Sunday 20 October 2013

[D.I.Y] Kerja Elektrik Plug 13A

Jam 11 pagi...petik soket cerek elektrik...alamak!!! Tak idup!!! Apesal???
Sekali tengok tu dia....dah hangus!!! Alhamdulillah....tak hangus semua sekali...

Pandangan dari luar...dah berlubang sana-sini...plastik dah cair

Maka petang-petang sesambil layan anak aku tengok 'cannimals'...aku pun melakukan pembedahan terhadap plug 13A. Kat atas meja makan je aku operate...kehkehkeh...Alaaa...bukan susah pun. Berkat ilmu yang diajarkan oleh Abah aku cara menukar plug 13A...dan guru-guru yang lain, masalah kecil je nak tukar plug 13A ni.

Pandangan dalam..hangus pada bahagian fius 13A/sambungan hidup

Paling penting, pastikan penyambungan wayar adalah betul. Kalau tak betul nanti hangus lagi. Aku bagi tips macamana nak ingat kaler 3 wayar ni.

          Kuning/hijau = bumi (earth)
          Coklat = hidup (life)
          Biru = neutral

Yang biasa orang tertukar ialah life dan neutral. Aku biasa ingat huruf BN (biru-neutral)...walaupun bunyinya agak politik...kehkehkeh...Gelak tukang Indonesia aritu bila aku bagi tips ni masa dia tengah confuse nak sambung wayar....Kalau tak suka korang boleh tukar perkataan lain...

Kiri: Setelah dipasang pada plug 13A baru. Kanan: plug yang hangus

Ok...pakar wayar dah uji...Lulus!!!! Selamat mencuba...

Friday 18 October 2013

5 Makhluk Yang Tidak Dilahirkan Dari Ibu

Adalah normal satu proses kelahiran..kewujudan makhluk dari sesuatu yang bergelar ibu. Manusia mempunyai ibu...Haiwan mempunyai ibu...Namun apabila kita mendengar ada makhluk yang dilahirkan tidak daripada ibu..kita seperti tidak percaya....namun...ini adalah kisah benar...

Ini dia 5 makhluk yang dilahirkan tanpa ibu...

1 . Nabi Adam : Diciptakan oleh Allah daripada tanah yang berwarna  putih, hitam, kuning, coklat, dan merah. Tanah-tanah ini datang dari :
  1. Tanah tapak Baitul Maqdis
  2. Tanah Bukit Tursina
  3. Tanah Iraq
  4. Tanah Aden
  5. Tanah Al-Kautsar
  6. Tanah tapak Baitullah
  7. Tanah Paris
  8. Tanah Khurasan
  9. Tanah(Babylon)
  10. Tanah India
  11. Tanah Syurga
  12. Tanah Tha'if     (cerita lanjut klik sini)

2. Siti Hawa : Siti hawa telah dijadikan oleh Allah dari tulang rusuk kiri Nabi Adam ketika berada di dalam Syurga.

3. Ular Tongkat Nabi Musa : Ular yang sangat berbisa yang bertukar dari tongkat Nabi Musa, yang memakan kesemua ular-ular ahli sihir Firaun.

4. Unta Nabi Salleh : Kaum Tsamud meminta Nabi Musa menunjukkan mukjizatnya bagi membuktikan kenabiannya. Maka dengan izin Allah, terbelahlah batu karang di sisi sebuah bukit dan keluarlah seekor unta betina.

5. Kambing biri-biri Nabi Ibrahim/Nabi Musa : Nabi Ibrahin telah diperintahkan untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail. Ketika Nabi Ibrahim sedang menarik mata pisaunya, dalam sekelip mata Nabi Ismail telah digantikan dengan kambing biri-biri oleh Malaikat Jibril atas perintah Allah. Aktiviti korban yang unat Islam raikan adalah bersempena dengan kejadian ini.

Ini bukan kisah dongengan...semuanya dikisahkan di dalam Al-Quran....renung-renungkan...

Wednesday 16 October 2013

[21 SX] 6 Types of Lingerie : What it Says About the Wearer

Lingerie type = wearer personality ???




