAN
BUAH TANGAN
RIBUT PETIR
CUCUK CUCUK
TELUR MATA
FILEM SERAM
BASIKAL TUA
PAHANG
LUMBA HARAM
MAYBANK
DERMA DARAH
MALAM PERTAMA
PINTU SUKA HATI
BELON UDARA PANAS
SOTONG KERING
SAMSENG
TAHI CICAK
KAKI JORAN
PISANG GORENG
TAKUT BINI
SUP AYAM
KEDAH
MEKANIK
CUKAI PINTU
DO RE MI
MAHATHIR MOHAMAD
HARIMAU BINTANG
ULAT BUKU
PENING KEPALA
TUKANG JAHIT
CINTA MONYET
POP POP
TANDAS AWAM
OMBAK RINDU
BULAT
SURAT CINTA
JURURAWAT
ASTRO ARENA
FIKIRKAN BOLEH
BULAN SABIT MERAH
MATEMATIK
KEK BUAH
BELAH BAHAGI
CINTA TIGA SEGI
MAGGI SUP
MAWAR BERDURI
BEG KULIT
KASSIM SELAMAT
KAKI JUDI
LE TOUR DE LANGKAWI
KAYA RAYA
GENTING HIGHLAND
PANCING UNDI
TIDUR SIANG
MELODI
KEMARAU
JUARA LAGU
CUCI KERETA
POCKET ROCKET MAN
CHIPSMORE
BUANG MASA
PIALA DUNIA
LIDAH BERCABANG
JIMAT AIR
PEGAWAI POLIS
ANAK BULAN
JAM LOCENG
LITAR SEPANG
TAHUN BARU CINA
LEMANG
MAKAN HATI
TEMBIKAI SUSU
MATA KERANJANG
KL SENTRAL
AYAMAS
NASI GORENG USA
PANGGUNG WAYANG
KAKI BANGKU
BUKU LALI
PROTON
KONSERT
ZOO
KECEMASAN
SAHABAT PENA
WARGA EMAS
ROTI KAYA
BUKU LIMA
BUTIK FESYEN
ALI CAFE
BUNGA KEBANGSAAN
BELAKANG TABIR
POLIS TRAFIK
HAIWAN TERNAKAN
NASI LEMAK TELUR
TADIKA
XX RAY
SATU MALAYSIA
SENYUM ITU SEDEKAH
PINTU HATI
MANDI BUNGA
KASUT RODA
TANDA TANGAN
HANTU RAYA
MATA DUITAN
OMBAK RINDU
BURGER BAKAR
BAS SEKOLAH
CAK CAK
DAKI GUNUNG
GOL DAN GINCU
MATAWANG ASING
SELAMAT JALAN

Botol tak? Kalau tak botol nasib korang la...ekekeee...sila guno coin la tu...
Selamat Berjayo !!!

Psss... banyak coin tu boleh la belanjo den..kehkehkeh

Monday 5 May 2014

Cuci Mata Ke Bangi Gateway

Kuala Lumpur Book Fair (KLBF2014) tak dapat gi.. maka gi cuci mata kat Bangi Gateway laa. Shopping Complex ni bukanlah baru semalam buka tapi dah buka tahun lepas (2013). Tapi ini kali pertama aku baru nak jejak kaki ke sini walaupun tak la jauh mana tempat ni dari umah.. Heheheee...

Jom jalan-jalan cuci mata apa yang menarik di Bangi Gateway ni....


Ruang legar...besar yang amat...ramai yang lepak-lepak lepas penat menapak kat dalam ni... yang isap rokokpun ada kat sini


Stylista? Tiba-tiba aku teringat tajuk rancangan Hijab Stylista...ekekeee


Pearl Haya ... jual mutiara la kot..


Yang ini pasti la jual buku.. Kedai Buku MPH


Toy & Gift - kawasan larangan anak-anak..kehkehkeh


Go Optic.. bukannya Gothic....kedai optical


Kawasan larangan bapa-bapa...kehkehkeh... Impiana Jewels


Junita bukan Jesnita ... baju perempuan


Rona-rona macam ronda-ronda


Sushi orang Melayu


Batik Plaza .... pakaian berasaskan kain batik


Fresco Tailor - boleh tampah baju melayu... rege sampai siling...hehee... Kedai paling sempoi sebab tak ada sign-board nama kedai....


Dang Anum


Shazzmin


Total Ground Futsal - kelengkapan main futsal


Bio Pearl - rawatan berasaskan mutiara. Son Goku boleh cuba cari mutiara naga kat sini


Ahaaa... kedai game arked (Molly Fantasy)!!! Kenangan masa dulu pun ada


Ruangan paling banyak gerai-gerai pakaian yang digelar Fashionista


Ehhh...macam kat oversea pulak tengok dinding Kenny Rogers nih


Tengah lepak-lepak kat ruang legar tiba-tiba terpandang kipas di atas. umak aiii... besarnya kipas ni. ada 10 bilah dna setiap bilah ti aku rasa ada 8 hingga 10 kaki panjang tu... Pehhhh!!!

Dah penat... jom balik..

Saturday 3 May 2014

Cuci Mata Ke Alamanda Putrajaya

Sempena cuti hari pekerja, maka aktiviti yang menarik adalah jalan-jalan. Kali ni kita jalan-jalan ke Alamanda Putrajaya. Lama dah tak gi tempat ni..nasib tak sesat.. kehkehkeh..

Orang sibuk-sibuk membeli barang... aku pulak sebok menembak sana-sini... Maka marilah sama-sama kita cuci mata tengok kedai-kedai apa yang ada kat sini.. Mana yang aku tembak sign-board dari luar atau dari jauh tu maksudnya aku tak masuk la kedai tu..hehee...

So..lets check it out what is happening here!!!

Converse - baju kasut seluar

Watson - Farmasi, kecantikan, sabun...

Vincci - jual kasut

Vincci - Ada diskaun 50%

Vincci - kasut kasut kasut

 Vincci - kedai ni la yang ramai orang singgah.. murah kot?

Camel Active - 'Unta cergas' jual baju seluar kasut

Primavera - kedai kasut lagi

Nose - jual kasut bukan bikin hidung

Nose - kasut dalam bola ajaib

Ruang tengah - macam-macam ada

Toys R Us - kedai mainan, kedai para collector,  kalau ada anak kecil bahaya lalu kedai ni... ekekeee

Butik tak pasti - baju pompuan

The Nail Parlour - kalau kuku cekam boleh mari sini.. hehee.. Kedai kuku laa

Audrey - bra & panties

Anakku - baju anak-anak

Baskin Robbins - Aiskrim..aiskrim..

Poney - anak-anak lagi... abah bila lak?

Modernmum - kedai bakal-bakal ibu dan yang dah jadi ibu

Bagz Bar - bukan bar jual arak tapi jual beg

Calvin Klein - Jual jam ratus ribu punya.. tapi iklan punya la seksi

Habib Jewels - Kedai kesukaan wanita... lagi-lagi kalau dapat free... phewww

Tropicana Life - bukan jual nyawa tapi keperluan untuk hidup...

Kalau korang membeli belah di Pasaraya AEON Big (dahulunya Carrefour) korang boleh dapat parking percuma... Sila tanya pihak yang sepatutnya ye untuk keterangan lanjut...term and conditions apply...

Dah...jom balik