Sunday, 24 November 2013

Kemalangan Superbike di KM49.2 Lebuh Raya Karak

Baru 4 hari lepas sembang-sembang dengan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi...Beliau menunggang Kawasaki Z800..speed biasa pergi kerja 180 katanya..top speed dia pernah bawa 220...moto tu ejos standard boleh capai 250..itu kata dia la...

Hari ini dengar pulak kejadian kemalangan melibatkan sebuah motosikal berkuasa tinggi di lebuh raya Karak arah Kuala Lumpur di KM49.2 berhampiran Hutan Lipur Lentang, Bukit Tinggi, Pahang. Kejadian sekitar kira-kira jam 10 pagi tadi.

Penunggangnya dikatakan maut ditempat kejadian setelah motosikal BMW 1000cc nya (BMW S1000RR kot?) hilang kawalan ketika diselekoh, terbabas dan melanggar penghadang jalan. Berikutan itu motosikal mangsa terseret beberapa meter dan terbakar.

Berikut adalah gambar motosikal berkuasa tinggi mangsa yang terbakar




Mangsa dikenali sebagai Alif Lee Soon Han, 38 tahun berasal dari Bandar Damansara, Kuantan Pahang sedang berkonvoi bersama rakannya yang lain menuju ke Genting Highlands.

Mayat dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat.

Video siaran berita TV klik sini

Berikutnya lagi gambar kejadian yang diambil dari laman sosial facebook Puchong Bikers





Kita hanya merancang...Tuhan yang menentukan

No comments:

Post a Comment