The Babydoll

What is it: Babydoll lingerie is basically shortened and sexier nightgowns, and often comes with lace trimmings, ruffles, and sheer material like chiffon. Unlike two-piece underwear sets of bras and knickers, the babydoll is becoming increasingly popular, as the girls who wear them can feel sexy without needing to have the body of a Victoria Secret’s model.

What it says about her: She’s likely to have a demure and innocent outlook, with a naughty streak in her that’s open to experimenting – but don’t open the leather gear storage box yet.



Bow-tie knickers

What is it: These set of knickers are thinly veiled excuses for underwear, characterised by their shoestring knots on either side of her hips. Obviously, these aren’t meant for everyday wear, but they do provide the perfect striptease accessory. Best unveiled to the soundtrack of Marilyn Monroe’s Happy Birthday.

What this says about her: She’s in the mood to play and tease, you lucky man. Get to it then – those knickers don’t untie themselves, you know.



Boy Shorts

What are they: Boy Shorts are the women’s equivalent of men’s boxers, with a cheeky bum-hugging sexiness thrown in. They’re versatile and comfortable, without sacrificing that bit of sexiness – making it a staple in a women’s underwear drawer today. Boy Shorts come in a variety of colours (hot pink, anyone?) and lace trimmings that would get the pulses racing any time of the day.

What this says about her: Much like the underwear, girls who wear boy shorts tend to be practical, proud of their booties, and have the potential to play sexy when the mood is right.



Seam-free underwear

What is it: Seam-free underwear was crafted with function more than flair in mind; they are meant to be hidden and keep the body in shape while she snugly fits into a gown with unforgiving measurements.

What this says about her: Women who wear them are perfectionists when it comes to outward appearances – any hint of a VPL and they’ll freak out. Guys who want a shot at these girls would have to be impeccably dressed to grab her attention.



Briefs

What are they: Sometimes, we forget that the simplest things can be the sexy – which is why the basic brief still remains popular despite the variety of lingerie on the racks. Modern briefs have come a long way since your grandma’s days (now there’s an image); they now come in a range that extends from the practical to the provocative, depending on the cut and lace-trimmings.

What it says about her: Women who wear briefs are uncomplicated gals who are comfortable with themselves – so if you’re into the girl-next-door type, she’ll likely be wearing good ol’ briefs.



Period panties

What are they: These are usually reserved for that time of the month (or when everything else is In the laundry) and definitely weren’t made to be paraded around. Although modern designs like those from THINX are better looking, these knickers are usually made from more durable material, and emphasise comfort more than sexiness.

What it says about her: You can play all the Daft Punk you want, but you’re not getting lucky tonight, pal.



Resepi Chef Ammar : Menu Aidil Adha

Taraaa.....ini dia resepi masakan Chef Ammar yang ditayangkan kat tv tadi....Nasi mandi, kambing masak merah dan salad. Sesiapa nak masak boleh cuba ikut resepi ini (resepi asal dari laman facebook Masak Dari Hati Masak with Iman)




Kambing Masak Merah Chef Ammar Stylo

Bahan-bahan (Ingredients)

1. Daging Kambing 10 Kg
2. Tomato paste 500 grams
3. Tomato segar 1 kg
4. Minyak Zaitun Minsyam Products 2 Botol Besar (150 orang makan)
5. Halia segar 500 grams
6. Serai segar 500 grams
7. Bawang putih 500 grams
8. Bawang besar 1 kg
9. Lengkuas segar 200 grams
10. Daun limau 50 grams
11. Cili Kering 500 grams
12. Buah Pelaga 20 grams
13. Al Kayu Al manis 25 grams
14. Bunga lawang 20 grams
15. Bunga cengkih 20 grams
16. Daun bay 10 numbers
17. Lada Hitam Secukup rasa
18. Gram Secukup rasa
19. Air 10 Liters

Cara-cara masak

1. Potong daging berbentuk kiub
2. Rebus Cili kering dan kisar halus
3. Tomato dipotong wedges
4. Halia, Serai, languas,bawang putih, bawang besar di kisar halus
5. Panaskan minyak 2 botol besar campurkan halus serai lengkuas bawang puti bawang besar dan tumis sehingga kuning keemasan
6. Masukkan bunga lawang Al kayu Al manis bunga cegkih buah pelage daun limu dan daun bay
7. Masukkan cili kering dan tumis sehingga mendidih
8. Masukkan daging kemudian tumis dengan bahan bahan di ata. Dan masukkan Air.
9. Masukkan tomato wedges dan tomato paste rebus daging sehingga empuk
10. Masukkan garam and ladah hitam secukup rasa




Nasi Hari Raya Eid Al Adha ( Nasi Mandi )

Bahan-bahan (ingredients)

1. Beras basmati 10 Kg
2. Air 15 liters
3. Rempah Chef Ammar 6 sudu besar
4. Cili padi 20 grams
5. Bawang putih 500 grams
6. Bawang besar 700 grams
7. Dau bay 10 grams
8. Minyak zaitun Minsyam Products 1 Botol Besar
9. Saffron powder 10 grams
Cara-cara masak
1. Cuci Dan rendam Beras basmti selama 30 minutes
2. Panskan Minyak zaitun minsyam dan tumis bawqang besar, bawang putih, buah pelage bunga lawang cili padi dan daun bay sehingga bawang besar berwarna keemasan
3. Masukkan rempah Chef Ammar dan tumis sehingga naik bau
4. Masukkan beras yang telah dicuci dan kacau sehingga rata
5. Masukkan air yang telah disukat dan garam serta lada hitam secukup rasa
6. Masukkan saffron powder dan kacau sehingga rata
7. Masak nasi selama 45 minit atau sehingga air kering .


Arabic Salad bersama kacang Botol with Chef Ammar Khaal Minsyam Dressing

Bahan-bahan (ingredients)

1. Kacang botol 500 grams
2. Timun 1 kg
3. Tomato 2 kg
4. Cili padi 200 grams
5. Daun pudina 100 grams
6. Bawang besar 500 grams
7. Minyak zaitun minsyam secukup rasa
8. Dressing khaal/pati kurma minsyam secukup rasa
9. Madu minsyam secukup rasa

Cara-cara masak
1. Kacang botol dihiris kasar
2. Timun,tomato dan bawang besar dipotong kiub
3. Cili padi dihiris halus
4. Daun pudina di potong kasar
5. Gaulkan semua bahan-bahan tersebut.

Chef Ammar
Masak Dari Hati Masak with Iman 


Rezeki Aidil Adha

10 Zulhijjah 1434H bersamaan 15 Oktober 2013...Umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha. Kali ini aku menyambut di 'perantauan'....Perantauan la sangat...hehee...kat Kuantan sahaja. Tapi aku rasa macam kat Terengganu dan Kelantan pulak bilamana orang-orang keliling cakap dialek 2 negeri berkenaan. Teringat ketika aku menyambut Aidil Adha di Bumi Kenyalang pada tahun 2004 hingga 2007...Sama juga dialek nya...hehee...

Tahun ini, aku solat sunat hari raya kat Masjid Al-Bukhari Nurul Aman Perkampungan Mahkota Aman Batu 10 Kuantan aje. Jam 7.45 dah  mula takbir..Jam 8.30 solat sunat..Selesai dalam jam 9 pagi. Yang menariknya, dalam ramai-ramia yang bertakbir tu ada satu suara yang cukup menarik perhatian aku. Tiba-tiba aku terinat kepada 'kaset hijau gambar mesjid' - koleksi 16 lagi hari raya... Suara yang bertakbir tu sebijik sama macam suara takbir dalam kaset tu.. Aku pun tak kenal siapa dia..tapi agak 'rock' jugak la rambut dia...

Kemudian ibadah korban pun bermula. Ada 9 ekor lembu kesemuanya. Alhamdulillah...Sebelum jam 12 semuanya dah selesai. Anggota kerja ayang ramai (bukan ramai menonton) menjadikan kerja berjalan dengan lancar dan pantas..

Program korban Masjid Al-Bukhori Nurul Aman - 9 ekor !!

Alhamdulillah...orang berbudi kita berbahasa..orang memberi kita merasa...dapat la ada kawan beri tulang.. Sesuai buat sup la ni...Daging juga diagihkan pada ahli kariah.

Tahun ini Isteri aku masak rendang ayam, kuah lodeh, nasi impit dan pulut... Jiran-jiran juga ada beri juadah seperti kuah kacang, nasi pelangi dan ayam masak merah untuk dirasai seisi keluarga. Terima kaseh keluarga En Din dan Pakcik Rahim.

Rezeki Aidil Adha keluarga aku tahun ini..Alhamdulillah

Selamat meraikan Aidil Adha....

Tuesday 15 October 2013

[Video] Penukaran Kain Kiswah Kaabah (Kelambu Kaabah) 2013/1434H

Alhamdulillah...Hari ini sempurna sudah upacara penukaran Kain Kiswah Kaabah atau dikenali juga dengan nama Kain Kelambu Kaabah bagi tahun 1434H.

Penukaran kelambu Kaabah adalah tradisi sejak 1,500 tahun silam dan ia dimulakan sejarahnya oleh Nabi Ismail AS. Sejak itu setiap tahun kelambu Kaabah di ganti hinggalah sekarang.

Dikhabarkan RM17.5 juta dibelanjakan membuat kelambu Kaabah ini. Kos ini diceritakan oleh Ketua Hubungan Masyarakat pembuatan kelambu Kaabah, Khamis al-Zahrani. Seramai 220 pekerja diberi tanggungjawab menyiapkan kelambu Kaabah dalam setahun. Lokasi pembuatan itu terletak di Masna' Kiswah Ummul Jaud, jalan menuju Hudaibiyah tempat terkenal dalam sejarah Islam. Lokasi itu, menurut Khamis, didirikan Raja Arab pada 7 Rabiul Akhir 1397 hijrah.      

Besarnya pahala memandang Kaabah....Sabda Nabi SAW bermaksud; “120 rahmat turun ke atas Kaabah setiap hari dan malam, 60 rahmat bagi mereka yang melakukan tawaf, 40 rahmat bagi yang mendirikan solat, 20 rahmat untuk mereka yang hanya memandang Kaabah.” (Hadis riwayat Baihaqi). 
Kita saksikan detik-detik penukaran Kain Kiswah Kaabah (Kelambu Kaabah) yang disiarkan oleh TV Al Hijrah siang tadi....


Video penukaran Kain Kiswah Kaabah (Kelambu Kaabah)
Changing of Kaabah Kiswah 1424H/2013M

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha !!!!

Friday 11 October 2013

Disebalik Saiz Pintu 3x7

Kenapa saiz pintu biasa adalah 3 x 7 (3 kaki x 7 kaki)?



Siapalah yang cipta saiz pintu yang biasa ni ye? Sebenarnya pintu ni boleh mengingatkan kita pada mati.. Ramai tak suka bila sebut pasal mati. Tapi ingatlah kita bahawa kita dituntut untk mengingati mati

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :“Banyakkanlah ingatan kepada pemutus kenikmatan”, yakni mati.(Hadits riwayat At-Tirmizi)


Mati adalah pasti....hidup itu insyaAllah....Kalau dah hidup pasti akan mati...kalau tak mau mati maka jangan hidup.

Apa kaitan mati dengan pintu. Yaaa... 3 kaki lebar pintu adalah lebar biasa sesebuah kubur. 7 kaki tinggi adalah tinggi biasa sesebuah kubur. Ada juga kubur yang digali 5 kaki. Di Kuala Lumpur dikhabarkan saiz kubur dikecilkan kepada 2.5 kaki sahaja.

Lepas ni...terpandang pintu...terbayang la berapa dalam kubor kita ye.....

Wednesday 9 October 2013

Kecoh Predator Naik Suzuki B-King GSX1300 Kat Malaysia

Aramakkk...klik klik laman sesawang sibuk cerita pasal predator naik moto kat Malaysia. Ye ke? Moh kita semak....

Hai...peace yauuu!!

A'ah laaa...betul la...ni gambar yang ditangkap oleh ahli Skuad 1JPJ (Gambar ni terpapar di laman facebook RTD - Road Transport Department)..Predator naik Suzuki B-King GSX1300.

Siapa kah gerangan si pemakai ini? Haaa....baru-baru ini beliau muncul di Balai Polis Subang Jaya. Terkejut orang-orang kat sana... Ingatkan Predator menyerang mereka. Rupaanya dia gi balai tu nak buat laporan polis sebab penjualan MC palsu kat internet.

Debor encik Polis nih Predator datang buat report

Pemilik sut predator ini adalah Presiden Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan Malaysia (MPCAM) Dr Jim Loi Duan Kong....RM85,000 tu harganya....pehhh...dah macam harga motosikal dia....Suzuki B-King GSX1300.

Ini dia Predator Malaysia Dr Jim....pemilik sut Predator 

Dr Jim dan sut Predator

Ada kelulusan JPJ @ SIRIM ke helmet predator tu? Hah....entah lah...ce tanye dengan doktor tu

**Gambar-gambar dari facebook dan Harian Metro

Saturday 5 October 2013

Nombor terbaru plat kenderaan Wilayah Persekutuan W1A - W9999A

Nombor terbaru plat kenderaan Wilayah Persekutuan

Nombor pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan berakhir dengan siri nombor WYY 9999. Siapalah pemilik nombor betuah ini ye?

Sehubungan itu, adalah diputuskan bahawa siri nombor pendaftaran baharu bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah W (1-9999) A. Siri nombor ini akan bermula dengan W 1 A dan berakhir dengan W 9999 A. Siri berikutnya adalah W 1 B sehingga W 9999 B, diikuti dengan W 1 C dan seterusnya, diakhiri dengan WYY 9999 Y.

Secara keseluruhannya, siri nombor pendaftaran tersebut adalah mengikut turutan berikut:

SIRI NOMBOR PENDAFTARAN
SIRI AKHIR
W       (1-9999) A
W       (1-9999) Y
WA    (1-9999) A
WY    (1-9999) Y
WAA  (1-9999) A
WAY  (1-9999) Y
WBA (1-9999) A
WBY (1-9999) Y
WCA (1-9999) A
WCY (1-9999) Y
WDA (1-9999) A
WDY (1-9999) Y
WEA (1-9999) A
WEY (1-9999) Y
WFA (1-9999) A
WFY (1-9999) Y
WGA (1-9999) A
WGY (1-9999) Y
WHA (1-9999) A
WHY (1-9999) Y
WJA (1-9999) A
WJY (1-9999) Y
WKA (1-9999) A
WKY (1-9999) Y
WLA (1-9999) A
WLY (1-9999) Y
WMA (1-9999) A
WMY (1-9999) Y
WNA (1-9999) A
WNY (1-9999) Y
WPA (1-9999) A
WPY (1-9999) Y
WQA (1-9999) A
WQY (1-9999) Y
WRA (1-9999) A
WRY (1-9999) Y
WSA (1-9999) A
WSY (1-9999) Y
WTA (1-9999) A
WTY (1-9999) Y
WUA (1-9999) A
WUY (1-9999) Y
WVA (1-9999) A
WVY (1-9999) Y
WWA (1-9999) A
WWY(1-9999) Y
WXA (1-9999) A
WXY (1-9999) Y
WYA (1-9999) A
WYY (1-9999) Y


Siri nombor pendaftaran baharu ini adalah kesinambungan kepada siri sedia ada. Ia juga selaras dengan praktis di Sabah dan Sarawak. (Jabatan Pengangkutan Jalan)

Siapa pula pemilik W1A ? Adakah mendapat bidaan tertinggi? Dengar-dengar plat W1A telah dikhaskan kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong....

Friday 4 October 2013

Percutian ke Terengganu

Na na na na na Ganu kite....begitulah antara bait-bait lirik lagu Blues Terengganu Kite nyanyian kumpulan Iklim yang pernah popular satu ketika dahulu. Lagu yang menceritakan tentang keindahan dan tempat-tempat menarik di negeri Terengganu

Ini bukanlah percutian sebenar. Cuma program sampingan dalam misi lawatan akademik bersama para pelajar. Walau sampingan...ia tetap menarik.

Stesen Janakuasa Sultan Mahmud TNB Kenyir

Destinasi pertama adalah tempat lawatan iaitu Stesen Janakuasa Sultan Mahmud milik TNB yang terletak di Tasik Kenyir. Stesen ini menghasilkan tenaga elektrik dengan kapasiti 4x100 MW menggunakan sumber air (hidro). Tasik ini berkeluasan 369 meter persegi. Sangat luas jika dibandingkan dengan keluasan Kuala Lumpur yang hanya seluas 244 meter persegi. Terletak 15 km dari arah barat Kuala Berang dan 55 km dari arah barat Kuala Terengganu.

Selesai lawatan, kami mencari kedai untuk makan tengahari. Menggunakan bas menjadikan agak sukar untuk mencari tempat yang sesuai untuk meletakkannya (parking). Kami singgah di Mujarab Selera Kampung yang terletak di Pengadang Baru Kuala Terengganu. Kedai ni terletak di sebelah stesen minyak Petronas. Memang banyak lauk yang disediakan. Sedap dan murah pulak tu. Tapi kalau ambil ketam,kerang satu pinggan membukit tu sendiri faham laaa...heheee. Kami makan ber-6...kena bayar RM22.00 (dapar air free sebab geng cikgu...Alhamdulillah).

Selesai makan, kami bergerak ke penginapan iaitu Villa Sri Nilam Homestay yang terletak di Chabang Tiga Kuala Terengganu. Sekali lagi bas mengalami kesukaran sebab masuk kawasan kampung. Tapi nasib baik Pemandu kami cukup berpengalaman...

Villa Sri Nilam Homestay Chabang Tiga

Terpegun seketika melihat keindahan homestay yang bakal kami tiduri. Pehhhh...memang berbaloi-baloi. Rumah Banglow Semi-D dua tingkat yang kalau harga dalam talian RM480...harga call ejen RM400...harga call owner kurang dari itu la...heheee...berbaloi-baloi...ada 3 unit yang boleh disewa. Rumah ni tak jauh dari Giant, Mydin, Muzium Negeri Terengganu, Masjid Kristal & Pulau Wan Man. Dalam 15-20 minit la kalau nak pergi Bandaraya Kuala Terengganu, Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan UMT. Satu rumah ada 4 bilik....berbaloi la kalau duduk satu famili besar.

Selesai letak barang kami ke Kampung Pulau Rusa untuk program bersama komuniti. Masak-masak lauk kampung dan mengagihkan bubur pulut hitam di rumah yang berhampiran. Nama Pulau Rusa bukan kerana ada rusa. Namun kerana sebatang Pokok Rhu...jadi orang panggil pokok Rhu Se..Rhu Se...akhirnya jadi Rusa...

Para pelajar sedang membungkus bubur pulut hitam untuk diagihkan

Hari ke-2;

Kami memulakan perjalanan menuju Masjid Kristal .Singgah sebentar sarapan pagi di Gerai Makan Kak Nah Kampung Losong Atap Zin. Saya dah cerita kehebatan gerai ni pada post yang lalu. Harga memang tak masuk dek akal bagi orang yang biasa tinggal di bandar...Memang cukup murah harga makanan dan minuman kat gerai ini. Anda mesti singgah !!!

Gerai Kak Nah Kampung Losong Atap Zin...harga memang murah

Selesai sarapan, kami ke Masjid Kristal. Ambil gambar sikit-sikit, makan aiskrim susu kambing. Nak beli cenderahati harga agak mahal la kat kawasan ni..heheee...nak masuk Taman Tamadun Islam tengok replika masjid seluruh dunia kena bayar RM20.

Masjid Kristal

Aiskrim susu kambing..RM2

Kemudian kami ke Pasar Payang, beli baju la apa lagi...kalau duit banyak tak habis mau satu pasar kena borong. Hehehee...Sebelum sampai kami melalui Dataran Syahbandar dan melihat dari jauh Pulau Warisan. Pulau Warisan ni adalah pulau buatan manusia yang ditambak dalam Sungai Terengganu. Masa kami lalu ni, kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan selepas program "Terengganu Boat Parade 2013".

Orisahanif Enterprise, Kampung Losong Haji Su

Destinasi seterusnya adalah memborong keropok keping dan keropok lekor kat Orisahanif Enterprise, Kampung Losong Haji Su Kuala Terengganu. Terkenal dengan nama 'Ori'. Kedatangan kami dijamu dulu dengan keropok lekor percuma (untuk rasa laaa...). Yang penting percuma kata pelajar-pelajar yang ikut serta.

Air Terjun Chemerong, Dungun

Destinasi terakhir sebelum sampai ke Bandar Kuantan....melalui Lebuhraya Bukit Besi...masuk jalan dalam...kami singgah di Air Terjun Chemerong dalam kawasan Hutan Simpan Pasir Raja daerah Dungun. Tempat ni untuk aktiviti mandi-manda...berkelah..menenangkan jiwa..panjat bukit..berkhemah. Masa datang dulu (lama dah..3 tahun dulu kot) masuk percuma. Tapi sejak bulan April 2013 masuk dah kena bayar RM2/seorang.

Lewat petang kami pun bertolak pulang ke Kuantan....Abess doh !!

Kat mana makan murah dan sedap? homestay murah dan berbaloi kat Kuala Terengganu? Hanya di sini...

Wednesday 2 October 2013

Teh O 30 sen, Nasi Lemak 60 sen


Bila harga minyak naik..maka golongan peniaga akan terkena tempias...barang pun naik..harga makanan naik. Tapi ada satu kedai makan ni masih 'steady' dengan harga makanan yang kalau orang dok bandar tengok seperti tak masuk dek akal

Alhamdulillah...Berbekal RM1, masih boleh menikmati sarapan pagi dengan secawan teh-o dah sebungkus nasi lemak ikan. Itupun masih berbaki 10 sen!!! Mana nak cari kalau ditengah-tengah bandaraya?

Inilah kelebihan gerai makan yang terletak di Kampung Losong Atap Zin Kuala Terengganu, milik Puan Sinah Sulaiman yang berusia melebihi 50 tahun. Mesra dengan panggilan Kak Nah, beliau tidak menaikkan harga makanan dan minuman di gerainya sejak sekian lama..

Senarai harga minuman Gerai Kak Nah Kampung Losong Atap Zin. Tak percaya?

Pelbagai jenis kuih (4 seringgit...besar pulak tu), nasi lemak pelbagai lauk, nasi minyak, sate, roti canai dan macam-macam lagi menu disediakan. Palng menarik perhatian aku ialah kuih yang aku panggil 'belimbing goreng'...ntah apa la nama sebenar kuih tu. Air yang diminta juga tidak menunggu masa lama untuk diterima...sekejap sahaja dah siap.

Waktu bayar...terpampang didinding keratan akhbar gerai Kak Nah masuk suratkhabar, gambar-gambar ketika warga kerja gerai Kak Nah diwawancara oleh stesen TV Al-Hijrah. Mencuri tumpuan apabila melihat kaedah Kak Nah mengira harga dan memulangkan duit baki kepada pelanggan. Menakjubkan !!!

Lokasi gerai

Kepada yang nak menikmati menu dan situasi menarik ini, jangan lupa berkunjung ke gerai makan Kak Nah di Kampung Losong Atap Zin. Gambaran lokasi adalah bertentangan dengan PASTI Pintar Losong Dato' Amar, sebelum simpang Masjid Makmur Losong Dato' Amar, dalam 200 meter sebelum ke Muzium. Kalau anda nak ke Masjid Kristal pasti anda akan jumpa di sebelah kiri.

Tuesday 1 October 2013

Gallery: East Coast Car Show (Part 2 - Biker)

East Coast Car Show / Kuantan Motor Show /  Auto Show .....present a Superbike Famili...Aprillia, Ducati, Naza, Kawasaki, Honda, Yamaha


Aprilia RSV4R APRC : Harga RM95988








Aprillia Dorsoduro 750 & KTM Duke





Ducati 1199 Panigale S : Harga RM180 888 !!






Ducati Diavel Carbon





Ducati Monster 795 GP Edition : Harga RM62500





Ducati Monster 795 : Harga RM59900






Ducati Multistrada 1200S Pikes Peak : Harga RM138999





Honda CBR600RR : Harga RM66000





Honda CBR1000RR TBR : Harga RM 77000






Kawasaki ZX6R






Kawasaki ZX10R ABS






NAZA Blade 250 TBR




Yamaha YZF-R6 : Harga RM66000





to be continue with part 3...